Tuesday, May 6, 2014

siakap stim asam limau

Masakan yang paling simple menjadi pilihan di kala cuaca yang panas terik. Rasanya selera makan juga berkurangan dek kerana kenyang dengan minum air kosong . Bila lapar selera makan memang ada tapi sebaik menjamah nasi dua tiga kali suapan terasa dah kenyang pulak . Mungkin faktor cuaca membuat kita rasa kurang selesa .
Menu tengahari tadi kita buat yang simple simple saja . Hendak duduk lama di dalam dapur dengan haba panas membahang pada waktu tengahari memang terasa nak lari keluar saja...Jadi persiapan memasak harus di sedikan awal pagi dan mula memasak apa yang patut menjadikan kerja memasak lebih teratur dan pantas . Aarr celoteh panjang pulak . Berbalik pada siakap stim nie fav En.Hb kalau boleh tiap tiap hari ada . Tapi saya tak buat lah selalu saya pulak yang jemu pulak .

Siakap stim asam limau 

Bahan-bahan  

ikan siakap
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
5 ulas bwg merah*
serbuk lada hitam
 2 biji limau nipis di perah air
2 biji lada besar
Beberapa biji tomato ceri
daun ketumbar
garam secukup rasa

Cara-cara
Terlebih dulu panaskan kukusan dan sitm ikan siakap dengan sedikit hirisan halia . Biarkan sementara itu guna kuali lain panas kan kuali dengan sedikit minyak  dan tumis hirisan bawang merah serta bawang putih dan halia.
Biarkan sedikit wangi masukan air perahan limau nipis dan sedikit air ….agak agak untuk sedikit sup. 

Setelah mendidih tuangkan keatas ikan yang telah di stim tadi . Tutup dan taburkan hirisan daun ketumbar …siap untuk di makan.


2 comments:

huda said...

My fav...sedap x terkata ;)

Visit me back : hudakassim.blogspot.com

MamaFaMi said...

Salaam Kak Noor...

Ish bila baca ada asam limau tu yang buat tak tahan tu.