Sunday, March 23, 2014

mini cheesecake


Mini cheesecake menjadi pilihan di petang hari . Selalu nampak orang berniaga mini cheesecake yang comel dalam kertas warna . Tapi saya gunakan aluminium foil saja sebab senang nak saya simpan dari petisejuk ...teratur letaknya. 
Jika saya buat nak makan hanya satu dua selebihnya kena simpan dulu. 
Cheesecake saya saya letak kan sedikit lemon dan di hias dengan puri strawberry saja .









Friday, March 21, 2014

roti bun manis


Projek meroti agak lama menyepi setelah mesin menguli sakit . Sekarang pun masih belum di perbaiki lagi, tapi di sebabkan terasa nak makan saya uli guna tangan . Nasib baik dengan cuaca panas roti saya naik dengan jaya nya Alhamdulilah....dapat saya makan dengan senang hati.

Saya tidak letakan resepi untuk roti ini almaklum saya mengunakan tepung premix bun manis. Hehe saya ingin mencuba dan nak tahu bagaimana gebu nya bila mengunakan tepung yang telah siap sedia ramuan nya. Setelah saya cuba baru saya bezakan . Bagi saya kedua dua nya mempunyai rasa berbeza dari segi keanjalan tepung dan kegebuan roti yang naik meninggi itu. Tapi perbezaan ketara adalah jika di adun sendiri roti dapat bertahan 2 hari masih lembut tapi dengan premix kegebuan roti dan kelembutan dapat bertahan lebih dari 2 hari . 

roti kerca

Selamat petang ..selamat bertemu kembali . Agak lama saya tidak mengemaskini status masakan saya . Perasaan malas la sebenarnya dan pc saya memberontak membataskan hehe . Alhamdulilah hari ini saya merajinkan diri.
Apapun makanan tetap ada tapi menu yang berulang itu pun menyebabkan saya tidak letak . Apapun saya akan langetak gambar saja jika resepi yang sama.

Makanan ini merupakan makanan yang mampu buat kita kenyang tambah lagi kena dengan kuah kari daging/ayam . Makan sedap dan nak membuatnya juga senang sangat sama macam kita buat roti jala. Saya mengunakan resepi roti jala tapi saya tuang adunan larutan kedalam pan leper dengan sedikit minyak sapi yang di sapu pada hujung daun pandan. Eeemm memang wangi kan gabungan kedua dua itu...memang itupun tujuan nya. Biarkan adunan itu masak dan angkat serta gulongkan . Ulangi proses sama sehingga habis adunan.




Semasa menghidang baru lah gulongan panjang itu di potong dengan gunting kedalam pinggan . Hidangkan bersama kari dan untuk lebih sedap taburkan daun bawang dan sedikit cili merah . Mmm memang terbaik lah untuk jamuan