Monday, October 10, 2016

Bubur pulut hitam

a
Projek petang semalam. Terasa lama tidak makan bubur manis lemak berkrim begini . Lagipun berpantang tak makan pulut agak lama namun semalam keinginan melampau maka terhasilah bubur pulut hitam ummmphhh lega bila nak buat dan menikmati nya...Alhamdulillah syukur.


Bahan-Bahan Buat Bubur Pulut Hitam
Sumber resepi :iresepi
  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih  -  saya tidak guna gula putih  
  • 1/2 ketul gula melaka - tambah untuk gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagun - tak letak 

Cara Menyediakan Bubur Pulut Hitam Yang Lembut dan Sedap

  • Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  • Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  • Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.




Sunday, October 9, 2016

Oat noodle yang sempoi


 Pertama Kali membeli noodle yang di perbuat  dari jenis oat. Texture mee dia agak sedkit kasar macm spaghetti. Sedap juga bila di masak dengan sup.

Untuk pertama kali kita buat dengan sup saje. Tak pasti jika di buat cara goreng. Insyallah jika jumpa lagi dengan pack mee ini boleh lah cuba .




Nampak tak mee dia agak kasar sikit kan. Kali ini saya letak gambar saja sebab sup ini saya pakai hentam guna barang yang ada dari petisejuk ..jadilah untuk malam yang hujan . Asal kenyang alhamdulillah.

Tuesday, October 4, 2016

pizza tuna


Malam ini kita makan Pizza saja akibat kehabisan gas masak . So makanan inilah yang dapat di sediakan dengan mengunakan oven.
Alhamdulilah jadi lah untuk kami makan malam ini .
Saya mengunakan doh biasa saja  iaitu tepung gandum tapi jika di campurkan dengan sedikit tepung sagu kita akan terasa keranggupan doh. 



Pizza Doh

200gn tepung
50 gm tepung semolina
4 gm yeast
1 sudu keu u kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak zaiton
145ml air suam

Satukan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh sehingga doh mengembang dan boleh di bentuk menjadi pizza 

Inti boleh letak apa saja yang kita suka dan bakar selama 10-15 min dgn api 180..



Tuesday, September 27, 2016

Mee lada


Mee lada menjadi piliha di pagi hari. Terasa lapar pulak bula di waktu pagi hujan gerimis ...sejuk suasana maka perut pun terasa kosong dan nak kan sesuatu yang panas berkuah.
Maka terhasilkan mee lada mengunakan apa yang ada di dapur .
Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.


Mee Lada

1/2 peket Mee kuning
2 sudu besarsos lada hitam
1 1/2 sudu sos tomato 
     bebola ayam
1 sudu kecil serbuk ikan bilis 
   sayur sawi
3-4 ulas bawang putih di ketuk kasar

Panas kuali dengan sedikit minyak . Tumis kan bawang putih sebentar dan masukan mee kuning. Mee di goreng sehingga agak masak dan masukan sos lada dan sos tomato serta bebola ayam . Biarkan mesra dan tambahkan air secukup nya.
Perisakan dengan serbuk ikan bilis ...garam letak sedikit je takut masin. Masukan sayur sawi dan tutp api ...siap.

Kelainan pada mee ini adalah serbuk ikan bilis yang buat kua terasa sedikit manis ..dan sedap.









Butter bun



Projek dua tiga hari lepas  sewaktu abah saya berada di rumah. Hehe agak busy sikit nak mengupdate blog. Hari ini terasa ada kelonggaran masa baru dapat menaip .
Ok ...saya peminat roti juga kiranya bermacam jenis roti yang telah saya cuba . Nie jenis campur semua dan uli dengan senduk kayu saja sebab doh dia tersangat lah lembik serta melekat. 
Sesudah doh terbentuk saya taburkan sedikit tepung pada tangan dan bulatkan adunan utk di perap selama satu jam . Proses yang biasa dalam pembuatan roti.

Bila dah satu jam doh mmg mengembang sepenuhnya. Alhamdulillah terus saya membulatkan adunan dan letakan pada muddin tin bersaiz besar ...senang kan dapat bun yang comel dan saiz yang sama.
Biarkan sebentar dan bakar setelah masak . keluarkan dan sapu dengan susu ...tadaaa jadilah


Selebhnya saya nak makan baru saya letakan hirisan daging yang di goreng bersama sos baebeku yang enak . Lapiskan dg sedikit butter salad dan hirisan daging serta bawang untuk rasa cruncy sikit.Akhir sedikit mayonis dan cili ..soap untuk ngapp

Tuesday, September 20, 2016

Mee goreng kicap


Entri biasa biasa saja sekadar menwarnai blog saya. Apapun  status ini yang saya makan semalam .Dalam musim hujan semua jadi sedap tak sedap pon makan juga asalkan hidangan itu keluar dari dapur panas panas dapat memberi keselesaan pada tubuh yang sejuk dan perut yang lapar.
Maka tidak hairan lah mee kicap menjadi hidangan.

Resepi mee kicap pedas ini mmg simple dan senang . Saya perlu sedikit penambahan dari segi kicap pedas (dah ada di pasaran ) mmg best utk peminat mee . /terasa pedasn di tambah pula dgn sayuran sawi yang fresh ...hehe sila cuba.



Monday, September 19, 2016

waffle di petang hari


Bila kita rasa sihat syukur pada Allah kita mampu berkreatif di dapur . Sukur pada Allah .Alhamdulillah dengan kesihatan yang di kurniakan kita mampu berbakti pada ahli keluarga kita selagi berterusan dengan yang tersayang. 


Ini merupakan kesukaan saya yak kira masa ...saya suka sebab senang di makan dengan apa saja yang ada macam pancake juga kaedahnya cuma guna acuan yang berlainan saja . Paling mudah nak sediakan . Resepi KakNor secubit garam hehe menjadi pilihan.


Crispy waffle
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.








I