Thursday, April 19, 2012

Bingka Beras

Bingka beras sebagai hidangan minum petang semalam.  Bingka beras yang bercampur dengan sedikit gula merah memang sedap. Sukanya hati bila bingka nie terhasil dengan sempurna nya. Puas fikir nak buat kuih apa bila time petang kadangkala pening juga. Paling tidak makan biskur cream cracker cicah dengan air teh kosong pun cukup sedap takala hari hujan.
Kebelakangan ini hujan selalu turun pada sebelah petang tulah yang membuat perut kita cepat berasa lapar. 
Hari ini kita di beritahu oleh anak kita di sekolah dia ada budak kena belasah dalam tandas. Ngeri bukan.....anak kita tak masuk campur sebab awal awal lagi dah cakap dengan dia jika bukan urusan kita jangan masuk campur dengan budak nakal ....paling tidak jika nampak cepat beritahu guru. Tapi anak kita cakap kadangkala bagitau guru bertugas mereka buat derrr saja ....sebab guru pun takut nak masuk campur. Akibatnya memang di luar dugaan.....budak budak sekarang buat sesuatu pekara tanpa memikirkan implikasinya pada diri sendiri.
Kita selalu menasihati anak kita supaya pandang kedepan sebab perjalanan masih jauh dan banyak rintangan untuk di lalui untuk menjadi seorang insan dewasa serta matang dalam pemikiran.

Berbalik pada cerita kuih kita nie....terima kasih pada Bro Rozan untuk resepi yang sedap dan best nie.



BINGKA BERAS
SUMBER: BRO ROZAN -RSR

Bahan-bahan
1¼ cawan (abt 150gm) tepung beras*
60 gm gula melaka*
120 gm gula pasir* (kurangkan sedikit jika anda penawar)
350 ml santan pekat*
450 ml air*
½ sudu teh garam atau secukup rasa*

1 helai daun pandan (disimpul)

Cara
1. Masukkan semua bahan * kedalam bekas lalu dikacau hingga rata.
2. Kemudian tapis kedalam sebuah periuk dan masukkan daun pandan.
3. Masak/kacau di atas api sehingga adunan pekat dan licin.
4. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak pada dasar dan keliling loyang.
5. Bakar di dalam oven sehingga masak dgn suhu 180 darjah selama kira-kira 50 minit - 1 jam.

Nota:
Kekadang tu bila dah cukup waktu memasak, bila dikeluarkan loyang dari oven, kuih kelihatan 'bergoyang-goyang' seperti belum masak. Jgn bimbang, bila sejuk nanti, texture kuih akan mengeras sedikit tapi tetap lembut.



Wednesday, April 18, 2012

Sandwich Daging


Sandwich daging yang telah di buat petang semalam di kala waktu kita ngantuk tapi tak mau tidor petang hari. Mata memang nak tertutup tapi tak baguskan tidur selepas jam 5 petang. Maka apa nak buat dan apa nak makan waktu dah petang mana sempat nak prepare benda lain. Teringat pada pisang nak buat goreng pisang dan siap membuat tepung untuk mengoreng pisang barulah check pisang tu tak sesuai pulak untuk buat goreng pisang sebab bila masak nanti pisang tu akan keluar air.  Sayang nak buat apa dengan tepung yang telah di bancuh kan.
Emmm kita cuba buat roti nie.

Sandwich Daging.
2 keping roti - potong tepi
1 keping daging burger daging  / ayam
1 slice keju

 

Roti di lapiskan dengan kepingan burger dan slice cheese- cheese di potong dua...letak di dua bahagian.
Rendamkan roti yang telah di lapis tadi ke dalam adunan tepung dan masukan ke dalam kuali yang berisi minyak sederhana panas. Goreng sehinga warna keemasan. Siap untuk di makan dengan sos cili. maupun mayonis.


Bancuhan adunan goreng pisang ranggup
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu baking powder
1 biji telur
secubit garam
2 tbsb mentega cair.
air secukup nya

Campurkan kesemua bahan gaul sebati dan masukan sebiji telur di ikuti dengan air. agak agak sehingga adunan agak pekat. *utk salutan.
Masukan mentega cair dan sebatikan adunan . Siap untuk di gunakan .

Tuesday, April 17, 2012

Sweet vanilla cuppies


Cuppies yang di buat pada hari minggu yang lalu untuk di beri pada makngah. Tapi waktu kita kerumahnya, dia tidak ada pada ketika itu. Hihi bawa pulang lah ...tak ada rezeki kan. Insyallah lain masa lah pulak. 
Tapi cuppies nie kita beri saja pada jiran lama yang kebetulan datang bertandang ke rumah pada hari berikutnya.  Nie cuppies yang kita deco lain patern pulak. Hari itu hanya ada kepingan coklat domino dan buah ceri di atas. Ynag nie untuk kita makan simple saja.
Jika dulu selalu saya buat topping guna buttercream tapi sekarang saya lebih menyukai cream .

Untuk resepi kek rasanya boleh refer yang lama. Saya masih suka mengunakan resepi yang lama. Manakala topping pula saya hanya campurkan sedikit pes vanilla dan gula icing semasa memukul whipping cream sehingga kental sebelum di paipkan keatas kek.
Nozle bulat berukuran sederhana .


