Wednesday, May 14, 2014

almond brownie

Selamat petang ...hari ini saya letakan entri Brownie yang saya telah buat kelmarin untuk minum petang. Hingga hari ini masih berbaki almaklum lah makan sekeping dua dah tak boleh makan banyak . Petang kedua sambung makan . Saya suka kan brownie yang simple leak almond atau kekacang jenis lain ...satu jenis sudah cukup . Dan yang paling saya suka hati ianya sangat senang masukan semua bahan dan gaul sebati .tuang ,bakar dan siap . Jika terlebih rajin letakan coklat jika tak rajin makan begitu saja pun dah cukup . 

 Resepinya saya ambil dari Myresepi ada pelbagai version yang menarik dan hampir sama . Jadi saya malas nak tepek resepi sebab anda boleh goggle terkeluarlah semua ...pilih la...dan boleh juga di ambil dari catatan lama saya dah ada banyak version . Haaa nie kira saya malas hari ini...kejap lagi nak duduk istirehat di luar melihat pokok mawar saya yang berdaun kontot ...risau bunga mawar dah bersaiz kecil berbanding dulu.


Tuesday, May 6, 2014

siakap stim asam limau

Masakan yang paling simple menjadi pilihan di kala cuaca yang panas terik. Rasanya selera makan juga berkurangan dek kerana kenyang dengan minum air kosong . Bila lapar selera makan memang ada tapi sebaik menjamah nasi dua tiga kali suapan terasa dah kenyang pulak . Mungkin faktor cuaca membuat kita rasa kurang selesa .
Menu tengahari tadi kita buat yang simple simple saja . Hendak duduk lama di dalam dapur dengan haba panas membahang pada waktu tengahari memang terasa nak lari keluar saja...Jadi persiapan memasak harus di sedikan awal pagi dan mula memasak apa yang patut menjadikan kerja memasak lebih teratur dan pantas . Aarr celoteh panjang pulak . Berbalik pada siakap stim nie fav En.Hb kalau boleh tiap tiap hari ada . Tapi saya tak buat lah selalu saya pulak yang jemu pulak .

Siakap stim asam limau 

Bahan-bahan  

ikan siakap
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
5 ulas bwg merah*
serbuk lada hitam
 2 biji limau nipis di perah air
2 biji lada besar
Beberapa biji tomato ceri
daun ketumbar
garam secukup rasa

Cara-cara
Terlebih dulu panaskan kukusan dan sitm ikan siakap dengan sedikit hirisan halia . Biarkan sementara itu guna kuali lain panas kan kuali dengan sedikit minyak  dan tumis hirisan bawang merah serta bawang putih dan halia.
Biarkan sedikit wangi masukan air perahan limau nipis dan sedikit air ….agak agak untuk sedikit sup. 

Setelah mendidih tuangkan keatas ikan yang telah di stim tadi . Tutup dan taburkan hirisan daun ketumbar …siap untuk di makan.


Sunday, May 4, 2014

Manggo float ala kakPaty

 Pemanis mulut yang di buat dua hari lepas . Selongkar dari blog Kak Patys....ternampak buah manggo terasa nak mencuba . Inilah hasilnya setelah di cuba ...rasanya sedap, Buah manggo saya potong dan simpan dalam sejuk beku ...tahan lama dari lembik.


 Setelah di simpan semalaman baru lah dapat makan . Enak sangat di makan kala waktu panas.