Tuesday, February 18, 2014

karipap sardin



 Resepi karipap ini saya ambil dari blog Sheila. Saya rasa nak simpan resepi ini sebab pastry nya yang rapuh dan tidak berminyak. Satu kelainan juga sebab ada nya campuran tepung jagung. Pertama kali saya mencuba pastry karipap yang ada tepung jagung.
Karipap Pusing
Resepi : Kak Sheila
Sumber : Kak Norhayati .
BAHAN DOH A :
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerinARA :
Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.
AHAN DOH B :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
cil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)

CARA-CARA
Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.
Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.
Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.


CARA MEMBUAT NYA
Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...



Sunday, February 9, 2014

nasi minyak ayam tandoori

Juadah tengahari tadi nasi minyak bersama ayam tandoori serta kuah dalca . Lama tak makan terasa rindu tapi selepas makan makanan begini pasti lemak bertimbun .
Yonyon memang happy bila pulang dari sekolah kita sediakan makanan kegemaran dia. Alhamdulilah rezeki hari ini .


Friday, February 7, 2014

pie ayam


Pie ayam pula menyusul di sini. Memandangkan dua tiga entri berkisar pada pembuatan pie jadi kali ini saya tidak meletakan resepinya yang hampir sama.
Dalam pembuatan pie rasanya pastry lah yang memainkan peranan . Rata rata mahukan pastry yang ranggup serta inti nya yang sedap. Kali ini saya buatkan dalam portion kecil saja senang nak hidang dan selebihnya saya sejuk beku .

Pie ini saya sediakan sos lada resepi KakJee juga. Saban kali saya akan mengunakan resepi Kakjee ternyata sedap .


Bingka susu menjadi pilihan . Sekarang musim panas kering jika dapat sepotong bingka dengan secawan teh kosong memang melegakan tekak di petang hari.
Lagipun proses untuk membuat bingka ini sungguh cepat dan senang memang menjadi pilihan saya. Bahan pun guna apa yang ada paling penting sedap dan berkrim .
 Saya mengunakan resepi dari MyResepi tanpa ubah apapun sebab dah memang best.
BINGKA SUSU
(Sumber : Kak fida@myresipi.com)

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

BAHAN A :
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu manis
50 g gula pasir (opt)
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

BAHAN B :
500 ml air
100 g mentega / majerin
50 g tepung kastard
1/2 sk esen vanilla
1/2 sk garam

Cara-cara
1. Satukan bahan A dan ketepikan.
2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan. 3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing