Lama tak masak kari nangka ini. Semalam jiran kita buat majlis kesyukuran dia pun masak gulai lemak nangka tapi kita tak makan sebab mangkok gulai tu terletak jauh sikit. Kita malu lah nak panjang panjang tangan untuk mengambil lauk tu maka kita makan apa saja yang dekat . Sebabnya baju kurung yang kita pakai malam tu agak besar sedikit pada pergelangan tangan dan jika mengambil lauk pasti ianya akan terkena pada kuah. So play safe makan je lauk dekat .
Dan kerana dek teringin kita buat sendiri la.Gulai nangka dengan udang yang d masak nie mengunakan rempah kari ikan babas. Ada orang guna rempah daging jika masak bersama daging. Saya beli sepeket nangka muda dengan harga Rm2.00 tapi guna separuh saja. Tak berani nak makan banyak sekadar rasa rasa takut angin satu badan pulak.
Gulai nangka dengan udang
1 peket nangka muda sederhana besar (kupas, potong dadu besar dn celur)
400 gram udang basah
1 biji kelapa ( ambil santannya, x terlalu pekat dn terlalu cair)
bawang merah 6 ulas(blend)
bawang putih 3 ulas(blend)
1/3 inci halia (blend)
1 pkt rempah ikan/daging
1 keping asam
minyak utk menumis
~panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dan rempah hingga masak dan naik bau.
~masukkan santan , asam keping dan kacau selalu agar tidak berketul,bila menggelegak masukkan nangka yg sudah dicelur tadi.
~kacau sehingga nangka dan kuah sebati, bila hampir masak masukkan udang, gula dan garam secukup rasa

No comments:
Post a Comment