Monday, April 16, 2012

Ayam goreng kicap


Baru hari ini dapat meluangkan  masa di depan pc...alkisahnya kita tak berapa sihat dan kerja kemas kini yang banyak . Apapun hari nie kita curi masa gak ...mencatat sesuatu. My Yonyon suka sangat dengan ayam tapi jika tiap hari makan ayam memang muak kan. So untuk lunch tadi kita goreng sikit saja khas untuk jamu dia.

Ayam goreng kicap

300 gm ketulan ayam kecil
2 biji ubi kentang- dipotong kiub
2 biji bawang merah - dipotong membulat


BAHAN-BAHAN SOS :

 sos tiram
 kicap manis
cili sos
plum sos
Garam secukup rasa

Bahan sos –secara agak agak saja

Bahan di kisar halus :
2 biji bawang merah
2 biji ulas putih
2 - 3 biji cili kering - direndam sekejap dlm air panas
2 cm halia

Goreng kentang di dalam minyak panas dan angkat.Kemudian goreng ayam sebentar dan angkat.
Masukan bahan kisar di dalam minyak yang telah di gunakan semasa mengoreng ayam.
Biarkan sedikit garing dan hilang bau cili masukan kesemua jenis sos .
Masak sebentar dan masukan kembali ayam. Setelah ayam masak masukan ubi kentang dan siap.



 

Thursday, April 12, 2012

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur


Hihi entry buat petang yang semakin redup nie. Nak di kata kakan rajin tidak juga cuma hari ini kita sememangnya sudah beres kan semua kerja harian dan kek yang saya buat ini bukanlah jenis yang susah sangat. Seandainya 1.2 dan siap siap hehe.
Apapun yang paling lucu bila saya buat kek ini ...hhhmmm nak tahu tak saya terlupa bukan satu tapi dua benda yang harus ada pada kek ini.
Memang pun sebab saya berangan angan nak siapkan dan sejukan dalam peti dan lepas tu nak enjoy makan dengan ais cream.
Apapun bila kek dah masuk dalam kukusan saya lihat susu pekat dan butter cair ....cantik saja diam kat tepi mixer. Habis camana tak kan nak tarik keluar . Biarlah kita lihat nak jadi camana jika tak jadi En.Tong sampah yang makan jika jadi ...kita makan. 
Hasilnya seperti di atas la.....gambarnya. Ok tak. Dari segi rasa ianya kurang manis....maka semasa saya lapis kek dengan coklat saya tambahkan sedikit susu pekat...hihi akhirnya manis juga.


Resepi asal kek ini adalah dari Dapurku Sayang.

Kek Coklat Kukus Tanpa Telur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
bahan A :

125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik

bahan B :
1 cawan serbuk koko 
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya. 
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman




Apapun saya suka dengan resepi ini dah akan ulang buat tanpa terlupa dua benda tu..




Nasi lemak kukus


Hujan hujan begini memang sedap makan nasi lemak. Lepas makan boleh lah tidur. Oooo tidak tidak tidur siang nanti menyebabkan mata bengkak dan mula rasa malas. Lepas makan boleh jamu mata depan lappy layan mata kuih muih orang lain pulak ....jika free la.
Bila hujan memang tak dapat buat kerja di luar rumah. Maka kerja mendobi dan menyerika baju pun boleh beres sebab berkurung dalam rumah.
Hari ini tinggal kami berdua saja memandangkan Hb masih outstation lagi.
Bila Hb outstation kita selalu tidur awal dan kemudian bangun awal pagi jam 4 sedia berkawal sebab perasaan takut pun ada gak walaupun adik adik guard meronda setiap satu jam...tapi rasa curiga . Lebih selamat kita bangun awal pagi dan nonton tv serta buat kerja rumah. Bila hari sudah siang mula lah kembali tidur sebentar lepas solat dan bangun jam 10 haha ...tak selalu kan.
Berbalik pada nasi lemak kat atas tu...kita saja campurkan sedikit perwarna kuning ala ala nasi lemak yang orang jual dekat bandar Alor Setar tu....tapi kat Penang tak ada lah warna camnie kan.
Dulu memang rasa pelik tapi sekarang dah terbiasa nampak hihi warna merah belum lagi. Bagaimana ye jika warna merah mesti pengsan.
Lauknya pulak kita masak sambal ayam pedas dan telur goreng saja.



Monday, April 9, 2012

Kuih Kosui


Baru saja makan kuih nie tapi di sebabkan sedap maka kita ulang buat lagi sekali. Haha dah terkenan dengan kuih tradisional lah .
Tapi kali ini kita adunkan dengan lapisan yang bergula merah dan pandan. Memang sedap
Kuih nie kita buat kelmarin hari nie dapur kita tak berasap langsung sebab kita telah di jangkiti virus mata.....alahai jadi ketumbit lah pulak. Pagi tadi bila bangun dari tidur terasa semacam saja...ehhh mengapa pula rasa macam berpasir , check mata depan cermin tak nampak pun. Memang risau sangat sebab Hb pulak outstation .
Tapi jika tak pergi checkup lagi risau tak bertempat...nak keluar tak ada kenderaan sebab Hb bawa...nasib baik lah call kawan kita di Bandar B.Perdana. Lega setelah check.
Nampaknya aktiviti memasak hanya akan kembali setelah sembuh la....