Tuesday, July 10, 2012

Cheesy crabstick rolls


Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah pagi nie cuaca  hujan gerimis dengan suasana sejuk nyaman ...bunga bunga dalam pasu pun nampak segar kembali. Dan tak kurang rumput pun kian meninggi haha yang nie tak best kan....nak kena buat keja lebih sikit.
Apapun saya nak share cerita roti petang semalam. Kelmarin petang pun cuaca begini dan sudah semestinya kita mudah berasa lapar. Oleh itu saya pun merajinkan diri kedapur mengeluarkan segala bahan serta masukan dari mesin doh mengadun roti.
Bab buat roti nie dah bermacam macam jenis..gulong sana sini lipat lah dan paling senang letak camtu saja kan dah habis idea. Tapi hari ini resepi dalam blog Spore Kitchen ini nampak menarik hati  saya nak membuatnya. Nampak elegant sikit laaa dari yang biasa saya buat wink wink...


Jika nak melihat cara meletak crabstick silalah ke blog beliau...lebih terperinci gambarnya. Almaklum saya buat sorang sorang kat rumah ...tak sempat nak snap pada setiap proses..nanti kamera penuh dengan tepung pulak..
Saya salin resepi beliau kat bawah nie sebagai rujukan saya...ye.


Cheesy Crab Stick Rolls

Ingredients:
Bread flour- 3 cups
Warm water- 1 cup
Sugar- 4 tbsp
Milk powder- 2 tbsp
Salt- 1 tsp
Yeast- 1.5 tsp
Egg- 1
Butter- 40 grams

Filling:
Crab Sticks- 15
Grated cheese- 1 cup
Mayonaise- acc to requirement
Chilly Sauce- acc. to requirement


Method:
Mix everything together in except butter.
Knead to form a dough.
Add in the butter and knead briefly until smooth and elastic.
Allow to rise for 1 hour or until double in size.
Punch down the air and divide the dough into 15 balls.
Roll the dough anf flatten it out a bit.
Place a crab stick in it and pinch the two ends to seal it.
Do the remaining and keep them to rise until double in size for 45min- 1 hr.
Towards the last 10 minutes of the rising time, preheat the oven to 180 degreeC for 10 min. Brush with the egg wash and pipe the mayonaise and the chilly sauce.
Sprinkle the cheese on top.
Bake for 15-20 minutes until golden and well cooked.
Bring out and allow to cool completely on a wire rack or you can have them hot and fresh.





Monday, July 9, 2012

Rosemarry Grilled Prawn


Selamat petang...dalam suasana hujan gerimis sejuk keadaannya. Semuga ceria di petang petang gini ye.
Ini menu semalam yang di makan bersama nasi. Hari ini kita maka simple saja nasi putih dengan ikan rambai masak asam...kena lah dengan hari yang sejuk begini. Tambah pula ada sambal belacan di cicah dengan ulam timun memang ngam. Hari ini saya tak sempat ambil gambar sebab perut terasa lapar ...selepas siap memasak kita terus makan maka tak ada lah sessi gambar..hehe.


Udang lebihan dari buat nasi jadi kita jadikan panggang begini dan style orang melayu kan..cicah dengan air asam cili melaka memang bestlah. Jika tidak di cicah dengan air asam pon ok juga sebab udang  bila di perap dengan daun herba rosemarry nie terasa kepedasan.  Apapun saya suka menu ini sebab senang dan ringkas nak buat. Ok resepi nya saya ambil dari SINI. Tapi dalam Afc channel pun dah tunjuk Barefoot Contessa. Saya telah ubah dengan kesesuaian di dapur dengan apa yang ada dan saya cucuk kan pada batang lidi.

Rosemary grilled prawn
Olahan : CitarasaKu

1/2 cawan air lemon
3 tablespoons olive oil
1 tablespoon minced fresh rosemary
1 tablespoon minced fresh flat leaf (Italian) parsley- saya ganti dengan chives
1/4 teaspoon salt
1/4 teaspoon pepper

Masukan perahan lemon,minyak rosemarry,garam dan serbuk lada. Sebatikan .Simpan 2 camca besar dari bancuhan ini dan selebihnya untuk di buat perapan.
Perap udang selama 30 min sebelum udang di cucuk pada lidi dan di grill atas pan atau oven selama 10-12 min. Setelah masak titiskan lebihan perapan tadi keatas udang...nampak fresh laa..
.

Sunday, July 8, 2012

Nasi Udang Berempah


Salam hujung minggu tapi di kedah hari ini adalah hari berkerja. Hehe surirumah saja berhujung minggu dalam suasana sunyi sepi di awal pagi selepas hujan.
Hari ini kita dah siap plan untuk menu lunch jadi tak perlu lah dok fikir lagi nak masak apa. 
Seawal pagi kita mencabut rumput yang agak panjang di halaman...terasa malas sejak akhir akhir nie nak membuat semua itu...tapi memandangkan hujan mula turun dan rumput pun mula aktif terpaksalah membuang apa yang patut. Dan mengemas kini pokok herba yang di tanam...tukar tanah dan letak baja. Arrrghh ...memang memenatkan sehingga terasa bagai nak tercabut pinggang. Letih baik saja relax setelah hampir dua jan bertempur di laman. 
Ok menu ini adalah menu ulangan. Tempohari kita dah masak nasi nie dan boss kecik cakap ...mama bila nak masak nasi itu lagi. Anyway waktu dia pulang sekolah tadi...happy saja sebab kita dah masak untuk dia.
Resepi asal dari Blog Rahel....dan boleh di rujuk di sini juga .
Terdapat sedikit olahan kali ini ....saya tambah 2 tsb jintan manis.....untuk menambah aroma udang dan nasi. Rasanya berbaloi juga .....cuba lah baru tahu hehe.

Hidangan hari ini saya gandingkan dengan Kurma Telur, Udang rosemarry pan-fried dan sayur kobis bunga style orang india. Selain dari kuah kari sotong left-over lauk semalam haha...menjadikan hidangan yang terlebih cukup pulak.  Selata timun menjadikan meja comel kita sarat..apalagi orang yang memakan nya. So hari ini dalam kategori heavy lunch...so malam nanti sandwich saja kot...

Saturday, July 7, 2012

Kek Kukus Hujan Panas


Selamat petang...di kedinginan petang yang hujan renyai dan sekejap lebat dan di serikan pula dengan kek kita nie dengan nama pun hujan panas...eehh memang pon.... Pertama kali mendengar nama kek ini memang terasa lain macam je...tambaha lagi mengunakan kelapa. Hehe kita tak pernah lagi lah rasa ...tu yang buat kita terus nak buat dan nak makan ....baru puas.
Alhamdulilah projek ini tertangguh kelmarin ...hari ini baru mampu kita buat...syukur nikmat...kita dah makan dua keping kek nie..dan pastinya sekejap lagi habislah sebab kita buat setengah adunan saja. 

Kek ini asal dari sifo masak rasanya ramai dah mencuba di dapur mereka cuma baru sekarang giliran saya yang agak tertinggal keretapi.
Apapun terima kasih pada empunya resepi ini. Nak mentioned kat sini ramai nanti tersalah  orang pulak..untuk itu saya hanya letakan nama Ryo dan saya titip resepi ini dari rumah Ummi...Home sweet Home gitu sebab saya salin resepi nya di bawah ini.



KEK KUKUS HUJAN PANAS
Resepi: Ryo
Sumber: Kongsi Resepi
Diolah 1/2 Adunan: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (bertanda merah = separuh adunan)

325 g butter/margerin (akak letak 160 gm)

1 1/2 gelas gula (akak letak 3/4 cawan)

2 1/2 gelas tepung gandum (akak letak 1 1/3 cawan)

5 biji telur gred A (akak guna 3 biji telor gred A, rasanya kalau guna 2 biji pun ok)

150 g seri kaya (akak letak 80 gm)

50 g susu pekat manis (akak letak 25 gm)

300 g kelapa parut (akak letak 130 gm)
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

Caranya :

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya, susu dan tepung. Pukul lagi hingga adunan sebati, ketepikan.
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu.
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan, gaul sebati.
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan, tutup dengan aluminium foil. (akak guna loyang bulat 7 in. utk separuh adunan ni)
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
10.Potong apabila kek dah sejuk.



Friday, July 6, 2012

Murtabak Roti

Minum petang dengan Murtabak roti....memang membuat kita terasa begitu kenyang hingga pada saat ini. Mungkin roti yang saya guna jenis wholemeal kut. Resepi asal tak tulis pon jenis apa..jadi saya belasah saja roti yang ada di dapur. Sangat teruja dan tak sabar nak rasa bagaimana murtabak dari roti.
Well tak rugi mencuba sebab hasilnya sangat sangat baik dan response dari ahli rumahku makan tanpa banyak kerenah.
Nanti bolehlah kita ajar anak saudara kita yang tinggal di hostel mencuba buat murtabak simple nie time dia stress belajar dan tak sempat nak sediakan makanan kan. Lagipun nampak berkhasiat dan kenyang.
Murtabak di cicah dengan kari pekat sedap dan jika ada bawang cuka pun ok.

Terima kasih pada empunya resepi dari MyResepi -Muse dan resepi ini kita salin dari blog Rohaisa . Saya cuma menambah cincangan isi ayam yang di goreng dengan perasa rempah masala -sedikit saja.

Murtabak Roti
sumber: Rohaisa
Olahan : citarasaKu

Bahan-bahan:
4 keping roti
1/2 bawang besar | hiris nipis
2 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
Garam secukup rasa
Butter @ marjerin
Cili besar | hiris
Daun sup | hiris
sedikit cincangan daging ayam- yg telah di goreng dulu
Lada sulah
*Campurkan kesemua bahan di atas
Cara-cara:
1.Pecahkan telur dan gaulkan bersama bawang, cili besar, daun sup, lada sulah dan garam.(Ala2 nak buat telur dadar).Ketepikan.
2.Potong kepingan-kepingan roti jadi dadu.
3.Panaskan kuali dengan butter.Guna butter secukupnya untuk menggoreng.
4.Bila kuali sudah agak panas, baru masukkan roti tadi ke dalam bekas berisi telur.Gaul sebati.Jangan lama sangat proses ni, sebab kita tak nak roti tu resap telur terlalu banyak.Then, terus tuang dalam ceper atau kuali tadi.
(untuk proses yang ni, saya asingkan sedikit bancuhan telur. Selebihnya digaulkan dengan roti dan curahkan ke dalam kuali.Ambil pula bancuhan telur yang diasingkan pada awalnya tadi dan curah pula untuk sekian kalinya.)
5.Guna api kecil, tak nak hangus diluar, dan tak masak di dalam.Dalam 10 minit, bolehlah balikkan ia.Dah nampak kuning-kekuningan, siap!. (*time ni pandai2lah nak balikkan ye, sebab takut roti yang didadar pecah/rosak).
6.Sedap dimakan bersama cili sos.Selamat mencuba


Thursday, July 5, 2012

Strawberry Tart


Buat petang semalam dalam keadaan cuaca yang sejuk. Hehe saya suka sangat bila hujan sebab tak panas . Tapi bila cuaca sejuk memang terasa lapar. Oleh kerana nak menghabiskan stok buah strawberry daripada lembut kita kena buat sesuatu. Mulanya terasa nak buat ice-cream tapi mesin ice-cream tak sempat beku. Jadi kita buat tart sajalah. Tapi saya lebih gemar kepada cheesetart berbanding dari jenis ini. Tapi jenis begini adik saya Liza suka makan. Malang nya dia tinggal jauh dari rumah saya so tak dapat lah nak antar ke rumah dia. 


Untuk resepi pastry tart saya guna resepi yang berasingan dan sesuaikan . Dan cream custart pulak dari Kitchen Snippet. Hasil custart nya nampak lebih berkilat dan sedap sangat.

Blueberry cheese tart
Sumber:  Buku Cake and Bakes

Ingredients
1 egg
125g butter
6og icing sugar
250g flour
1/2 vanilla essence
1-2 tbsp water


Method
Preheat oven 160C
Mix all ingredients and divide dough into small balls (size shud be as big as ur thumb)
Press dough into a tart mold.. prick dough with fork and bake it for 15mins

****************************************************************** 

Ingredients for Pastry Cream:
Sumber : Kitchen Snippet

2 cups whole milk
1/3 cup sugar
2 large eggs
2 tbsp unsalted butter – cut into small cubes
1/4 tsp salt
3 tbsp cornstarch
1 tsp vanilla extract

1. Pour the milk into a heavy saucepan. Add the salt, place over medium-high heat, and bring to just under a boil, stirring occasionally.
2. Meanwhile, whisk together the cornstarch and sugar. Add the eggs and whisk until smooth. When the milk is ready, slowly drizzle about 1/3 of the hot milk into the egg mixture, whisking continuously.
3. Pour the egg-milk mixture back into the hot milk and continue whisking until the custard is as thick as lightly whipped cream, about 2 minutes. The mixture must come just to the boiling point.
4. Remove from heat and immediately pour through a sieve into a bowl. Stir in the vanilla extract. Let cool for 5 minutes, stirring occasionally. Add in the butter, one cube at a time and continue to whisk it into the pastry cream until smooth.
5. Cover the bowl with plastic wrap, pressing directly onto the top of the cream to prevent a skin from forming and put in the refrigerator to cool.


 

Wednesday, July 4, 2012

Nasi Lemon



Sebenarnya hari ini saya dah hilang idea nak masak apa . Almaklum lah  jika kita kerap di dapur memasak makanan maka menu kita asyik pusing pusing dan seringkali kita masak jenis yang sama. Kadangkala timbul rasa bosan bila kita masak ulang ulang kan.Jika barang mentah semua cukup di kira ok lah jika serba serbi tak cukup...hehe kena tukar resepi lain.
Kadangkala saya hentam saja apa yang ada di dapur...tak kuasa nak keluar mencari benda nanti bila keluar dan pulang memang terasa letih nak masak...last last beli nasi bungkus hehe ...masak esuk pulak.
Tapi hari ini Alhamdulilah bila mood memasak dengan bahan yang ada hmmm menjadi lah. 
Nasi lemon ini saya ikut resepi Pak Engku tapi saya menambah sedikit mixed-spice untuk mendapat aroma seperti nasi yang saya makan di sebuah restoran arab Hydramaut...bila saya makan di situ memang ada sedikit bau aroma mixed-spice. Dan tadi setelah nasi masak dan ianya sangat wangi serta berbau rempah yang harum.

NASI LEMON 
Sumber : Pak ENGKU
1 kg beras basmathi - cuci bersih dan tos kan airn
100 gm marjerin
1/2 tin susu cair
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji lemon - parut kulit dan ambil jus
1 liter air - biasa jumlah air sama dgn jumlah nasi
garam secukup rasa
2 tsp mixed spice - Yang nie saya tambah


Bahan tumis
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inc halia - kisar
1 tangkai daun sup - dihiris
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
Panaskan marjerin dan tumiskan bahan yg dikisar. Goreng hingga garing dan naik bau.
Masukkan air , susu cair, kunyit , garam secukup rasa jus lemon dan parutan kulit lemon. kacau rata dan biarkan ia mendidih.
Masukkan beras, daun sop dan daun pudina. tanak sehingga nasi masak





Kari ayam pedas ini sedap di makan dengan nasi dan juga roti. Di sebabkan ianya tidak mempunyai santan kuah nya agak tahan lama dan sesuai di buat bekal.  Resepi ini adalah salah satu dari masakan emak yang sangat sedap bagi saya laa.

Kari Ayam Pedas
sumber : CitarasaKu

Bahan bahan :
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
5 ulas bawang merah - dikisar
1/2 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 cawan air
2 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kurma
3 sudu besar rempah serbuk
2 biji tomato di potong kiub 
garam secukup rasa
sedikit gula- seimbangkan (sbb tiada santan)
sedikit minyak

Bahan tumis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
daun Kari
2 btg cili hijau

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau sebati.
  3. Masukkan serbuk cili, rempah dan 2 cawan air, kacau rata.
  4. Masukkan ayam dan tomato biar hingga masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan garam perisakan dan tunggu mendidih dan berkuah pekat .
  6. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.