Saturday, September 28, 2013

spaghetti goreng pedas


Makan tadi kami makan spaghetti goreng pedas saja. Nasi dan kari di siang hari tak terasa nak ulang makan lagi di sebabkan sakit gigi. Fikir lah benda benda yang senang nak slurpp kan.
Alhamdulilah dapat lah makan walaupun tak begitu mengunyah waaaa bengkak gusi mungkin di sebabkan cuaca yang panas dua tiga hari ini . Hujan turun di waktu tengahari tadi syukur rasa membahang pun berkurangan dan di malam ini terasa sejuk aman. Syukur pada mu Ya Allah.

Resepi malam ini mudah saja , saya gunakan daging proses halus dan saya goreng dahulu bersama paprika dan serbuk cili . Goreng sehingga garing sebelum saya campurkan bersama spaghetti yang telah di rebus. Hasilnya memang kena dengan tekak saya ...alhamdulilah dah kenyang pun.
Tugasan hari ini , alhamdulilah dah selesai untuk hari esuk insyallah jika di izin kan Nya. Amin...selamat malam.



Thursday, September 26, 2013

kari ketam & nenas

Menu tengahari tadi kari ketam bernenas ....sedap tau. Ini adalah kari kegemaran saya . Tidak akan jemu makan ketam tak kira ketam goreng ,ketam rebus semua nya saya suka. 
Jika dapat ketam yang segar lagi lah best rebus dan cicah dengan air asam cili padi...waaaa dua belah tangan sibuk haha.

Kari ketam

4 ekor ketam, dibersihkan
4 sudu makan rempah kari ketam/ikan masin
1 cawan air
½ liter santan pekat
garam secukup rasa

minyak untuk menumis
# Bahan untuk dikisar #
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.
Masukkan garam secukupnya dan ketam. Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.

Akhir sekali masukkan santan, dan bila ia telah mendidih. Kacau sebati, padamkan api, angkat dan hidangkan.


pizza



Pizza yang di buat untuk minum petang tapi dah jadi malan malam. Apapun agak lama juga tak buat pizza sendiri. 
Sesekali menikmati pizza buatan sendiri sedap juga. Jika pergi makan di Pizzahut saya suka makan creamy tuna....tapi jari nie stok tuna dah habis jadi saya tak dapat lah nak makan tuna. 
Apapun topping di atas adalah sosej ayamas ,capsicum dan hirisan ayam saja . 

Doh pizza nie sangat simple dan senang nak buat. 


Doh Pizza

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
Uli sehingga menjadi doh. Rehat doh sebentar sehingga naik 2 kali . Lebih kurang 30 min doh pizza sudah boleh di gunakan.

Nota : Utk variasi lain boleh tambah cincangan daun rosemary dalam doh jika suka



Monday, September 23, 2013

bingka kentang

Minum petang bersama bingka kentang . Agak lama tak makan bingka tiba tiba teringat pulak. Di sebabkan kawasan tempat tinggal saya tiada orang yang berniaga setiap apa terasa nak makan kena buat sendiri. Bukan tak ada langsung ada juga tapi kena keluar dari kawasan perumahan dan turun ke Amanjaya baru lah ada orang menjual kuih muih.  Saya jarang keluar jika tiada hal hal penting .
Apapun bingka nie agak senang di sediakan jadi saya senang hati.

Bingka kentang nie dah berkali kali kita buat memang terbaik lah resepi nie. Saya ambil dari Kak Azie sumber Myresepi. 



Disebabkan kehabisan bijan saya taburkan almond sebagai penganti ...asal nampak seri jadi lah dan rasanya sedap dan berlemak.

Bingka kentang

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 inc. )

14 auns(400g) kentang - rebus empuk dengan sedikit garam dan lecek halus
6 auns (3/4 cwn) gula halus
5 biji telur - besar
2 cawan santan (akak guna 300ml KARA + air)
8 auns (2 cwn) tepung gandum - ayak
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara

Panaskan ketuhar 175C.Loyang dialas daun pisang dan gris sekeliling
Kacau telur,gula,garam dan esen hingga rata dan masukkan santan.Masukkan tepung sedikit2 sambil dikacau hingga tk adunan berbintil.Masukkan pula kentang lecek dan pewarna kuning.Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 40 min - 1 jam atau hingga kuih bingka garing.

