Tuesday, October 25, 2011

Kari udang

Kari udang lagi....rasa rasa nya baru saja dah buat. Hihi resepi kali ini tak ada nenas tapi kacang buncis. Ikan oh ikan sejak musim hujan hari hari saya nampak ikan mabong saja sampai naik jemu. Dan untuk tidak menjemukan makan nasi  nasi saya pilih u dang . Apapun udang kita taklah sebesar mana pun itulah yang ada kat Tesco legenda height kan.


Resepi kari udang pulak saya jumpa dari dapur makcik kampung . Sedap kari udang ini jika di buat sedikit pekat boleh di makan dengan nasi lemak. Walaupun sebelum ini saya pakai hentam saja bila masak kari tapi untuk hari ini saya sangat tertib masak ikut resepi kat bawah ini.
Resepi kari udang

Bahan-bahan

1/2 kilo udang besar atau sederhana besar
2 sudu serbuk rempah kari ikan (kari daging pun boleh kalau suka)
10 g kerisik (kalau suka - optional lah)
1/2 cawan santan pekat
3 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1-2 tangkai daun kari
2 cawan air (kalau tak nak terlalu pekat lebihkan sikit air ni, atau kurangkan santan)
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

Boleh jugak dimasukkan kacang panjang atau kacang buncis yang di potong lebih kurang 1 inci panjang.

Cara nak masak

1. Bersihkan udang, kalau tak buang kulit pun tak apa. Aku selalu potong kepala sedikit, ekor san kaki saja.
2. Panaskan minyak dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dia potong halus serta daun kari.
4. Bila dah naik bau dan bawang dah kekuningan, masukkan serbuk kari ke dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya rempah tak rentung.
5. Masukkan kerisik, kentang yang telah dikupas dan dipotong 4 atau 6. Kemudian masukkan garam.
6. Masukkan udang dan kacau.
7. Biarkan rempah mendidih dan menjadi pecah minyak sedikit.
8. Bila kentang dah agak empuk (lembut) masukkan santan dan air mengikut kepekatan yang disukai.
9. Perlahankan sedikit api dan kacau sehingga kuah mendidih.
10. Kalau nak masukkan kacang panjang/kacang buncis boleh dimasukkan selepas masukkan santan supaya sayur tak terlalu masak

Monday, October 24, 2011

mee udang zzzt

Dinner semalam ...makan mee udang saja. Actualy plan nak makan chicken chop di Hot Mas tapi apakan daya Hb kena berkerja di waktu itu. So untuk tidak melaparkan diri kita prepare apa makanan yang ada dalam peti doremon tu saja. Ada sebungkus mee kuning, udang ,sayur sawi ,pes cili yang telah tersedia ...itulah rencahnya . Layan....tak ada resepi tau pakai agak agak saja.

untuk pengetahuan....gambar ini di ambil guna kamera olympus biasa je...sebab kita seorang surirumah tak mampu membeli kamera yang besaq tau. En Hb cakap cukuplah tu org lain beli sebab dia cari makan dengan kamera Dslr ok lah. Kita bersyukur sangat dgn barang mampu milik ... comel lote pun ok gak dari tak ada kan....kan.kita tak mampu menghabiskan ratusan rm untuk beli benda tu tapi jika OVEN besar kita Besar hati selalu.

Sunday, October 23, 2011

Kek pisang lembab


Buat petang tadi untuk minum petang hari. Kali ini kita ambil resepi dari Chunky cooky . Sedap juga resepi ini dan senang membuatnya. Dalam blog beliau mengunakan acuan besar tapi saya guna muffin cup saja.
Dapat menghasilkan lebih kurang 17 biji jika mengunakan acuan muffin.
Resepinya saya copypaste kat bawah.

Moisture rich banana cake

Ingredients :
3 eggs
150g sugar
200g banana
150g plain flour
1/2 tsp baking powder
1/4 tsp soda bi-carbonate
100g oil - saya guna butter dan cairkan


Method :
1. Preheat oven to 160 degrees C. Grease and line a deep 8 inches square baking tin with paper.
2. Whisk eggs, sugar and banana for 10-15 minutes at maximum speed until stiff.
3. Add sifted flour, baking powder and soda  bicarbonate and fold well by hand.
4. Add in oil and mix well.
5. Pour into baking tin and bake for about 40-45 minutes or until cooked


Saturday, October 22, 2011

Pizza telur

Pizza untuk minum petang dah siap. Beres semua kerja hari ini. Teruja melihat dalam rancangan Afc yang memaparkan jenis jenis pizza yang bermacam macam toppingnys. Dalam banyak banyak jenis jenis kita tergoda dengan topping telur . Terliur dan teringin nak merasa kesedapan nya ...kita buat agak agak je.
Doh roti kita guna roti asas buat setengah saja.
Buat seperti biasa pada  saat akhir sebelum bakar tekan kan sedikit pada doh dan pecahkan telur sebiji sebiji pada tempat yang kita suka dan taburkan cheese dan bakar . Setelah pizza masak spry dengan minyak zaiton untuk nampak mengancam hihi kilat kan. Enjoy

Topping
sos pizza - buat sendiri
bawang besar- di potong kiub
1 tsp oreganno
1 tsp rempah pizza
1 biji lada bengala- di potong kiub
1 pkt (300gm) mozarella cheese
sedikit parmesan cheese
3-4 biji telur


Friday, October 21, 2011

Beriani Ayam

 Lauk tengahari ini di makan bersama nasia seakan akan be tomato. Nampak macam tak ngam saja bila makan dengan nasi tomato lain kali buat nasi hujan panas . Bila buat ayam beriani selalu kita nak try  buat sampai rasanya seakan akan kedai nasi beriani di taman sejati berhampiran Hotel Emereld Puteri.
Nampak kali ini menjadi la Hb cakap . Ini kali berapa kita tak terkira dah buat nak dapat version sama tapi tak sebijik macam kedai tu la. Boleh di katakan seakan akan saja. Alhamdulilah . Resepinya lebih kurang macam nie lah setelah berkali kali kita modified .
Selamat mencuba.

Beraini Ayam

4 ketul peha ayam – di perap dengan garam kunyit .
Bahan mesin
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
8 tangkai cili kering

1 sudu kecil tomato puri
1 tbs rempah beriani
cawan tairu
Sedikit badam di mesin halus, kismis, dan madu lebah.

Cara membuatnya

1.Goreng ayam sehingga setengah masak.

2.Tumis bahan mesin dengan lebihan minyak ayam goreng.

3.Bila bahan tumisan naik minyak masukan tomato puri .
   Masukan  ayam dan setengah sudu rempah beriani dan sedikit air .

 4.Bila kuah dah agak peka masukan garam dan badam yang di mesin serta tairu. Biarkan sebentar dan sebati baru maskan sedikit madu. Sebelum tutup api …masukan lebihan rempah  (utk dapatkan haruman rempah yang kuat)

Nota- madu lebah boleh di gantikan dengan gula Melaka dan tairu boleh di gantikan dengan susu cair serta masukan air limau biarkan susu berketul sebentar.


cheesecake lagi

Alhamdulilah projek membuat cheesecake menjadi . Lega rasanya bila kek telah siap di deko dan kawanku telah pun datang mengambilnya sebelum hujan turun. Buat dua biji ...sebiji untuk kami makan dan test rasanya.
Resepinya seperti yang lalu kali ini saya pastikan oven panas dan membakar pada suhu yang tepat. Kek saya menjadi sangat gebu dan ringgan . Sudah pasti resepi ini akan ku simpan . Kek ini adalah untuk kami makan so dekonya adalah lebihan kerim dari yang pertama. Terlupa nak ambil gambar kek yang di ambil kawan tu..sebab sibuk menyediakan hidangan tengahari buat Hb. Cuma inilah saja deko yang guna apa yang ada dan alakadar...malas nak whipped kerim baru.

Thursday, October 20, 2011

lemon cotton cheesecake

Cheesecake yang di buat semalam. Testing di dapur untuk makan dulu. Actualy ada kawan yang nak saya buatkan kek untuk dia tapi saya bukanlah selalu buat cheesecake untuk di jual. Faham faham sajalah saya selalu buat untuk sendiri makan. Mulanya saya sarankan kat dia beli saja sebab saya kurang arif bab cheesecake nie  ...jika yang tidak di bakar tu senang keja tapi yang masuk oven nie ragam nye banyak . Sedap atau tak sedap dan kadangkala cheesecake buat ragam last minute. Jadi saya dah bagi tau kat dia jika tak jadi saya call awal awal ...susah hati takut kek tak jadi . Jika kek jenis biasa tak kisah sangat.
Untuk kek ini saya mengunakan resepi dalam mybaking...alhamdulilah sedap. Tapi di bahagian bawah kek itu agak mendap sedlkit. Next time saya akan pastikan oven saya panas terlebih dulu...ahha saya rasa step nie kot saya fail sebab kek dah siap dalam acuan ...oven baru di panaskan dan ianya mengambil 10 min menyebabkan kek mendap bahagian bawah.
Resepi saya copypaste dari blog beliau tanpa alihbahasa

Lemon cheesecake
http://mybaking.blogspot.com/2008/04/lemon-cotton-cheesecake.html
Ingredients
[A]
125g Cream Cheese
40g Fresh Milk
20g Butter

[B]
3 egg yolks
32g Cake flour
8g corn flour

[C]
3 egg whites
1/8 tsp cream of tartar
55g sugar

Method
Melt [A] in double boiler until cream cheese melt
Turn off heat. Leave to cool
Add in [B]
Whisk egg white until foamy, add in cream of tartar. Gradually add in sugar and continue whisk until soft peaks. Fold [C] into cream cheese mixture.
Bake in "water bath" @ 160 C for 1 hour 20 min till top is golden brown and cooked.
Spread some apricot jam / marmalade jam on top----saya guna strawberry filling