Wednesday, July 25, 2012

Bawal goreng -kicap cili


Menu berbuka semalam. Tersangat letih di sebabkan demam selsema...terasa malas sangat nak masak menu yang berat. Lagipun waktu berbuka semalam hanya kami berdua saja sebab Hb bertugas di luar kawasan. Kami makan ala kadar saja...insyallah hari ini ok sikit.

Menu sampingan pula saya buatkan murtabak roti yang resepi nya boleh di ambil di sini. Alhamdulilah sedap rasanya . Hari ini saya letih nak tulis panjang panjang hmmmm .




Tuesday, July 24, 2012

Puding kentang biskut



Hidangan pemanis mulut semalam kita buat puding kentang biskut untuk iftar hari ketiga. Tekak pun sakit akibat serangan virus selsema,badan terasa sangat lemah. Pagi ini syukur Alhamdulilah terasa sihat sikit. Waktu berbuka semalam kita hanya menjamah mee goreng yang di beli bungkus dari pasar ramdahan. nasi pula tak tersentuh langsung sebab selera kurang. 
Menu semalam kita masak ikan cencaru bersambal  serta kari ikan dan sayur buncis saja. Hari ini kita plan nak makan nasi putih with sambal belancan yang kick saja, ikan bawal sweet n sour dan sayur kobis saja. Hehe ini perancangan awal pagi laaa...memandang kan cuaca pagi ini mendung dan hujan sekejap sekejap setakat ini.


Puding kentang biskut ini saya ambil dari Hesti . Puding ini lebih kurang sama dengan puding kentang yang selalu kita buat cuma beza nya dari tambahan biskut dan agar agar. Saya ubahsuai sedikit mengikut bahan yang ada di dapur saya. Untuk melihat resepi asal sila lah ke Blog Hesti .


Puding kentang biskut
Sumber: Hesti
Olahan: CitarasaKu

Bahan puding kentang :
- 200 gr kentang kukus (blender)
- 200 gr gula pasir
- 1 telur utuh + 2 kuning telur
- 1 1/2 sdm margarin (dicairkan)
- 150 ml susu kental manis dicampurkan dgn 150 ml air
- 25 gr tpg gandum
- 25 gr tepung kastad
- 1/2 sdt vanili

Bahan puding  (campur rata, masak sampai mendidih):

- 200 gr gula pasir
- 1 bks agar-agar putih
- 1/2 sdt vanili-
- 750 ml susu cair

Pelengkap :
- biskuit marie secukupnya

Cara membuat :

Puding kentang : di pukul telur, gula dan vanili sampai kembang  dan putih. Perlahankan kelajuan dan masukan: kentang, larutan susu, dan margarin. Sebatikan.
Tambahkan tepung gandum dan kastad dan sebatikan lagi.
Tuang di loyang bulat diameter 22 cm atau loyang kotak 20x20x7cm yang dioles margarine.
Kukus selama kurang lebih 30 menit. Angkat. Aturkan marie (yang terlebih dulu dicelup dalam susu cair sebentar) di permukaan puding kentang.
Tuang larutan agar-agar secara perlahan agar biskut tidak naik keatas. Dan sejukan sebelum di potong.

Nota: setelah pudding kentang di kukus saya lapiskan biskut dan masukan kedalam petisejuk sebelum saya tuangkan lapisan agar agar…( supaya lapisan roti tak naik keatas )



Monday, July 23, 2012

Roti Pita


Syukur hari kedua berpuasa tamat lah sudah. Hari ini kita menu kita daging pesamah ,kerang sambal saja.  Manakala hidangan sampingan pula kita buat roti pita. Teringin nak makan yang simple gini sebab nanti sahur jenis begini ...tekak dapat menerima.
Tak sangka begitu senang nak membuat roti pita nie...yang sebelum nie saya beli yang dah siap tersedia. Tapi hari ini terpanggil untuk mencuba roti pita..eeemmm tak lah susah sangat. Alhamdulilah bila keluar oven ianya sangat kembung dan cantik kejadian nya. Sukanya hati...



