Tuesday, September 17, 2013

Spaghetti Goreng


Salam petang selasa. Pagi tadi saya bersarapan dengan spaghetti . Pelik kan sebenarnya saya teringin nak makan mee maggi....rasanya masih ada dalam simpanan. Cari dan cari yang tinggal hanya lah plastic kosong dalam bekasnya. Disebabkan nak makan juga terpaksa tukar kepada spaghetti yang ada di rak paling atas. 
Apalagi ambil secekak jer dan panaskan air untuk merebus mee . Jika maggi mee cepat di masak tapi jenis begini harus lah tunggu kejap.

 Bergegas keluar rumah gunting sedikit daun oregano dan daun basil  sebagai bahan penyedapnya.

 Spaghetti Goreng

Bahan bahan:
1 pek spaghetti -  guna  secekak utk makan seorang  .rebus ikut pembungkusan ..letakan sedikit garam.

2 biji tomato ceri
1/2 biji bawang besar – di cincang
5 ulas bawang putih – di cincang
 ½ biji capsicum – di potong memanjang
Olive oil untuk menumis
Garam
Daun oregano dan daun basil

Cara cara:
Panaskan olive oil dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang halus sehingga kekuningan. Masukkan  sosej ayam yang di potong memanjang. Goreng sebentar dan masukan spaghetti . Masukan sedikit air lebihan rebusan . Renih sebentar  sehingga air kering dan masukan tomato ceri.. Perisakan dan sebelum api di tutup masukan capsicum ….siap .


 Nota : versi pedas …tambahkan serbuk cilia tau cili paste dan kicap.



2 comments:

zana fahmi said...

Salam. Kakpb juga kalau dah takde stok maggi, mee dll...spageti la jadi mangsa masakan ku..haha. Senang kan? sihat pun sihat:)

rahel said...

Memang suka spageti....lagi2 yang bolognes..