Wednesday, October 1, 2014

kari ayam pedas



Kari ayam pedas satu hidangan yang enak sangat di makan bersama nasi putih panas panas . Dimakan pula di waktu hari hujan ...laju saja . 
Saya mengunakan rempah yang di adun bersama dengan satu camca cili kasar bagi menghasilkan kepedasan yang berganda . Kuah kari akan nampak sedikit kemerahan . Rempah pula harus di tumis bersama serbuk kari sampai betul betul betul masak agar rasa cili tidak kuat .
Bahan-bahan:

1 ekor ayam  
2 biji ubi kentang  
2 biji lobak merah  
3 biji cili besar hijau  
3 tbsp rempah kari ayam/daging –di jadikan pes
2 sudu besar cili kisar – campur dgn rempah kari ayam
1/2 sudu besar serbuk kari kurma
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
**ditumbuk/kisar halus
Santan kelapa secukupnya
1 biji tomato di cincang halus
asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Air
Minyak untuk menumis.
Bahan tumis:
Rempah  tumis (bunga lawing,kulit kayu manis .
5 ulas bawang merah – dihiris  
3 biji bawang putih ~ belah 2 & hiris halus
1/2 inci halia ~ hiris halus mcm batang mancis
1 tangkai daun kari.

 Ayam saya gaul dengan sedikit garam dan kunyit kemudian saya goreng dalam minyak panas sekejap saja .

Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan serta bahan tumis lain sehingga garing. Angkatkan semua bahan tumis tersebut dan ketepikan dahulu.
Masukkan cili kisar dan pes kari. Masak sehingga betul-betul masak atau sehingga terbit minyak.  .
Masukkan pula ayam dan ubi kentang, gaul rata dan biarkan selama 10 minit atau sehingga ayam

Agak masak..bolehlah masukan air asam  dan cincangan buah tomato . Agak buah tomato hancur masukan santan serta perisakan dengan garam dan sedikit gula. Seimbangkan rasa pedas masam dengan gula …bila agak sedikit pekat  ….siap.

Opps...sebelum api di tutup masukan cili hijau..

Nasi kabsa ayam lagi....



Nasi yang saya paling suka makan ketika ini . Sudah berkali kali saya pasti mengunakan resepi Lydia yang sedap ini.
Jika nak resepi boleh lah rujuk di sini .


Saya mengunakan rempah yang di beli dari kedai mamak sahaja ..tapi saya letakan lemon kering seperti resepi asal . Tanpa lemon rasanya berbeza sedikit.
Dalam salad timun saya gunakan greek yogurt nestle rasanya lebih sedap berbanding yogurt biasa ...tak percaya cubalah.