Friday, December 19, 2014

tandoori nan

 Menu dua tiga hari sudah ...sekarang baru nak update sini . Saya adalah pengemar roti tak kira roti apapun semua sedap 
Apapun tak rugi mencuba jika jadi Alhamdulilah jika tak jadi pun lain kali buat lagi sampai jadi ...insya Allah mesti jadi jika kita tidak mudah putus asa. 
Kuah dhall dan ayam tandoori adalah lebihan dari nasi hujan panas . Sayangkan jika ayam yang kita perap tu tak habis di makan jadi sebelah malam memang kena modified ...tapi jika lebihan ayam tandoori boleh juga di simpan dengan membalut ayam dn foil dan simpan di tempat sejukbeku . Nanti bila terasa nak makan defrost dan bakar kembali . Ok saya nak ceritakan bab roti nan saja di sini.

Resepinya sangat mudah untuk di praktik makan di rumah ...


Roti Nan
4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu besar gula
1/4 cawan air (suam)a
3/4 sudu kecil yeast
3/4 susu cair
1 cawan yoghurt
sedikit butter anggaran 1 camca
dan sedikit lagi waktu selepas roti keluar oven.

Proses membuatnya adalah sama seperti mengadun roti. Uli kesemua bahan di atas dan rehat. Adunan ini di bahagikan pada 6 bebola kecil. Setelah kembang tumbuk dan leper kan adunan menjadi bulat dan rehatkan 5 minit sebelum di bakar. Selepas di bakar keluarkan roti boleh lah di sapu dgn butter ataupun minyak sapi serta garlic jika suka. Proses tamat di sini.
Namun saya bakar kan sebentar di atas kuali untuk dapatkan haruman smokey tu sebentar dan sapu dgn garlic oils . Roti yang telah di masak harus di tutup dengan kain untuk elakan kekeringan dan nampak cantik serta lembut . 


kurma telur


Inilah menu saya untuk makan tengahari . Teringin sangat nak makan masak kurma rempah dari kedai mamak di Kepala Batas. Bau rempah yang sangat harum semerbak bila masak mengunakan rempah ini . Saya jika lalu kawasan kedai rempah itu mesti beli 100g rempah kurma dengan harga Rm3 rgt saja. Selebihnya rempah kari sederhana pedas dan juga rempah untuk buat ayam goreng ...nasi kandar style lah sebelah sini . 
Resep ini khas untuk Lina yang mahukan resepi ...lama gak saya menyepi update blog. Sejak dua menjak ini saya rasa jemu berblog bagai tapi adakala rindu. Padahal tiap tiap hari saya ber expriasi di dapur saya dan segala nya hanya dapur tempat yang saya suka lepak ...kejap tukar sana sini lepas itu semak balik kemas kembali dan begini lah setiap hari. Ok ini resepinya harap Lina suka ye...nie style saya lah setengah orang tak suka daun pudina tapi saya letak sebab terasa wangi dan ngam dgn nasi putih panas panas...tambah sambal belacan ,ikan masin lauk lain tak toleh dah .

Kurma telur
Bahan-bahannya:
5 biji telur ayam direbus dan dikupas kulit dan di goreng sebentar
1 cawan santan pekat
1 sudu the tomato paste
1 -2 biji kentang – potong  ikut suka
1 biji bawang besar dibelah empat
2 – 3 biji cili hijau
Garam/gula/serbuk peras

Bahan-bahan B (untuk menumis):
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris#
2 ulas bawang putih dihiris#
2 inci halia dihiris#
3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan –Jika suka

Akhir masakan
Sedikit cincangan daun pudina
Bawang besar di poton empat
Cili hijau

Bahan bertanda # kisar


Cara-cara memasak:
 1.Panaskan periuk dan masukan minyak.  Setelah panas  masukan bahan rempah sehingga naik bau rempah dan  masukan bahan kisar  –gaul sehingga wangi  Masukan daun pandan dan daun kari .
2. Setelah naik bau masukan pes tomato dan ubi kentang dan tambahkan sedikit air .
3. Setelah rempah dan ubi masak masukan telur …cincangan daun pudina serta santan.
4. Perisakan dengan garam secukup