Thursday, March 3, 2016
Asam rebus udang dengan tauge
Salah satu menu semalam hidangan orang kampung yang memang sedap kalah hidangan lain hehe ..jangan marah ye..saja gurau .
Tapi memang terbaik pon sebab sangat senang mudah dan paling utama sedap . Tanpa lauk sampingan yang lain pun laju je makan sampai tak sentuh lauk lain .
Ok ..selalunya kita buat asam rebus pedas nie untuk ikan ,ayam dan daging ..tak pernah terlintas pun nak letak udang apatah lagi sayur tauge pun.
Waktu saya ke pasar kampung hujung taman secara tak sengaja satu makchik nie bertanya saya nak masak apa dengan tauge tu saya cakap nak buat cucur udang jika rajin sebelah petang lah lalu dia cakap sedang jika di letak dalam asam rebus . Saya berkata pada dia saya tak pernah buat lagi letak tauge dalam menu tersebut lalu dia menambah perlu letak udang . Saya pun bertanya lagi cara cara dia adakah sama dgn versi ikan dia cakap sama je.
Pulang rumah hati pun terasa macam best je teringin pulak nak tahu sedapke tidak . Dengan udang yang senonet tu saya pun cuba lah dan hasilnya sungguh tak terkata memang best . Lain kali tunggu time udang besar harga patut patut tu boleh lah kita buat lagi eemm.
Nak resepi tak ..mmg senang sangat bagi yang selalu buat asam rebus pedas pada yang tak pasti tu saya tulis resepi kat bawah nie ..tapi nie anggaran saja nak lagi ummpp tambah lah sendiri ye.
Tuesday, March 1, 2016
Red velvet cookies
Asalamualaikum....agak lama menghilang dan sekekarang baru pulang dari bertapa. Sebenarnya masih aktif masak memasak namun di sebebkan kengkangan masa dan juga menu yang sama rasa malas juga nak letak nanti orang yang datang singgah jemu dengan sajian me nu yang lebih kurang. Lagipun sekarang ramai yang letak resepi menerusi Fb maka tak susah dah nak mencari resepi seperti waktu sekarang. Masa pantas berlalu bersama dengan teknoloji baru merubah segalanya. Ok ..hehe
Biskut nie nampak menawan hati dulu dah pernah buat sekali ...lama dulu dengan bentuk yang berlaianan . Cerita nya begini waktu saya bershoppng di amanjaya mall saya terjumpa satu booth yang menjual biskut ini . Sekeping biskut yang bersaiz begini harga nya rm1.60 sebiji jika beli 3 pcs harga dia rm4.80. Di sebabkan tertarik dengan warna kemerahakan itu maka saya pun membeli setiap jenis satu . Tapi jika kita buat sendiri ...berbaloi..kan
Ok resepi nya saya copy dari kakwan...tak rugi mencuba ..
200gm Mentega
30gm Shortening
220gm Gula Pasir
1 Biji Telur A
300gm Tepung Gandum
20gm Serbuk Koko
50gm Tepung Jagung
3/4 Sudu Kecil Baking Soda
1/4 Sudu Teh Garam Halus
1 Sudu Kecil Cuka Makan
1 Sudu Kecil Esen Vanila
1 Sudu Kecil Serbuk Pewarna Merah (Bright Red)
100gm Coklat Chips Putih saya tak guna ini …saya gantikan dgn coklat putih dan
sedikit cheese
Hiasan : Coklat
chips putih secukupnya.
Cara-cara :
1. Pukul mentega,
shortening dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
2. Ayak tepung,
serbuk koko, baking soda dan garam.
Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh
yang lembut.
3. Ambil sedikit
adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jaraknya kerana biskut mengembang.
4. Bakar di dalam
oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan dahulu
sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Subscribe to:
Posts (Atom)