Wednesday, August 31, 2011

Salam AidilFitri dan Salam Kermerdekaan

Selamat menyambut AidilFitri dari kami sekeluarga buat pengunjung blog ini. Dan sempena hari yang mulia ini saya memohon maaf jika terkasar bahasa dalam penulisan di blog ini.dan juga di ruangan komen kengkwan semua. Dan tidak lupa juga Selamat menyambut kermerdekaan . Buat kengkawan yang pulang beraya di kampung take care dan semuga perjalanan pulang beraya dengan selamatnya.

Kad di sunting dari http://www.funscrape.com/.

Sunday, August 28, 2011

Ayam goreng asam

Lama tak mengupdate blog. Busy dan busy di saat akhir Ramadhan ....kerja rumah bertambah. Hari ini baru free sedikit sebab dah habis buat biskut raya. Hari ini saya telah berjaya menyiapkan biskut aiskerim dan biskut cendawan . Esuk insyallah , kita nak buat cupcake dan sebiji kek dan lepas itu baru free. Hari ini juadah berbuka dengan ayam goreng asam ,nasi putih dan kita beli ikan siakap penggang.

Monday, August 22, 2011

Tart nenas

Awal pagi kelmarin dah on pc cari idea nak buat biskut. Kuih tart di antara biskut yang tak pernah saya tinggal untuk membuatnya. Tahun lepas dan tahun sebelumnya saya buat jenis gulong. Tiba tiba ternampak dalam blog Kakwan aisey tokey kuih yang baik hati ini memperlihatkan jenis empatsegi. Cantik jugak tapi kat mana nak dapat acuan macam tu ye. Comey gak tart nie budak budak tentu suka nampak cute sangat.Sila ke blog KakWan  untuk melihat tart empatsegi. Hihi saya buat jadi camnie ....saya guna acuan bento jadilah . Tart saya garing sikit haha sikit je.

Resepi boleh di dapati dari blog kakwan tapi saya copy paste kat bawah sebagai rujukan . Apapun ucapan terima kasih saya untuk kakwan....sedaplah tart ini.

Biskut Tart Nenas Bar

Bahan-bahan

220gm mentega
50gm gm gula icing
40gm susu tepung
300gm tepung rose/superfine
20gm tepung kastard
1 biji telur B
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Jem nenas secukupnya digentel bulat

Hiasan : Kuning telur + sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
1. Krimkan mentega dan gula, masukkan telur dan esen vanilla. Masukkan pewarna dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan semua tepung yang diayak dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan inti nenas ditengahnya. Tekan kedalam acuan berbentuk bar. Simpan didalam peti sejuk beku selama 15minit. Keluarkan dari acuan dan sapu dengan kuning telur.
4. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150c selama 25-30 minit

Sunday, August 21, 2011

Green Princess

Tak pasti kenapa di namakan begini. Mungkin di sebabkan biskut ini berwarna hijau kot. Apapun biskut ini sedikit manja sebab kena pegang dengan lembut jika tidak mudah tersopek .Camtulah gambaranya haha betul ke perkataan yang kita guna ini. Apapun tak rugi mencuba biskut ini sebab sedap. Resepi dari Fotopages saya yang lama di tinggalkan http://tiara64.fotopages.com/?entry=1302384 . Kat fp lama saya yang dah bersawang ada lagi beberapa resepi lain jika nak mencubanya. Apapun saya kopipaste kembali di bawah ini manalah tau nanti Fp tersebut padam sebab tak aktif.


Green Princess

Bahan bahan A
100gm mentega -
75 gm minyak sapi
60 gm gula castor
½ sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

50 gm serbuk badam
15 gm tepung beras
220 gm tepung gandum

Bahan hiasan
Coklat masakan putih
Choclate rice - saya guna dot kali ini

Cara penyediaan,

Pukul mentega, gula minyak sapi dan perwarna hijau sehingga sebati.
Kemudian masukam tepung beras dan tepung gandum. Gaul sebati.
Masukan pula serbuk badam. Rehat seketika adunan.- Jika lembik tambah sedikit tepung


Selepas itu, bolehlah uli dan canai doh serta terap dengan acuan. Bakar
Pada suhu 175 c selama 20 minit.

Setelah sejuk,paipkan atau lorek dengan coklat masakan putih dan taburkan coklat rice.

Biskut bunga cina

Dalam banyak banyak biskut yang saya suka adalah biskut ini . Biskut bunga cina..kesukaanku. Rasanya jika awal buat pasti dekat hujung puasa nak kena buat lagi sebab sekarang pun dah surut . Aisey kena ulang buat lagi lepas ini sebab sedap sangat.

Resepi biskut di ambil dari blog kaknor@secubitgram. Terima kasih sangat dengan kaknor . Saya sangat suka dengan adunan ini memang best dan sedap bagi saya. Resepi nya saya cuma tambah sedikit esen Ros. Resepi di bawah adalah kopipaste dari blog KakNor untuk rujukan.

BISKUT BUNGA CINA
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )
100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
1 tsp esen ros - yang nie saya tambah sebab saya suka bau esen ini.

Cara-cara
Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.

Pasta linguine goreng pedas


Makanan waktu berbuka dua hari lepas. Semalam saya berbuka di luar  waktu melawat ibu saya di Penang dan membeli belah di Queensbay. Ramai sangat orang keluar semalam membeli belah pada hari kelepasan minggu. Hihi saya macam biasa mesti singgah kat Daiso lah beli barangan comel dan segala acuan bento. acuan silicon sebab harganya Rm5 saja. Gila kalau masuk situ semua nak borongkan tapi ada barang juga berbaloi beli dan ada barang juga di paras bawah Rm5 . So kena pandai membeli barang yang setimpal dengan Rm5 keatas dengan harga itu.

Pasta yang di masak ini sama saja dengan resepi yang lalu cuma kalai ini saya tambahkan daun thai basil dan cabai melaka....versi pedas dan juga cebisan isi ayam yang elah direbus. Sedap juga bila di tambah dengan daun basil atau selasih ini.

Friday, August 19, 2011

Ayam Grill Rosemarry


Ayam grill rosemarry di makan dengan nasi ala nasi ayam dan sup. Dah masuk hari ke 18 menu pun dah macam macam style. Fikir dan fikir masak apa setiap hari sebab my yonyon kurang selera. dia lebih suka makanan western . So untuk bagi dia ada selera makan kita masak macam nie.

Ayam grill rosemarry

8 ketul ayam  di rebus dengan sedikit halia - air rebusan di simpan untuk masak nasi
2 tangkai daun rosemarry- guna yang kering pun ok
1 tbs rempah cayenne
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 labu bawang besar
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 tsp jintan manis
2 tsp jintan putih

Ayam yang telah direbus -
Gaulkan ayam dengan bahan kisar dan serbuk cayenne,garam serta sedikit kunyit dan sedikit minyak zaiton. Perap sehingga 1 jam keatas.
Grill kan ayam dan lebihan bahan perapan tadi didihkan dalam kuali dengan menambahkan sedikit minyak zaiton. Bila ayam dah masak boleh lah di tuangkan keatas ayam tadi.