Roti Pita
Sumber: Myresepi


Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit.




Inti Roti Pita


isi ayam- di potong kecil *perapkan dengan lada dan sedikit garam
1 labu bawang erah- - dipotong kiub
1/2 btg lobak merah- di potong kiub kecil
2 btg sosej ayam - di potong kecil
1/2 biji capsicum atau cili merah pun boleh.
sedikit garam dan maggi seasoning
keju mozarella
sedikit minyak.
secekak daun ketumbar- jika suka


Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga agak layu. masukan isi ayam dan goreng sebentar ,masukan lobak merah dan cili dan garam. Goreng sehingga ayam masak ...masukan maggi seasoning dan keju. Tutup api masukan daun ketumbar ...siap.


Hiasan tambahan: hirisan tomato dan daun salad
Nota: maggi seasoning sedikit saja seimbangkan dgn pengunaan garam nanti masin sangat.



############################################################################

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Takziah buat kenalan lama saya Puan Noor Riang dan suami En .Ishak dimana Ibunda tercnta telah di bunuh semalam. Berita kematian hanya di ketahui bila saya membaca laparon harian merto dan buletin new tv3 . sangat sedih dengan kejadian yang menimpa ibunda beliau dimana arwah telah di  tikam di dalam rumah dan meninggal selepas kejadian. Al-Fatihah semuga arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.



Sunday, July 22, 2012

Berbuka puasa dengan mak abah

Assalamualaikum hari kedua kita berpuasa. Syukur semalam kita dapat juga berbuka puasa di hari pertama bersama dengan mak dan abah d sbg.Jaya. Lama dah tak berpeluang berbuka bersama mak abah sekian tahun....selalunya kita berkunjung selepas waktu berbuka saja dan kadangkala membawa mereka keluar berbuka. Rasanya bila umur sudah meningkat mak abah memang lebih suka berbuka di rumah saja. Jadi saya hanya perlu masak dan bawa makanan ke rumah dan makan bersama. 
Menu semalam kita hanyalah nasi tomato dan ayam masak merah dan acar timun. Manakala pemanis mulut kita sediakan puding kastad roti berkismis tanpa sos sebab mak abah tidak di galakan makan makanan yang manis.
Gambar......malangnya saya tak sempat untuk mengambil gambar sebab terlalu sibuk menghidangkan makanan dan sebelum dan selepas sehingga terlupa bab menfokus hehe...biasa la kan bila dah sibuk.


Sekali lagi saya membuat cuppies yang mempunyai isian peanut butter di dalam kek dan coklat. Rasanya tidak akan pernah jemu sebab hasilnya sangat sedap .
Saya masih mengunakan adunan basic cupcake. Peanut buter hanya di isikan di tengah kek setelah kek ini di bakar dan buatkan lubang pada tengah kek serta di picitkan isian peanut butter. Tutup kembali tubang dengan cebisan kek dan lapisi kek dengan cream kesukaan . Membuatnya tidaklah begitu susah tapi hasilnya nampak bervariasi...hehe nanti nak kita nak cuba letak isi durian pulak....mesti sedap kan.




Friday, July 20, 2012

Bingka Durian


Selamat malam...esuk kita akan mula berpuasa..dan malam ini insyallah akan bangun bersahur. Tak pasti nak bersahur nanti apa menu nya ,nak goreng kerang bercili atau kupang goreng kunyit. Lihat nanti si yonyon nak makan apa...tapi kedua dua benda kita telah keluarkan dari sejuk beku dan letakan pada kotak biasa. Nanti bila bangun jam 4.pagi nanti tak susah...dah boleh mula mengoreng apa yang patut. Rasanya bila mula berpuasa semua orang pasti ada selera makan ...masuk dua minggu mula lah tak ada selera. Kat rumah selalu macam nie....teringat waktu kami tinggal bersama adik adik yang lain...suka nya waktu tu sentiasa ada selera makan sebab ramai kot...tapi sekarang kami bertiga saja...makan ala kadar.


