Tuesday, June 18, 2013

karipap sardin


 

Semalam saya ke kedai bakeri pun penuh dengan pembeli barangan cookies raya haha tersangkut juga waktu membeli sebab harus beratur panjang untuk membayar. Laku sungguh ...jika saya ada wang yang banyak teringin saya nak buka kedai menjual barangan cookies nie ...sangat laku dan sentiasa ada pelanggan.
Jika di Sg.Petani nie tak silap saya tiada pembekal barangan cookies berbangsa melayu . Yang ada Sayang , Honey , Northern tips dan satu lagi di taman ria jaya. Berangan angan sat kalau lah saya yang buka kedai .
Hidangan petang semalam karipap sardin. Saya buat doh rapuhg memangnya rapuh dan senang je. Intinya pulak saya letak sardin yang di goreng bersama dengan bawang besar dan sedikit cili flakes ...nak kan rasa pedas .


Monday, June 17, 2013

hokaido chiffon cake













































Seharian cuaca pada hari ini penuh dengan jerebu dan panas. Sambil minum teh di luar rumah sempat melihat pokok pokok bunga yang di tanam dalam pasu. Bila cuaca panas maka pokok bunga dalam pasu harus di jaga dan di siram sebaik mungkin.
Sudah menjadi routine harian di petang hari mesti kena spend masa di luar waktu pagi hari dan petang walaupun sekejap.  



Waktu waktu petang terasa nak makan kek kosong saja...tapi kek apa. Cari punya cari ternampak kek ini dah pernah buat dulu tapi di sebabkan nak makan kosong gitu cicah dengan air teh haha maka saya tak buat inti kastadnya. 
Masih berbaki ...emmm nak plan buat apa ye ...rasanya tambahkan sos kastad dan letak buah buahan mesti sedap.


Sunday, June 16, 2013

herba dalam pasu

Asalamualaikum pada pengunjung catatan harian saya. Agak lama saya tak kemas kini catatan sebab saya kurang sihat dan bila dua tiga hari dah jadi malas pulak. Tapi hari ini saya nak letak kan entri mengenai herba yang saya tanam dalam pasu .
Saya mula menanam herba sendiri sejak awal tahun 2013 sebab sejak kebelakangan ini banyak mengunakan  herba barat dalam masakan jadi untuk mencari yang segar tu saya harus ke pasaraya ternama baru ada. Jadi saya guna kan herba kering tapi saya lebih gemar mengunakan herba segar sebab rasa kesegaran nya lebih tajam .

Daun basil nie sedikit kecil berbanding basil dari Thai yang berdaun sedikit lebar dan besar. Walaupun bersaiz kecil tapi keharuman daun ini agak kuat dan pedas.





Harap daun oregano nie sentiasa segar dalam pasu ...mulanya saya fikir nak ubah pada pasu yang lebih besar tapi saya tidak begitu pasti lalu saya biarkan dedaunnya melimpah keluar. Bila nak guna saya guntingkan pada bahagian yang saya perlu saja. Dan airnya pula saya jirus sedikit sedikit tapi tidak sampai melemaskan akar akarnya. Pernah dulu saya jirus air dengan kadar banyak , akarnya membusuk dan mati. Nampaknya kali ini saya hampir berjaya cuma saya tak pasti cara membiaknya saja. 


Lada capsicum adalah percubaan pertama saya ...emmm saya tak pasti jangka hayatnya lagi . Bila nampak berbuah hati saya turut rasa berbuah suka juga...insyalllah lepas nie saya harap benih tomato saya akan bercambah pulak . Tak begitu pasti berapa lama tempoh semaian ....hehe sabar.

 Thyme dalam pasu plastic ini saya baru beli dari C.H tempohari waktu cuti bersama dengan lavender (bunga) . Herba thyme sangat sangatlah penting bila saya membuat sup barat yang di cicah dengan roti. Harap saya dapat kekalkan hayat pokok renek nie . Saya tak pasti penjagaan yang sesuai tapi saya pastikan saya tidak meletakan air yang banyak pada akar pokok ini . Harap dapat bertahan lama .
Akhir sekali herba rosemary yang wangi dan kuat ini sudah 6 bulan dalam jagaan saya nampak macam segar dan bercambah .


Thursday, June 6, 2013

bubur pulut hitam

Sajian petang semalam adalah bubur pulut hitam. Satu menu yang paling jarang saya buat walaupun senang sangat. Di sebabkan saya harus makan makanan yang lembut di sebab kan gusi bengkak...maka inilah satu satu menu petang yang simple tapi sangat sedap .
Saya masak secara slow cooker dan hasilnya bubur terasa sedap dengan santan yang seimbang dengan gula secukup manis saja. Alhamdulilah sedap jadinya .