Bingka_kentang setelah sejuk baru di potong.


Wednesday, September 18, 2013

carot sheet cake


Carot sheet cake yng sangat sesuai untuk di makan pada petang hari. Ianya agak simple dan cepat di sediakan dengan deko yang minimal tapi dari segi rasa sama je dengan kek yang di bakar dalam acuan tinggi. Kek yang di bakar dalam tray type cepat di masak dan kita lapiskan dengan cream cheese.

 Carot sheet cake

4 eggs
1 cup vegetables oil 
2 cup granulated sugar
2 cups all purpose flour
2 tsp baking soda
1/4 tsp baking powder
2 tsp ground cinnamon
1/2 tsp salt
3 cups shredded carrot
2/3 cup chopped walnuts

In in mixing bowl, beat eggs,oil and sugar untul smooth.

Combine flour,baking soda,baking powder,cinnamon and salt add to egg mixture and beat well. Stir in carrots and walnuts. Pour into a greased  15 x 10 x 1-inch baking pan. Bake at 350 for 35 min. 
Frost with cheese once cool.


Tuesday, September 17, 2013

Spaghetti Goreng


Salam petang selasa. Pagi tadi saya bersarapan dengan spaghetti . Pelik kan sebenarnya saya teringin nak makan mee maggi....rasanya masih ada dalam simpanan. Cari dan cari yang tinggal hanya lah plastic kosong dalam bekasnya. Disebabkan nak makan juga terpaksa tukar kepada spaghetti yang ada di rak paling atas. 
Apalagi ambil secekak jer dan panaskan air untuk merebus mee . Jika maggi mee cepat di masak tapi jenis begini harus lah tunggu kejap.

 Bergegas keluar rumah gunting sedikit daun oregano dan daun basil  sebagai bahan penyedapnya.

 Spaghetti Goreng

Bahan bahan:
1 pek spaghetti -  guna  secekak utk makan seorang  .rebus ikut pembungkusan ..letakan sedikit garam.

2 biji tomato ceri
1/2 biji bawang besar – di cincang
5 ulas bawang putih – di cincang
 ½ biji capsicum – di potong memanjang
Olive oil untuk menumis
Garam
Daun oregano dan daun basil

Cara cara:
Panaskan olive oil dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang halus sehingga kekuningan. Masukkan  sosej ayam yang di potong memanjang. Goreng sebentar dan masukan spaghetti . Masukan sedikit air lebihan rebusan . Renih sebentar  sehingga air kering dan masukan tomato ceri.. Perisakan dan sebelum api di tutup masukan capsicum ….siap .


 Nota : versi pedas …tambahkan serbuk cilia tau cili paste dan kicap.



Monday, September 16, 2013

roti berlapis daging




Roti lapis daging menjadi pilihan di untuk di makan waktu petang. Senang dan cepat di sediakan . Saya  buat dalam loyang roti saja cukuplah untuk kami bertiga.
Satu menu yang sangat sesuai di kala  petang dan mengeyangkan.


Roti Lapis Berdaging 

Bahan-bahan

500gm daging ayam burger ..(di biarkan sebentar dan setelah lembut baru di cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kiub tomyam
Sedikit minyak untuk menumis
9  keping roti di potong dua
500ml susu segar
3 biji telor
secubit  garam …rasa dulu ye  ..
daun bawang secukupny
Parutan cheese  

Sedikit marjerin untuk melenser
Cara-cara
 Satukan Susu+telor+ garam.
Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.

lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan  susun selapis roti yang di celup larutan susu .
Kemudian letakkan separuh daripada daging  yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan  daun bawang selebih bahan daging  dan dilapisan akhir dengan  roti.
Taburkan parutan cheese  .
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins   .  
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.  Taburkan lebihan daun bawang ke atas cheese yang masih panas .
Hidangkan bersama sos pedas jika suka.



