Tuesday, January 28, 2014

pie daging


 Pie menjadi pilihan di petang hari . Setiap petang pasti ada sesuatu untuk di jamah walaupun dalam kuantiti sedikit almaklum kami bertiga saja.
Bila kita sudah lama berblog adakala kita terasa kebosanan dan adakala resepi yang hampir sama maka mula lah rasa malas. Tapi bila di ingatkan kenapa saya mula berblog ....tujuan nya maka terasa hilanglah perasaan itu. Adakala bila terbaca status itu ini meletakan makanan menunjukan rasa riak ,sombong ,nak tunjuk pada orang yang tidak berkemampuan selalu saja membantut hasrat ingin terus di sini , apapun bergantung kepada niat sebenar saya. Saya masih di sini sebab saya menjadikan laman ini sebagai catatan untuk anak serta keluarga saya.

Bercerita mengenai pie daging saya mengunakan pastry puff sejukbeku . Manakala intinya saya mengunakan daging cincang yang saya perap dan goreng sehingga masak.
Lapiskan puff pastri di dalam aluminium foil dan letakan inti yang kita suka. Nampak rustic je jenis nie cepat dan senang di sedikan . Intinya pulak kita boleh sesuaikan dengan citarasa kita .

Sunday, January 19, 2014

Crabstick pizza


Makan makan untuk malam ini hanya roti pizza .Lama tak meroti dan malam ini dapat lah buat dua keping.
Pizza yang dibuat dari roti base ini walaupun dua keping tapi hanya mampu makan setengah saja dah kenyang.
Roti pizza nie mengunakan doh biasa tanpa telur dan di uli bersama minyak zaiton saja. Hasil pizza boleh di katakan lembut. Saya canaikan nipis namun ianya tetap mengembang juga .



Thursday, January 16, 2014

pie ayam




Hari ini saya buat pie ayam. Dengan lebihan isi ayam yang saya buat kuih bakar berlauk semalam berbaki.  Kali ini saya mengunakan doh pastry yang sejuk beku . Bagi saya lebih suka doh pastry yang di buat sendiri lebih sedap.



Hasilnya ....dapatlah menikmati pie ayam di petang hari dengan secawan air teh sambil menjeling pokok bunga di luar. Hari ini cuaca sangat terik dan kering. Pokok dalam pasu pun nampak sangat lemah...dengan sedikit siraman air di petang hari baru lah tanah nampak lembab.
Pokok mawar pun nampak daun nya mengecil sedikit tapi dah keluar tunas baru dan bakal berbunga ...alhamdulilah suka nya hati saya bila membelai bunga bunga dalam pasu sambil minum di luar .
Bila di luar nampak juga anak anak jiran bermain bola di atas padang .

Thursday, January 9, 2014

blueberry crumble

 Terasa sangat nak menikmati crumble apalagi bila ternampak blueberry waktu membeli barang runcit tempohari. Ambil sekotak je jadi cukup lah untuk menghasilkan crumble yang bersaiz sedang. Bila di potong dapatlah kira kira 20 keping yang bersaiz comel.
Saya suka crumble begini terasa masam masam manis apalagi bila di makan waktu petang dengan secawan teh kosong panas memang Ummph kan.
Dengan resepi yang mudah rasanya semua orang dapat mencuba buat sendiri . Saya letakan resepi yang di sunting dari AllRecipe.
Selamat mencuba

Blueberry crumble

1 cup white sugar  
1 teaspoon baking powder  
3 cups all-purpose flour  
1 cup shortening  
1 egg  
1/4 teaspoon salt (optional)  
1 pinch ground cinnamon (optional)  
4 cups fresh blueberries  
1/2 cup white sugar  
3 teaspoons cornstarch

1.Preheat the oven to 375 degrees F (190 degrees C). Grease a 9x13 inch pan.
2.In a medium bowl, stir together 1 cup sugar, 3 cups flour, and baking powder. Mix in salt and cinnamon, if desired. Use a fork or pastry cutter to blend in the shortening and egg. Dough will be crumbly. Pat half of dough into the prepared pan.
3.In another bowl, stir together the sugar and cornstarch. Gently mix in the blueberries. Sprinkle the blueberry mixture evenly over the crust. Crumble remaining dough over the berry layer.
4.Bake in preheated oven for 45 minutes, or until top is slightly brown. Cool completely before cutting into squares.


mushroom n chicken soup



Makan malam dua hari yang lalu. Hari ini baru dapat letak di sini .
Makanan kegemaran anak saya yang gemar makan western sebelah malam . Adakala saya rebus sayur dan buat sos cicah sebab takut bertambah lagi berat badan dia.






Wednesday, January 8, 2014

kuih bakar berlauk



Hidangan petang semalam yang sangat enak dan senang nak buat ...ini sangat penting kan. Tak lupa nak ucapkan terima kasih pada kakJee sebab saya guna resepi beliau yang memang tidak melekat dan meletop ini.

Untuk resepi boleh lawati blog kakJee tapi saya nak letak juga resepi ini di bawah sebagai rujukan saya juga. Klik si http://www.dapurkakjee.com/2011/03/143-kuih-bakar-daging.html Sini

Kuih bakar daging
KakJee


BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.


Tuesday, January 7, 2014

chocolate cake

Minggu pertama dalam 2014 bermula dengan kek. Sebenarnya terasa malas nak update entah kenapa sejak akhir akhir ini. Malah gambar makanan banyak dalam simpanan hanya keluar di fb saja . Rasanya zaman malas dah bermula .
Apapun ini satu kek yang biasa di buat untuk makan makan maka hiasan pun ala ala gitu je.
20134

s