Minum petang tadi bingka durian...agak nipis sebab guna loyang besar...yang kecil sekali masa nak guna puas cari entah letak dimana. Biasa lah nanti bila tak nak guna baru jumpa nie kes simpan menyimpan lah.
Bingka durian nie saya guna resepi bingka pisang...saya cuma tukar dari pisang kepada isi durian dan blend ...senang kan...dan hasilnya sedap dan kenyal tapi sayangnya nipis.

Bingka durian

Olahan:CitarasaKU

Bahan2
5 ulas durian  tanggalkan isinya- di kacau sebati#
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan sebelum di potong.






Thursday, July 19, 2012

Selamat menyambut Ramadhan


Buat semua kenalan yang melayari Dapur CitarasaKu , saya  mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan dan Berpuasa yang akan bermula sabtu ini. 


Apapun layan dulu ice-cream Durian buatan sendiri ye....hehe kita tak boleh makan buah durian banyak so bila kita jadikan ice-cream  boleh ulang ulang makan sampai jemu.....tapi peliknya kita tak JEMU la...lagi makan lagi sedap.....abislah diet.


Crostini Avacado


Selamat petang khamis. Petang ini hujan turun dengan lebatnya tapi hanya sekejap saja. Agak lama juga saya tidak berupdate di sini. Sebenarnya saya tidak begitu sihat minggu lepas dan dapur saya kurang berasap seperti kebiasaan. Bukan sakit yang serious tapi mungkin keletihan dan tekanan darah rendah menyebabkan saya pening kepala. Setelah mengambil ubat dari klinik....Alhamdulilah saya kembali cergas.


Petang ini saya buat ala roti bakar yang di letakan buah avacado. Pertama kali nak merasa hehe selalunya saya lihat dalam Afc...minah saleh letak buah nie atas roti...teringin pulak nak rasa . Tapi bila dah makan alhamdulilah sedap juga. Tapi tekak saya cakap jika di buat Jus lagi best. 
Buah avacado yang di lenyek begini rasanya berlemak serta berkrim gitu di tambah pula lada kepedasan memang sedaplah.
Bila dah berlemak semacam saya gandingkan dengan kopi O saja...enak pada waktu hujan hujan begini. Esuk lusa kita nak mula berpuasa Ramadhan. Selamat Berpuasa untuk semua kengkawan yang singgah di sini.


Resepinya simple saja ...saya copy dari SINI  Ada sedikit perubahan pada resepi yang saya warnakan merah dan saya tak letak tomato sebab dah sedap .


INGREDIENTS

  • 1 Panera Bread French Baguette, cut into ¼-inch thick rounds
  • 1 avocado, peeled and pitted
  • 2 teaspoons fresh lime juice
  • ½ jalapeño pepper, seeded and minced - saya ganti dgn cili merah
  • 1 ½ tablespoons chopped fresh cilantro
  • ½ scallion, finely chopped
  • 1 small clove garlic, minced
  • 2 ounces fresh goat cheese -guna parmesan
  • 1 tablespoon extra virgin olive oil
  • ¼ teaspoon salt
  • 1/8 teaspoon ground black pepper
  • ½ cup grape tomatoes, finely chopped

DIRECTIONS

1. Preheat oven to 400°F.
2. Put baguette rounds directly on oven rack and bake until toasted, but not browned, 2 to 3 minutes. Set aside.
3. Using a fork, mash avocado, lime, jalapeño, cilantro, scallion, garlic, goat cheese, oil, salt, and pepper in a small bowl.
4. Spread 1 to 2 teaspoons avocado mixture on each crostini and top with tomatoes.