Saturday, September 14, 2013

ayam tandoori bersama nasi minyak


Makanan tengahari berlauk ayam tandoori dan nasi minyak. Memang ngam kan sekarang nie bila dah boleh buat sendiri ayam tandoori rasa suka sangat sebab dapat makan dengan puas. Jika dulu di kedai nasi kandar selalu  order ayam tandoori bersama roti nan . Sedap kan bila di makan panas panas di samping segelas teh tarik dan harganya pulak Rm8.90 sekarang nie dah naik lagi. 
Nanti boleh buat roti nan pulak, Tempohari kita cuba buat roti nan tapi kurang menarik macam di kedai . Insyallah nak cuba lagi sehingga berjaya .
Resepi untuk ayam tandoori saya dah pernah letak di entri lalu...boleh refer di Sini


Wednesday, September 11, 2013

bubur pulut hitam

Keadaan semasa membuat rasa teringin nak makan sesuatu yang panas suam di kala sejuk seluruh alam . Haha di fikiran melayang layang dok teringat nak makan bubur panas . Apalagi terus saja merebus pulut hitam yang tinggal setengah paket saja lagi. Mulanya nampak setin jagung dan sagu halus dua dua pun sedap juga . Tetapi elok kita habiskan pulut yang tinggal setengah tu takut nanti di makan bubuk .
Alhamdulilah tak sampai satu jam hidangan bubur pulut hitam dan tersedia . 


Sunday, September 8, 2013

puding roti pelangi

Petang ini dengan entri puding roti sebagai juadah sejuk menanti kedatangan KakPah jiran lama. Dia datang kerumah sebelum bertolak ke Kl malam ini. Awal lagi dia beritahu jangan sediakan apa apa sebab dia sakit tekak. Jadi saya fikir pudding ini cepat di sedikan dan dapat lah makan dengan selesa...apapun telah selesai dan masih berbaki di dalam petisejuk .
Bermacam macam style orang buat celoreng pada warna pelangi tapi saya buat begini saja....macam zebra pun nampak cantik tapi saya nak cepat tadi .

Ini portion saya makan petang tadi . Terima kasih pada MyR untuk resepi puding yang cepat dan sedap.

Puding roti pelangi

7gm agar-agar serbuk
300 ml air
1 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick 
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
Masak agar-agar, air dan gula hingga agar-agar dan gula larut. Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika. Tutup api .
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan. Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air. Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain. Buat hingga habis, sejukkan.


Thursday, September 5, 2013

pan grill chicken with onion sauce


Hidangan makan malam tadi. Semalam terasa nak makan style begini saja .  Waktu saya ambil gambar ini terlupa nak tuang kan sos bawang yang banyak ...saya hanya letak di bahagian tepi saja .
Kepingan daging ayam bahagian dada ini terlebih dahulu saya buangkan kulit luarnya sebab saya tidak suka makan kulit ayam memandangkan saya grill di dalam pan saja. Tetapi jika megunakan grill di luar rumah kita tidak perlu buang kulit nya sebab kulit ini akan menghasilkan minyak sewaktu di panggang dan memberikan rasa .
Cara membuatnya pun tidak susah dan cepat ....ini yang saya suka sebab tidak perlu lama berada di dapur.

Resepi mudah
Pan grill chicken

1-3 keping dada ayam
sedikit garam
sedikit lada sulah
dan beberapa helai daun rosemarry - di cincang halus
sedikit garam marsala.

Kesemua bahan di atas di perap ...lebih lama lebih bagus perisanya . Paling kurang 20min.
Panas kan grill pemangang dan letakan sedikit minyak zaiton dan grill sehingga bahagian bawah dada ayam menampakan garisan grill , alih dan grill pada kedua bahagian.


Sos bawang
20 gram mentega untuk menumis
4 biji bawang putih-   kisar  untuk tumis
5 biji bawang merah
750 mL stok rebusan am/daging
2 biji bawang besar - untuk tumis
saderi dikupas dan dipotong dadu.
lobak merah dikupas dan dipotong dadu
sedikit tepung jagung –lebih kurang 1 sudu saja
secukup rasa garam dan lada sulah.

Panas kan majerin dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukan saderi yang telah di kupas dan lobak merah.  Masukan sedikit  tepung jagung goring sebentar dan masukan air rebusan . Kacau dan perisakan dgn sedikit garam dan lada sulah.


Nota : Jika nak berkerim ….tambah kan sedikit kerim  dan sos akan bertukar cerah.  Saya tak letak