Kali ini rendang di makan bersama nasi putih saja tak ada nasi pulut.
Resepi ini saya copy dari fotopages beliau .
Rendang Siam
Sumber: KakRus Fotopages
1/2 ekor ayam
10 tangkai cili kering digunting dan direndam air panas*
6 ulas bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
sedikit halia*
sedikit kunyit hidup*
1 sudu besar kerisik
3 cwn pati santan
1 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut
3 tangkai daun kesum
10 tangkai cili api
minyak secukupnya
garam dan gula ikut rasa
Blend bahan yang bertanda *.Pijarkan minyak dan tumis bahan tersebut hingga naik minyak.
Masukkan ayam/daging,santan,daun limau purut,daun kesum,kerisik,gula dan garam.
Bila kelihatan pekat,masukkan asam keping dan cili api.
Boleh dihidangkan
3 comments:
Terliur nya tengok rendang ni. ratah macma tu cam tak cukup je semangkuk tu. hehe
Ijan
Assalamualaikum kak noor ,
Tq for sharing ...saya nak cuba nnt
Assalamualaikum kak noor ,
Tq for sharing ...saya nak cuba nnt
Post a Comment