Saturday, August 18, 2012

Ucapan


Selamat hari raya buat semua rakan bloggers tak kira di mana jua serta selamat bercuti juga pada yang bukan muslim. Berhati hati semasa dalam perjalanan pergi dan pulang semuga ceria selalu di samping orang tersayang ...Amin.

Sempena Shawal yang bakal menjelang saya memohon seribu kemaafaan andaikata pertuturan serta bahasa yang tidak di senangi dalam catatan harian saya. Maaf di pinta.


Thursday, August 16, 2012

sponge capucino



Aktiviti semalam membuat kek sponge yang comel buat ibunda dan seharusnya tidak manis.
Kek sponge nampak mudah dan lembut sesuai sangat dengan mak dan abah . 
Asal resepi adalah berskala besar tapi saya jadikan saiz cupcakes seupaya senang nak makan tak pah potong terus masuk mulut. Waktu hantar kek ini abah siap pesan kena sorok sikit tapi mak terlebih makan so kek itu di simpan oleh adikng tidak berdekatan.Hehe letak 4 biji saja dalam freezer bila habis letak lagi. Bagini lah adik adikku malayan kerenah mak yang agak pelupa , kadangkala dia baru je makan nasi tapi setengah jam kemudian dia akan cakap belum makan dan lapar . Kadangkala kita tak boleh sesuka hati beri nasi lagi jadi adik akan pujuk gantikan dengan makanan yang lebih ringgan. 
Kita tak berupaya menguruskan mak sebab beberapa faktor dan utama sekali saya kurang cekap memandu dan penjagaan mak memerlukan setiap hari dan kadangkala dua kali dalam seminggu menerima rawatan di hospital maupun klinik luar. 
Jadi tugasan ini di sandang oleh ketiga adik adikku yang sangat dedikasi ...kalah selaku kita sebagai kakak tak berupaya....faham faham je..lah. Mereka akan ada giliran mengikut keadaan. Alhamdulilah ....anak anak mak abah sangat baik.
Tapi setiap kali aku berkunjung pasti kita akan tunaikan permintaan abah yang suka makan western dan kadangkala sebelum kita bertolak kerumah mak abah pasti kita call dan tanya selera mereka. Inilah saja yang termampu kita buat masa ini. Akan datang ..kita pun tak pasti dan harap mak abah sentiasa sihat.


Berbalik pada kek di atas nampak polos kan tanpa make-over sudah tentu mak akan bertanya kk syuenapa tak cantik macam kat kedai haha biasalah kan dah jadi macam cucu. So untuk mencantikan bahagian atas puas fikir nak letak apa lantas teringat atas seketul balance coklat berperisa oren ...apalagi kita drizzle saja halus halus nampak elok lah sikit dan suka lah hati dia nak makan begini. Mak tak minat makan kuih raya kandungan gula dalam biskut mesti lah maniss kan.


Kali ini kita mengunakan resepi ini. Hasilnya amat gebu dan sedap serta tidak kering.

Kek Span Coklat
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
5 biji telur
200g tepung kek
200g gula kastor
110g mentega cair
100g air
40g serbuk koko
20g ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat - saya tukar pada capucino 

Cara membuat:
1.Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.
   Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
   Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi
   selama 5 minit.
4.Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).

Wednesday, August 15, 2012

nasi beriani dan seangkatan


Lanjutan dari menu semalam...nasi beraini bersama dengan kuah beraini ayam. Jika kita masak nasi bersama ayam ,,,anak kita selalu nak cari kuah,maka kena sedikan kuah untuk dia. 
Apapun hidangan semalam nampak sarat...penuh sangat.


Lauk beriani jenis nie tidak pedas sebab tiada pengunaan cili hanya tomato soup dan rempah beraini. Tapi tak kick lah sebab kita suka pedas . So kita masak ikan talang dengan asam dan letak cili pedas haha baru ngam. 




Kari daging tetel dengan umbut pisang nie hb beli dari pasar ramadhan taman ria jaya....memang sedap. 








Korean Seasoned Fried Chicken


Selamat pagi ....Alhamdulilah tinggal beberapa hari lagi saja Ramadhan bakal meninggalkan kita dan Shawal akan menjelma. Persiapan ala kadar saja setiap tahun begini sebab saya selalunya tidak kemana mana dalam seminggu raya di sebabkan Hb , bertugas dan dalam musim perayaan memang tiada cuti malah permintaan untuk bercuti di bekukan.  Biasalah kita telah terbiasa dalam situasi begini sejak berkahwin dengan Hb maka berkahwinlah juga dengan kerjaya beliau.
Apapun selepas seminggu dua baru lah dapat kunjung berkunjung nak buat camana kan...jadi kita banyak menghabiskan masa menonton tv. layan tetamu yang bertandang dan berlepak kat rumah mak kita. Lagipun kita sudah tidak punya mertua yang tinggal hanya adik dan kakak hb saja .

