Resepi semalam pakai agak agak saja...kita buat sos cendawan yang di cincang halus.
Mulanya teringat nak buat style malaysia tapi last minit tak jadi sebab kita nak cepat sediakan. Malam nanti nak lihat gerhana bulan. Manakala di surau pun nampak ramai orang hadir untuk buat sembahyang sunat . Waktu awal bermula gerhana kita tak snap gambar . Kita ambil setelah beberapa minit ianya bermula.
Tapi saya hanya letak dua keping gambar saja kat sini. Arwah tok dulu pernah berpesan jika ada gerhana sesudah solat dan zikir janganlah kita tidur tunggu sehinga ianya berakhir. Apapun kita pula siap pesan dengan anak kita sepertimana tok berpesan. Dulu waktu gerhana nenak kita juga keluar ke kebun habis di ketuk ketuknya dahan pokok agar berbuah lebat. Dengan izin Allah maka musim selepas itu maka pokok pun menghasilkan buah yang lebat. Tapi semalam kita dengar ketukan gendang dari rumah orang cina pulak mesti ada sebab dia berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment