Sunday, August 5, 2012

Lemon rosemary chicken


Sisipan menu berbuka semalam ....terlepas letak. Saya buat setengah saja ini pun tidak terhabis makan waktu sahur tadi saya panaskan kembali dalam micro dan biarkan sejuk sebelum di simpan dalam petisejuk. Jika di biarkan saja mesti rosak pada penhujung waktu. Pasnie fikir nak carik carikkan isi ayam dan jadikan sesuatu hidangan emmmm buat sandwich kot sebab isi ayam dah berperisa enak kan ...so kita tambah saja keju ...habis cerita ...mesti clear.Jika kita ulang tayang dalam bentuk yang sama pasti tidak terusik. 
Insyaalah tengoklah bagaimana rupa transfomasinya.

Lrc...nie saya buat ikut style Ala Jamie Oliver sangat sedap dengan haruman lemon dan herba thyme dan rosemarry yang kita beli segar kat Tesco. Saya sangat suka dengan dua jenis herba nie sungguh harum. 

Saturday, August 4, 2012

Berbuka dengan nasi udang berempah


Hari ini nampak menu yang sarat untuk berbuka. Sebenarnya planning asal membuat semua ini sebab mak n abah janji nak datang tapi last minit cancel . Tapi kita teruskan juga pada menu asal dengan mengurangkan pada saiz setengah saja. Nasib baiklah bagitau awal jika tidak ....habislah siapa nak makan semua ini...boleh pengsan.

Resepi untuk nasi ini boleh di dapati di Sini dalam entri yang lalu.







Kari dhal ...saja buat kuah untuk bersahur nanti kita perlu keluarkan roti canai frozen , goreng dan cicah dengan kuah dhal. 









Kari ketam dengan nenas


Selamat petang...baru time nie ada sedikit masa terluang untuk mengupdate blog..hehe curi curi masa sikit...sat gi dah masuk Asar pastu akan sibuk di dapur pulak.
Nie menu berbuka kelmarin. Saya lebih suka makan dan bersantai di rumah ....lega.
Kari ketam dengan nenas adalah kesukaan ku tak kira masa dan semestinya di gandingkan dengan nasi putih.


Ikan kembong borong kat Tesco ...segar segar baru di letakan di atas tray besar...maka berebut rebut orang megambil nya dan tidak ketinggalan lah saya. Tapi saya beli 8 ekor je..yang bersaiz sederhana. Masa beli tu dok fikir gak nak masak apa beli ikan nie.Waktu pulang baru teringat masa makan semalam kat situ nampak lah ikan bakar tapi ada kureng sikit ( tak mau citer lah ...tak baik kan ) So petang semalam selepas mencuci ikan terus saja kita perap dengan sedikit garam, serbuk bawang putih,sedikit kunyit serbuk dan cili paprika dengan sedikit minyak biasa. Perapan lebih kurang 3-4 jam sebelum di bakar. Pada saat akhir nak bakar saya titiskan pada kesemua ikan dengan sos berperisa maggi dan daun thyme. Memang harum wangi la semasa memanggang di atas kuali pemanggan. Cantik bila masaksebab kulit ikan tidak melekat pada pemanggang. Untuk sos cicah boleh lah guna apa apa sos tapi versi saya hari nie nak pedas maka saya tumbuk sambal belacan kaw (pedas) la  pastu tambahkan hirisan bawang kecil, airasam dan sedikit gula perang bersama air limau kasturi...memang ngam .
Sori ye...jangan lah terliur pulak kang terbatal puasa...tapi sekarang pun dah tak lama lagi berbuka boleh lah buat hehe cara simple nie.


Friday, August 3, 2012

Flamingo cafe


Sessi buka puasa bersama adik kelmarin. Walaubagaimana pun saya lebih suka berbuka di rumah ...lebih santai dan senang melakukan ibadah. Jika kita keluar rumah boleh buat semua itu tapi dalam keadaan tergesa gesa dan penat. 
Apapun sekali sekali ok lah.

Nie bukan saya tau...my sister n yon yon posing lepas makan. Ketika waktu hendak pulang. My yonyon dapat sehelai baju raya dari Acu nya ...gembira sungguh la dia...

Tak banyak yang nak di ceritakan hanya pada gambar gambar sekitar dan makanti nan yang di sajikan. Memang tak terhabis makan so makan sebab berbuka dan henti sebelum kembung dan segah wakaka....layan....












chocolate sponge filled with orange


Kek dan kek lagi ....walaupun berpuasa. Apatah lagi bila texture kek yang lembut mengoda dengan filing orange dan di lapisi lapisan coklat memang satu padanan yang memang ngam kan. Pada pengemar coklat mesti suka lagipun bila lapisan spango terasa begitu cair di mulut bila di makan dengan terasa masam manis memang best sangat. Sekarang nie waktu berpuasa tak boleh nak cerita panjang lagi ....so jika nak makan kena lah buat wakaka...


Resepi kek sponge coklat nie saya ambil dari blog si Rahel . Dari resepi ini saya bakar di dalam layang nipis empatsegi panjang (loyang swiss rolls). Satu adunan saya bakar dua kali. Setelah masak saya keluarkan cepat cepat dan tekapkan dengan acuan bulat sederhana. 
Sebelum di tangkupkan dua letakan kerim yang dipukul dengan orange filing ...sebatikan dan pukul kembang barulah di letakan di antara kedua belah. Filing ini menjadikan kek lebih moist dan ringan serta cair dalam mulut...haha. 
Akhir sekali kemaskan dengan lapisan coklat dan hiasi dengan celoreng coklat berperisa orange. Kek terasa sedikit manis dengan penambah kedua jenis coklat ini....oleh itu masa penyediaan kek .....kita kena kurangkan gula untuk menstabilkan rasa manis untuk hiasan begini .
Terima kasih Rahel di atas sumbangan resepi awak. Kat bawah nie saya copypaste buat simpanan.


Kek Span Coklat
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
5 biji telur
200g tepung kek
200g gula kastor
110g mentega cair
100g air
40g serbuk koko
20g ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat

Cara membuat:
1.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.
   Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
   Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi
   selama 5 minit.
4.Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).

Nota: saya buat dua loyang jadi waktu pembakaran kena lah kurangkan mengikut oven...170 selama 15 min...dah masak. Jika bakar terlebih masa kek akan jadi kering...tak sedap.




Thursday, August 2, 2012

Masak lemak ayam salai


Selamat pagi.....buat kengkawan yang datang kesini. Menu semalam saya adalah masak lemak ayam salai. Selalunya ayam kita tak salai tapi sebab kita nak kan ayam tu terasa bau harum kena lah buat keja lebih sikit. Jika dulu salai kena gunakan dapur luar lagi sedap tapi sekarang manalah ada dapur sebegitu kan. So kita salai saja atas pemangang,  kasi dia hitam kehitaman dengan api yang perlahan.
Bila dah makan begini terasa pulak nak makan daging salai hehe bila pulak nak buat. Daging salai goreng dengan kacang panjang hhmmm memang ngam kan mesti sedap. Resepinya untuk masak lemak ayam nie saya tak letak lah sebab semua ramuan nya seperti biasa cuma ayam nya saja.
Bawal goreng biasa saja ...saya cicahkan dengan kuah cili kicap yang di perah dengan limau . Simple dan sedap.






Wednesday, August 1, 2012

Ayam percik kelantan


Menu berbuka hari ini ....ayam percik kelantan yang bersos putih. Mencari kelainan dalam masakan harian. Sebenar inilah pertama kali kita cuba membuatnya sebab selalu jika kita buat jenis percik madu, bersambal pedas lah,berempah ,tandoori dan bermacam jenis lagi la. Tu tak kira lagi yankg minah saleh tunjuk dalam Afc dan masterchef. Pendek kata Alhamdulilah lah semua kita dapat merasa dan mencuba di dapur sendiri kan . Hehe sedap atau tak sedap tu adalah pekara kedua kan. Paling utama tu kita yang masak sendiri lain lah jika kita tak sihat atau sibuk.....hehe kita jalan kat pasar ramadhan dan beli yang patut.

Sebenar saya sendiri risau jika pergi ke pasar ramadhan....selalu gelap mata....tengok sana ...tengok sini semua nampak best giler....pastu beli itu ini last last sekali cik tongsampah yang makan. Rugi kan membazir nama nya...tapi hairan lah juga masa beli tu hingga tak ingat . Di sebabkan begini maka lebih baik saya berkurung kat rumah.  


Resepi nie saya goggle goggle..hehe maka satu senarai panjang keluar...suka le tercari cari resepi mana yang patut kita cuba. So ari nie kita ambil dari Blog  Resepi Kelantan .
Saya copypaste kat bawah salinan resepi dari rumah beliau....terima kasih pada Suri Man.  Hasil nya sungguh sedap dan lain sekali rasanya yang berlemak santan dan terasa jintan pada daging ayam dan saya cicahkan pulak  dengan airasam tomato .

BAHAN-BAHANNYA:

bahan perapan ayam: (ditumbuk lumat)

-1 ekor ayam yang telah dipotong 4 bahagian
-4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- sedikit garam 

Bahan untuk kuah ayam percik: 
- 4 ulas bawang merah
-1 inci halia
-gula dan garam
-santan pekat (1 biji kelapa)
-1 batang serai yang telah diketuk
-sedikit air asam jawa
- sedikit jintan manis 

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA: 
- lumurkan bahan perapan ayam dan perap seketika supaya rasanya cukup mesra. Anggaran dalam 2 jam
-penyedian kuah: masukkan santan dan panaskan seketika kemudian masukkan serai, air asam jawa, jintan manis,gula dan garam dan kacau supaya tidak berketul
-masak kuah sehingga pekat
-kemudian bakar ayam yang telah diperap sehingga separuh masak
-salut ayam tadi dengan kuah percik dan bakar ayam sekali lagi
-salut ayam sekali lagi dengan kuah percik dan sehingga 3 lapisan.
-dan akhirnya tuang sedikit kuah percik tadi ketika menghidang.
-enak dimakan bersama nasi panas.