Berbalik pada menu kita hehe nie menu semalam ...terkenan dengan cerita korea channel 393 yang kita duk layan mata nonton sampaikan terliur melihat hidangan mereka dan bila dah terjumpa satu resepi yang menarik biasa lah kan ...kita kena buat testing dulu. Resepi asal ada guna bijan ...alahai time kita nak guna bijan cari serta geledah dalam laci entah kemana letaknya...tak jumpa so tak ada lah bijan untuk taburan emmmm .
The verdict untuk resepi ini....ayam nie sedap jika di hidangkan panas panas jika kita nak makan baru kita lumurkan dengan sos nya.  Jika kita letak awal awal nanti kerangupan ayam berserta salutan tu dah tak ranggup jadi liat gitu. 
Sebagai panduan saya telah pecahkan telur dan lumurkan pada kepingan ayam yang telah di perap dan salutkan dengan tepung...cara begini menampakan hasil sebab bila saya ikut resepi ...tepung tidak melekat pada ayam . Hehe cubalah dan feed-back kat saya bagaimana percubaan andal pulak sebab manatau lebih baik hasilnya dari style ini.

Source:
Source: Maangchi via Cooking Gallery

Ingredients:
Fried Chicken:
6 pieces (3 lbs) chicken fillet (you can use chicken wings or whole chicken as well), cut into chunks
1 tablespoon black pepper
1 teaspoon salt
1/2 cup potato starch powder
1/4 cup all-purpose flour
1/4 cup glutinous flour
1 teaspoon baking soda
1 egg
Oil for frying the chicken
Toasted sesame seeds for garnish

Sauce:
6 cloves garlic, minced
1/3 cup ketchup
1/2 cup hot pepper paste (use 1/4 cup if you dislike spicy)
4 tablespoons sugar
1 tablespoon apple vinegar
1 tablespoon olive oil

Preparation:
For The Fried Chicken:
Season the chicken chunks with salt and pepper. Mix well with your hands.
Add all dry ingredients: tapioca flour, glutinous flour, all-purpose flour and baking soda, plus the egg.
Mix everything well. When you notice that it's too dry, add some drops of water, just to make sure that the chicken chunks are well coated.
Fry the chicken over high heat until brown and crisp, about 10 minutes.

For The Sauce and Serving:
Heat olive oil in a pan and add the minced garlic. Stir fry until fragrant for about 30 seconds under medium heat. Add tomato ketchup, hot pepper sauce, sugar and apple vinegar. Cook until thoroughly mix, for about 1 minute. Toss in the fried chicken until well coated. Sprinkle the chicken with toasted sesame seeds. Serve it with lettuce and warm rice.


Tuesday, August 14, 2012

Biskut ala Donat....inspirasi Puan Ct.Delima




Semasa melewati blog Ct.Delima , terpandang biskut yang cute nie walaupun sebelum nie dah nampak dalam Blog sinaranmenu dah pun buat. Tapi saya tertarik dengan persembahan Ct...yang sangat kreatif dan comel.
Apalagi hati saya berkata hhmmm kena cuba. Selepas sahur saya pun memulakan operasi mengukis.



Inilah hasilnya....alhamdulilah menjadi gak...walaupun saya nie kurang kreatif tapi dek kerana terangsang dari Puan Ct buat keinginan tahap tinggi nak buat biskut secomel beliau...haha. Saya letak link ke blog beliau jadi jika nak resepi ada kat situ ye..... Ct.Delima manakala resepi asal nya dari blog KakWan. Terima kasih pada kesemua di atas berkongsi resepi dan idea.







Monday, August 13, 2012

Green Princes


Tahun ini agak lewat kita menbuat kukis...sebabnya letih sangat tahun ini. Faktor cuaca yang panas dan berjerebu membuat tekak kurang selesa. Tapi memandangkan tak sampai seminggu lagi maka projek mengukis kena lah di segerakan secara intensif hehe.

Buat permulaan saya mulakan dengan kukis ini ...adalah menjad kegemaran saya. Nampak warna hijau terang sepatutnya saya letak warna hijau epal tapi tak ada stok ...so hijau nya agak gelap sikit.


Resepi untuk kukis nie boleh di dapati di fotopages lama kita.....Sini



Saturday, August 11, 2012

Menu Iftar


Assalamualaikum buat kenalan yang datang singgah di sini. Lebih seminggu saya tidak aktif di sini...haha biasalah kan kekadang otak kering dan tak pasti nak catat apa di sini. Lagipun menu iftar kita masak simple dan pada kadar yang kecil. 
Kita sudah semakin hampir menjelang Aidil Fitri...maka banyak persiapan yang perlu di laksanakan. Walaupun secara sederhana tapi kena ada perancangan kan jika tidak ianya akan jadi satu pembaziran.
Setakat ini saya baru saja membuat 5 jenis kukis kesukaan...nanti saya letak gambarnya. Kukis saya agak simple seperti tahun lepas tapi saya mesti kena sediakan biskut makmur lebih sebab ini kukis kegemaran hb dan abah saya.


Mee udang kegemaran semua ..tapi kali ini kita buat cair sikit sebab kita tak letak ubi kentang.
Kari ikan kering masin dengan nenas ...lama juga kita tidak masak sebab jika masak hanya kita sorang saja yang jamah. Tapi tadi hairan juga my yon yon makan dengan berselera...puasa kot.