Hari ini rasanya ramai yang berpuasa sunat namun apakan daya gusiku masih berbengkak lagi tak dapat lah nak tumpang berpuasa di waktu ini kena tunggu sehingga surut bengkak. Hari ini hari kedua harap harap lepas makan ubat surut bengkak dan ubat tahan sakit tu hilanglah kesakitan yang sedikit ini. Amin. 
Resepi ini saya ambil dari blog Ct....terima kasih ye .


Bubur Pulut Hitam
Resepi : Che CT

Bahan-Bahan:
1 cawan pulut hitam - cuci bersih dan rendam sebentar dalam 30 minit
3/4 cawan gula pasir - saya gantikan dgn seketul gula melaka
2 helai daun pandan - disimpul
1 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam

Cara-cara:
1. Rebus pulut hitam dengan air secukupnya hingga betul-betul kembang.
2. Bila pulut hitam dah kembang, tuangkan santan cair. Masukkan gula pasir, daun pandan dan secubit garam. Masak hingga mendidih sambil terus dikacau hingga masak. Matikan api dan angkat.
3. Masukan santan pekat dalam periuk kecil bersama sedikit garam. Masak sebentar tak perlu sampai mendidih, agak-agak dah naik wap tutup api dan angkat.
4. Ceduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, kemudian tuang satu camca besar pati santan pekat sebelum menghidang.




Wednesday, June 5, 2013

laksa

Agak lama mengidam nak makan laksa tapi kelmarin baru dapat membuatnya. Namun kelmarin juga gigi ku sakit berdenyut denyut alahai bagaimana nak menikmati laksa. Apapun kena makan juga sebab sudah tersedia . Semangkok kecil tanpa ulam ulaman dan segala benda di atas laksa .
Di rumah saya hanya Hb saja yang minat makan laksa . Penat juga nak menhabiskan nya. So kuah laksa hingga hari ini saya panas kan eeemmm lepas nie nak letak bihun pulak dengan kuah laksa ..ok kan.




Tuesday, June 4, 2013

tuna slice

a
 Asalamualaikum di minggu pertama dalam bulan Jun ...cepatnya masa berlalu. Hari nie dah pun masuk 4 Jun , cuti sekolah tinggal beberapa hari saja lagi. Sepenggal bercuti kami hanya terperuk di dalam rumah saja dan tidak ada plan kemana mana ,maklumlah suami berkerja dan tidak mengizinkan saya kemana mana berseorangan maka kena pandai cari masa sesuaikan diri buat kerja kerja yang tidak membosankan. 
Paling tidak kami akan ke Mall saja berdekatan dengan kawasan rumah.

Petang samalam saya pertama kali jejak kan kaki ke kedai 1M berdekatan Cinta Sayang satu kawasan perumahan elit yang baru dalam pembinaaan di kawasan belakang kedai. Saja jalan jalan dan lihat barangan di situ ternyata agak murah berbanding kedai runcit biasa. Ternampak deretan roti dan diantaranya roti perancis apalagi terus saya ambil satu batang. Saya paling suka membeli roti jenis nie sebab boleh buat pelbagai cara . Pulang saja terus saya keluarkan tuna di samping bahan bahan lain . Sedap juga roti dari kedai ini sebab tidak terlalu lembut dan keras ...bila di grill bersama tuna dan cheese memang sedap.

Friday, May 31, 2013

blueberries cheese tart

Assalamualaikum ...minggu terakhir dalam bulan May...cepatnya masa berlalu. Hampir seminggu juga cuti sekolah dah berlalu tinggal seminggu lagi. Dalam masa cuti sekolah nie juga banyak kita terima undangan perkahwinan. 
Hujung minggu ini juga terdapat undangan dari kawan semasa kami berjiran dulu di Datuk Kramat Dhobby Ghat. Jiran saya waktu kami membesar dulu. Terharu sangat bila sekian lama persahabatan bertaut kembali setelah di usia begini . Hehe tapi bukan dia yang kawin tau sekarang nie musim anak anak pulak yang berkahwin. Berbalik cerita di waktu kecil saya merupakan rakan sekelas dengan adik beliau iaitu Razmi tapi saya rapat dengan kakak beliau. Rindu dan tersangat ingat dapat berjumpa kembali namun apakan daya En.Hb tidak mendapat cuti jadi terpaksa lah saya pendam saja. Apapun saya sangat berharap kita akan dapat berjumpa setelah sekian lama terpisah. ....Insyallah.
Selamat pegantin baru buat anak awak Lin yang bertempat di Dewan Umno Kuala Selangor semuga berbahagia dan kekal hingga ke akhir usia. Amin.


Hari ini saya tak letak resepi hanya gambar saja sebab sebelum ini dah ada resepinya .