Tuesday, April 14, 2015

nasi lemon & ayam panggang rosemary


Hidangan tengahari tadi ..nasi lemon berlaukan ayam panggang rosemary. Lama tak masak rempah western sejak tergoda dengan rempah arab. 
Gabungan nasi lemon dengan ayam rosemary tidak mengecewakan ...emmm sungguh sedap di makan .

Nasi lemon
4 cwn beras _ di basuh dan cuci spt biasa

Bahan tumisan.
1 labu bawang merah di potong halus
2 ulas bawang putih-
1/2 biji lemon - di perah untuk airnya
1 kuib serbuk ayam
1 inci halia
minyak zaiton -utk tumis
sedikit pewarna kuning
1 tangkai daun ketumbar 

Panas kan minyak zaiton ..tumis hirisan bawang , bawang putih serta halia sehingga naik baunya.
Masukan beras yang telah di tos kan airnya. Goreng dalam minyak sebentar dan masukan air (sepertibiasa masak nasi )
Nasukan serbuk ayam ,air lemon , sedikit garam dan perwarna kuning. Nasi masak seperti biasa .Taburkan daun ketumbar masa hidang.


Tuesday, April 7, 2015

sotong beriani


Asalamualaikum semua...catatan pertama pada tahun ini. Agak lama menghilang sekejap ada sekejap tak ada namun kita masih lagi meneliti catatan dari blogger lain. Hehe almaklum lah kita dah bertambah usia maka bertambah lah aktiviti lain. Namun pada hari ini ada masa terluang jadi saya pun buka kembali blog yang telah lama bersarang.
Semuga kawan kawan blogger masakan yang lain sihat sihat . Hari ini menu kita untuk lunch tadi sotong beriani ..nak masak ayam dan daging terasa jemu lah pulak maka saya pandai pandai ubah bahan asas pakai agak agak je namun hasilnya sedap ...tapi jika ada sotong yang lebih besar lagi nampak cantik dan patut di buat kelaran pada badan sotong untuk kuah meresap lebih Ummmp.

Memandangkan sekarang ini negara kita semakin panas dan panas agaknya tak lama lagi mesti ada perubahan pada makanan harian kita rasanya makanan pedas ..(tapi itu lah yang paling sedap kan )
Untuk sesiapa nak cuba resepi ini sila lah .

Sotong Beriani

500gmsotong putih ( di buat kelaran sedikit jgn potong putus sudahlah )
sedikit pes tomato 

Bahan tumis,
sedikit bawang cincang
buah pelaga
kulit kayu manis
Minyak sapi

Bahan kisar
1 inci halia
4-5 ulas bawang keci;
2 ulas bawang putih
4 biji cili hijau 
2 biji cili merah
2-3 sudu besar rempah beriani tambah sedikit rempah kurma (blend dgn semua bahan diatas)

Sotong di rebus sebentar untuk keluar airnya. Angkat dan toskan sementara air di simpan sebagai stok.
Tumis semua bahan tumis sehingga berbau wangi masukan bahan kisar. 
Renihkan rempah agar masak sentiasa kacau . Masukan pes tomato serta masukan air rebusan sotong. Renih sehinga kuah naik minyak barulah masukan sotong . Kacau biar sebati ,,,,emmm dah siap . Hiaskan dengan daun ketumbar dan sedikit yogurt .