Wednesday, March 13, 2013

bihun sup

Bihun sup di pagi hari. Eemmmm yang pastinya sup ini adalah lebihan dari makan malam semalam. Disebabkan saya memang buat lebih untuk di makan dengan bihun. 
Sup bihun yang simple saya hanya perlu didihkan kembali dan tambahkan bihun ke dalam sup ini . 
Saya hanya perlu buatkan sambal pedas dan goreng tahu dah cukup lah untuk sarapan pagi tadi. 
Di tambah pula dengan lobak asin yang di potong kecil dan di goreng sehingga air nya kering. Dan bila kita makan bihun sup yang ada lobak asin rasanya cruncy.
 

Tuesday, March 12, 2013

lemak kupang & daun selasih

Syukur alhamdulilah dapat beli satu pek daun selasih jadi dapat lah saya membuat masak lemak kupang . Dah lama ngidam nak makan masak lemak cara macam nie. Tapi jika ada kupang yang segar lagi sedap kan dari yang saya guna hari ini dalam pek sejuk beku.


Resepinya saya pakai agak agak saja. Penyediaan bahan yang ringkas dan senang .

Lemak kupang & daun selasih
Olahan: CitarasaKu

300 gm kupang
3 biji bawang merah
1 inci halia
1 insi kunyit hidup
3 biji cili padi
2 tsp jintan manis
1 keping asam
santan secukup pekat.
minyak masak sedikit je...

Tumbukan bawang merah,halia,kunyit dan jintan manis sehingga halus. Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga agak garing sedikit masukan isi kupang. Goreng sebentar dan masukan sedikit santan cair.
Masukan asam keping biarkan merenih dan masukan santan. Perisakan dengan garam dan sedikit gula sesedap  rasa. 
Sebelum tutupkan api...masukan daun selasih yang telah di bersihkan .Gaul sebentar....siap.

bingka suji

Asalamualaikum....dah masuk hari selasa . Alhamdulilah situasi di Sabah sudah pulih...lega mendengarnya. Tapi risau tetap ada manalah tahu musuh di mana saja sebab mereka sukar di beza kan dengan warga tempatan. Apapun semuga tidak ada pekara yang tidak di ingini berlaku lagi. Keharmonian serta kedamaian dalam kehidupan yang aman.

Apapun sekarang kita bercerita mengenai masakan dengan lega di hati. Masih ada tepung suji yang di beli tempohari saya gunakan untuk membuat bingka suji. 
Tempohari saya buatkan talam suji dan hari ini bingka pulak...kedua duanya pun sedap di makan pada waktu pagi maupun petang dengan secawan teh panas.

Saya bakar mengunakan convention oven...bakar secara biasa dan kemudian nya mengunakan mode grill selama 10 min untuk mendapatkanSay kerak di bahagian atas.

s

Saturday, March 9, 2013

roti saja

Minum petang yang sungguh simple sekali....cuma mengunakan roti baguette . Roti ni saya beli saja dari bakery .
Manakala inti nya saya mengunakan isi ikan tuna ...buangkan airnya. 
Dan saya campur dengan mayonis dan sedikit air lemon / limau pun boleh.  Bawang  gorengkan dahulu bersama sedikit minyak dan tambahkn kicap maggi...renih sehingga layu dan masukan ke dalam pes tuna.
Tambahkan serbuk lada hitam...sedikit garam jika perlu. 
Ambil sekeping roti sapukan sedikit butter dan letakan inti ini dan taburkan dengan cheese ...jika suka / tak guna pun ok gak dan bakar sebentar untuk cairkan cheese....siap untuk di makan.


Friday, March 8, 2013

talam suji

sa
Alhamdulilah hari ini kita bersua lagi. Dah dua tiga hari saya tak letak entry sebab susah hati . Manalah tau jika en Hb kena hantar ke tempat bergolak. Walaubagaimana pun saya harus pasrah pada takdir dan berserah pada Allah dan doakan yang terbaik. Amin.
Hari ini saya tergerak hati nak makan kuih tempatan yang saya amat jarang membuatnya . Bagi saya memang sangat susah tapi dengan resepi Kak Liza nie Alhamdulilah menjadi pulak dengan elok dan sedap. 
Kuih jenis talam begini saya masih ingat lagi sewaktu saya jarang kedapur ...time tu saya masih berkerja dan hujung minggu pula saya sibuk ke kelas pengajian ( tempat kerja taja belajar ) Dapur memang asing bagi saya tika itu. Time tu mana ada resepi yang baik macam sekarang yang 100 percent betul . Dulu tidak....ada resepi dari buku ...bila kita cuba buat ...tak pernah jadi. Akhirnya beli saja lah jika nak makan.

Hari ini saya buat dalam bekas kecil dan comel ...happy sangat sebab menjadi dengan baik nya.hehe.
Terima kasih saya pada Kak Liza..

TALAM SUJI
Resepi: kakliza
Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan
 


Tuesday, March 5, 2013

Semuga Berjaya misi negara


Asalamualaikum . Sejak krisis lahat datu tercetus ....mode untuk meletakan entri masakan pun layu saja. Mengenangkan nasib nasib pewira di perbatasan yang telah gugur di perbatasan. 
Apapun blog ini perihal masakan tapi dalam keadaan sekarang ...merasakan kurang sesuai pada saya untuk berseronok sebab saya berada dalam warga Pdrm.

"Ya Allah, jadikan hari ini lebih baik bagiku dan saudara seislamku berbanding semalam. Kau utuskan semangat yang kuat kepada askar-askar serta polis yang sedang berjuang di medan perang. Kau berikan semangat kepada keluarga mereka, dan kau selamatkanlah negara kami daripada malapetaka. Sesungguhnya hanya padamu kami memohon, dan kepadamu jua kami mengharapkan keampunan." Amin Ya Rabbal Alamin

Saturday, March 2, 2013

spaghetti bolognese

Mimpi apa la pulak nak makan spaghetti time tengahari pulak kan. Alkisah nya saya memang letih sangat hari ini sebab baru pulang dari mengurut badan yang sakit sendi . Lama tak berurut ....sakitnya satu badan berasa. Harap selepas ini hilanglah segala bisa dalam badan. Saya nie memang tak suka pergi berurut badan sebab tidak selesa. 
Apapun dengan urutan tadi tu dapat menjadikan tubuh badan saya kembali cergas ...insyallah. Amin.

Maka hidangan yang paling cepat adalah masak nie saja untuk lunch memandangkan sos bolognese ini saya masak untuk di buat lasagna ada banyak lagi. 
Apapun yang saya nak sharekan hari ini adalah gambar bunga mawar kuning saya yang pertama kali mengeluarkan bunga sulong. Sukanya hati saya sebab mawar merah hati selalu dah keluar bunga dan kebetulan waktu ini kesemua bunga berkembang di mini taman. Hehe berbunga rasa hati yang letih tadi pun hilang setelah melihat kembang setaman.