Monday, May 25, 2015

ayam goreng kunyit


Hari ini dengan menu yang paling simple . Menu ini juga yang selalu kami makan di kedai nasi siam . Hari ini saya buat sendiri untuk makan tengahari. 
Dengan lauk ini bertambah selera makan yonyon sebab fav nie hidangan berasas ayam menarik minat.

Resepi dari dapur Ibundo

A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.

1.Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak.        Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.





Sunday, May 24, 2015

kek coklat moist


Kek coklat moist yang saya bakar di dalam acuan empat segi kecil nampak cute kan . Satu tray menghasilkan 8 biji kek kecil . Hanya perlu di hias secara sukahati .
Kek ini saya alirkan coklat ganache dan setelah agak keras saya buat jaluran coklat agar nampak lebih kepada corat jaluran di atasnya serta sekuntum bunga kecil pink dan manik putih sebagai melengkapi kek comel ini . 
Maka jadilah kek sempena birthday hb pada minggu lalu. Sebenarnya ada kek besar tapi saya tak sempat nak snap sebab dah kena ngap awal lagi ...sibuk kan.


Friday, May 22, 2015

roti butter manis


 Selamat bersua kembali setelah sekian lama bertapa.
Bukan apa asyik asyik kembali dengan menu yang sama  terasa malas nak letang ulang kali sebenarnya. Tapi petang ini terasa diri free sangat nak membebel di sini dengan hidangan minum petang semalam . Cuaca pun panas membahang buat kerja roti nie amat menyenangkan ..semua proses menjadi cepat dan cepat makan ..tapi kena bertahan sedikit sebab haba di dapur pun sama naik dengan roti . Saya mengunakan doh roti asas tapi dengan K Kerim menjadikan roti saya naik gebu segebu roti di kedai roti ...
Alhamdulilah menjadi dengan jayanya ..
Akak hanya buat roti kosong dan letakan butter scs di atas roti dengan sedikit siraman gula putih . Bila makan terasa sedikit kemasinan dari butter dan manis dari gula . Doh ini boleh di pelbagai guna untuk semua jenis roti .











Doh Roti serbaguna
Doh asas


400gm tepung roti
100gm tepung gandum
100gm gula kastor
5gm garam
8gm yis
7gm bread improver - akak gantikan dgn K-cream super
30gm tepung susu
240gm air sejuk
1bj telur
50gm butter/shortening


saya guna BM masukkan bahan cecair dulu baru masukkan bahan kering.  . tunggu 30 minit menguli dan 1 jam untuk naik... keluarkan tumbuk2kan buang angin baru bentukkan. lepas tu biarkan mengembang sebelum dibakar. sapukan susu cair+air sedikit utk disapu atas roti sebelum dibakar. selepas bakar sapu butter/margerin. bakar suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak...