Wednesday, October 19, 2011

Sarapan pagi

Mula tak nak tunjuk tapi nak juga tunjuk hasil kerja kita yang telah berusaha berkali kali. Alahai Hb cakap tak payah lah buat next time beli saja. Nak tergelak guling guling pun ada juga bila lihat betapa kreatif yang kita buat roti canai. Suatu waktu dulu blogger Mamafami selalu buat roti canai ..ha ha zaman fotopages la ..roti canai dia memang cantik . So kita pun nak buat sebijik macam tu tapi tangan kita nie buat tak menjadi . Jangan kata nak tebar belum tebar pun dah putus dan berlobang.
So semalam punya dinner masing masing makan roti canai yang dah jadi perca kain . Pagi tadi cuba buat lagi apapun hasilnya boleh la...eemm setakat nampak macam roti canai adalah. Tapi dari segi rasa ...sedap adunan ini. Roti yang lemak dan lembut .

Dengan tidak malu saya posting gambar kat bawah nie.

Tuesday, October 18, 2011

salmon grill bersos lemon


Ikan salmon menjadi salah satu menu sampingan di samping kari daging serta sup sayur sawi. hari ini. Cukuplah untuk kami bertiga . Saya belum berani cuba nak buat kari dengan ikan salmon ini sebab selesa dengan masakan bergoreng dan grill saja. Kekadang memang pasang niat nak masak kari tapi last minit selalu cancel tapi ahli rumah tak makan.  Hihi tunggu hari rajin sikit kot. Waktu mengupdate blog hujan kat luar dengan lebatnya...takut pula internet putus.....kejap lagi.  Maklumlah nama saja tinggal di kawasan boleh di katakan membangun pesat di SP namun akibat selalu kecurian kabel ...pemaju perumahan tidak menyediakan point untuk telekom memasang kabel intra di situ. Akibatnya kami sebagai penduduk di sini kebanyakan memakai talian talipon wireless frequency dan internet pun wireless gelombang radio.
Bila hujan lebat faham faham sajalah. Talipon yang ada sekarang pun bila bercakap suara kedegaraan terputus putus. Walaupun ada Hp tapi talian rumah merupakan satu kesenangan untuk membuat pangilan tempatan dan negeri tanpa had.dengan bayar lebih rm10 saja.. Jika guna hp berjam jam ....kering lah badan.
Celoteh panjang hari ini...haha....
Saya masak ikan ini stail saya...pakai agak agak saja.

2-3 keping isi ikan
1 tsp serbuk paprika
1 tsp rosemarry kering
2 tsp butter
garam dan lada hitam secukupnya
serbuk roti.

Ikan di perap dengan serbuk paprika,rosemarry ,garam dan lada . Kemudian di salut pula dengan sedikit serbuk roti agar crispy.
Ikan kemudiannya di goreng dengan sedikit butter . Angkat dan masuk kan kedalam grill dan panggang hingga warna keperangan hingga masak.

Sos lemon
2 tbs butter
1/2 biji perahan lemon
sedikit garam dan lada.
1 biji bawang kuning- di hiris.

Panaskan butter ,masukan hirisan bawang biarkan sedikit layu. Tuangkan air lemon dan perisakan dengan garam dan lada secukup rasa.  Curahkan pada ikan yang telah di grill ketika hendak makan. ...

Note: Jika tak mahu grill pun ok sekadar goreng sehingga masak pun sedap juga.



Sunday, October 16, 2011

Siakap asam boi


Siakap asam boi menu lunch yang sihat. Di cicah pula dengan air asam yang pedas ....pembuka selera. Kari ikan selayang dan telor goreng saja.
Resepi agak agak saja guna apa yang ada dalam stok . Hari ini tak banyak yang nak ceritakan sebab resepinya pun simple saja..dan orang dalam rumah pun makan dengan gembira .

Apam Polkadot


Hidangan petang yang panas terik dengan secawan teh. Hari ini saya siap sukat buat setengah adunan saja jadi tidak membazir macam semalam .
Apam polkadot yang berinti strawberry puree memang sedap .Resepi saya ambil dari MyResepi dan saya copy dan paste di bawah ini.

