Friday, July 8, 2011

Hotdog ala Coney

Memandangkan hari ini free saya mula membuat posting baru gambar gambar yang masih tersimpan dalam pc bersama resepinya. Setakat yang ada saja dan selebihnya telah hilang.


Untuk resepi:-

Coney dog
Bahan-bahan ( 10 biji )
•400 gm daging kisar
•3 biji bawang besar - potong dadu
•2 ulas bawang putih - cincang halus
•1 sdk serbuk lada (chilli powder)
•3/4 sdk lada hitam - kisar halus
•3/4 cawan sos tomato
•1/4 cawan air
•1 sdk garam
•1 sdk gula
•serbuk perasa secukup rasa
•10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
•10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
1.SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
2.Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
3.Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
4.Masak sosej.( Saya grill sekejap)
5.Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya dan tambahkan mayonis jika suka.

Thursday, July 7, 2011

Daging goreng kicap manis

Walaupun masih sedih dengan kehilangan blog lama saya mula dengan yang baru. Tak mau pusing kepala kita mula kembali. Hari ini saya masak daging saja mood dah hilang.

Daging goreng kicap manis
Bahan-bahan

daging segar 400g
sedikit halia
1 sudu gula
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
1 tbs jintan manis
1 tbs sos oyster
1 tbs sos ikan
2 ulas bwg putih
4 ulas bawang merah kecil
3 sudu minyak utk menggoreng
6 biji cili padi- dihiris nipis
2 biji bawang besar di hiris bulat serta daun bawang n sup –hiasan
1 biji tomto –dipotong kiub.
Garam jika perlu…rasa dahulu

Cara-cara
1.kisarkan bawang merah, bawang putih, halia
2.kemudian perapkan bersama-sama dengan daging, dicampurkan dengan kicap dan gula dlm lebih kurang 1 jam.
 3.masukkan minyak kedlm kuali, biarkan panas, lalu masukkan daging yg telah diperap tadi, lalu dikacau, dimasukkan sedikit air tutup kuali tadi agar daging cepat empuk dan cepat kering, hendaklah dikacau sekali sekali agar daging tidak hangit.
4. masukan buah tomato setelah daging empuk dan cili padi, kicap pekat,sos ikan  dan  sos oyster.
 Selepas kering ditutupkan api…dan masukan bawang besar yng telah di hiris bulat serta daun sup. Siap



Rumah baru

Assalamualaikum.

Sedih sangat sebab saya kena bertukar tapak yang baru .

Saya boleh dapatkan semula dengan menghantar salinan i.c atau bank card tetapi saya malas untuk berbuat begini sebab peribadi.
Walaubagaimanapun buat masa sekarang laman web tersebut masih boleh di lawati tapi tak pasti sampai bila akan terus tergantung di situ. Sedihnya hati saya hari ini walaupun saya telah ada yang baru.
Blog lama: http://citarasanoorsl.blogspot.com/