Monday, October 10, 2016

Bubur pulut hitam

a
Projek petang semalam. Terasa lama tidak makan bubur manis lemak berkrim begini . Lagipun berpantang tak makan pulut agak lama namun semalam keinginan melampau maka terhasilah bubur pulut hitam ummmphhh lega bila nak buat dan menikmati nya...Alhamdulillah syukur.


Bahan-Bahan Buat Bubur Pulut Hitam
Sumber resepi :iresepi
  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih  -  saya tidak guna gula putih  
  • 1/2 ketul gula melaka - tambah untuk gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagun - tak letak 

Cara Menyediakan Bubur Pulut Hitam Yang Lembut dan Sedap

  • Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  • Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  • Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.




Sunday, October 9, 2016

Oat noodle yang sempoi


 Pertama Kali membeli noodle yang di perbuat  dari jenis oat. Texture mee dia agak sedkit kasar macm spaghetti. Sedap juga bila di masak dengan sup.

Untuk pertama kali kita buat dengan sup saje. Tak pasti jika di buat cara goreng. Insyallah jika jumpa lagi dengan pack mee ini boleh lah cuba .




Nampak tak mee dia agak kasar sikit kan. Kali ini saya letak gambar saja sebab sup ini saya pakai hentam guna barang yang ada dari petisejuk ..jadilah untuk malam yang hujan . Asal kenyang alhamdulillah.

Tuesday, October 4, 2016

pizza tuna


Malam ini kita makan Pizza saja akibat kehabisan gas masak . So makanan inilah yang dapat di sediakan dengan mengunakan oven.
Alhamdulilah jadi lah untuk kami makan malam ini .
Saya mengunakan doh biasa saja  iaitu tepung gandum tapi jika di campurkan dengan sedikit tepung sagu kita akan terasa keranggupan doh. 



Pizza Doh

200gn tepung
50 gm tepung semolina
4 gm yeast
1 sudu keu u kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak zaiton
145ml air suam

Satukan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Rehatkan doh sehingga doh mengembang dan boleh di bentuk menjadi pizza 

Inti boleh letak apa saja yang kita suka dan bakar selama 10-15 min dgn api 180..