Apam Polkadot
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

kupang goreng kunyit

Hidangan makan malam kami bertiga tadi. Selain dari lauk ini kita buat sup bebola ayamas dan isi tengiri goreng .  Tak ada sayur sebab dalam sup tu dah ada sayur two in one.
Kupang selalu saja saya goreng begini dengan menambahkan sedikit serbuk garam masala di akhir masakan untuk mendapat haruman dan penambah rasa selain dari sedikit sos lada hitam .

My yon yon tak cakap banyak asal ada masakan berkuah dia tak kisah laju semacam..erk nak membesar . Ikan goreng tak sempat nak snap gambar sebab perut dah lapar . Tadi masa pergi kenduri kita makan sikit saja sebab habiskan masa berbual bual dengan cousin dan mak saudara . Time nak makan Hb cakap cepat sikit sebab dia kena berkerja semula...alahai.

Saturday, October 15, 2011

Lompang warna warni



Waktu pulang dari kenduri cousin tadi hari nampak mendung tapi masih terasa bahang kepanasannya tahap maximum . Rehat sekejap terus mandi walaupun di luar langit hitam bagai nak rak. (hujan mau turun la )Teringat nak prepare makan mjnum petang yang simple n dinner yang simple. Mulanya nak buat setengah adunan pastu fikir sikit pula , akhirnya kita ikut resepi secukupnya .
Waaa pengsan camana nak habis banyak sungguh ..itulah tamak sangat.

Satu pinggan besar dan satu pinggan sederhana besar kira kira 7 biji lagi. Waaa lain kali kena buat setengah adunan saja....
 Resepi lompang nie saya kutip dari majalah Rasa website. Saya copypaste kat sini . Alhamdulilah resepi ini menjadi juga rasanya kenyal sedikit. Apapun saya tidak arif sangat mengenai rasa kuih lompang memandangkan saya jarang merasai kuih ini dan tahu tahap kesedapan nya. Jika ada resepi yang lebih enak sila lah wawar kan pada saya hihi I follow.

LOMPANG WARNA WARNI ::

BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
250gm gula putih
190gm kelapa parut
Garam secukup rasa
Air kapur secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
Pewarna merah jambu secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tepung jagung dan tepung beras dibancuh dengan 250ml air dan sedikit garam serta air kapur.
2. Masak gula putih dengan 500ml air hingga mendidih dan gula hancur. Angkat biarkan sejuk.
3. Setelah sejuk, tuangkan di dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sebati. dan bahagikan kepada tiga adunan. Tuangkan pewarna hijau dan merah jambu pada setiap adunan dan satu adunan lagi tidak perlu diwarnakan.
4. Sementara itu, panaskan beberapa mangkuk kecil acuan kuih lompang di dalam kukusan. Tuangkan adunan anggaran 3/4 tinggi supaya tidak melimpah keluar apabila masak. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan. Tabur kelapa yang dicampur sedikit garam di atas kuih lompang dan hidangkan.

Friday, October 14, 2011

Roti lapis berkeju



Buat minum petang ini saya tertawan dengan menu dari dapur Secubit garam . Lagipun stok roti yang dah masuk 4 hari tu masih elok lagi belum expire tau memang sesuai untuk buat nie. Dah lama teringin nak buat sebijik macam Knor tu buat tapi inilah hasil yang kita buat tak sama kan. Sebabnya , kita telah derhaka sikit pada resepi ini. Terima kasih Knor...roti ini memang sedap tapi tak secantik dalam blog Knor punya. Saya buat dalam loaf pan yang bersaiz kecil cukup cukup untuk kami bertiga saja. Pada sesiapa yang nak lihat roti Knor sila lah klik pada Secubit Garam. Di situ terdapat cara membuat dengan lebih teratur.
Apapun saya copypaste resepi beliau kat bawah sebagai rujukan. Terima kasih Knor..saya sangat suka nak buat lagi sebab ianya sedap dan ringkas.


Saya buat dalam sukatan setengah saja.

ROTI LAPIS DAGING BERKEJUresipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam - saya guna rempah cayenne dan rempah oregano
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus- tidak guna daun ini
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak

12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut

Cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam.
Goreng hingga wangi dan masukkan air.
Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
Masukkan daun limau purut dan cili merah.
Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sbb biasanya paste tomyam dah masin)
Goreng hingga kering dan padamkan api.
Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.

Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan dgn sos cili.