Thursday, October 13, 2011

Beriani udang



Menu semalam nasi beriani udang simple saja di makan dengan sambal ikan dan papadom goreng.  Bila dah baik deman semua nya terasa nak makan tapi hanya makan sedikit saja.  Tapi buat si Yon yon dengan hb , dia orang tak kisah apa saja terhidang , makan saja .
Eemmm makan malam ini dah settle ...lunch untuk esuk apa pulak. Resepi kat bawah nie agak agaklah airnya ye sebab jika beras basmati sukatan airnya berlainan.

Nasi Beriani Udang
Bahan-bahan :
600 gm udang sederhana besar
2 tin susu beras siam
2 tin susu cair
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar ( mayang halus )
Segenggam bawang besar ( tumbuk lumat )
2 cm halia di hiris
2 ulas bawang merah ( mayang halus )
2 ulas bawang putih ( untuk menumis )
Daun pandan
Kulit kayu manis, cengkih dan buah pelage
1 tsp rempah beriani
1 tsp garam marsala
Segengam daun ketumbar- di potong halus
Caranya :
1. Udang dibersihkan – di perap dgn garam dan kunyit  dan garam marsala.
 2. Cuci dan toskan beras
3. Masukkan minyak sapi. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
4. Masukkan 2 tin susu cair
5. Masukkan bawang yang telah ditumbuk dan sedikit garam
6. Apabila mendidih, masukkan beras dan daun pandan. Masukkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa
7. Goreng udang sehingga separuh masak.
8. Masukkan udang ke dalam nasi yang hampir masak. Gaulkan.
9. Masukkan bawang besar yang telah dimayang dan daun ketumbar pada akhir masakan.

Sambal tumis kali ini memang power pedasnya.

Wednesday, October 12, 2011

Donat

Dua tiga hari kita tak posting katsini. Selsema dan deman membuat kita  terasa malas nak ke dapur. Makan pun tekak tak ok so semua ahli makan nasi bungkus. Tapi hari nie dah masuk hari ketiga ..badan dah rasa bermaya teringin nak makan benda manis.
Tadi petang kita dengan semangat yang kuat membuat donat. Mulanya nak makan donat coklat namun tercari cari coklat masakan tak jumpa ...hihi baru ingat dah habis stok. Maka jadilah donat ku ini berwarna hijau pandan. Coklat perisa pandan nie sajalah yang ada dalam stok. Emmm boleh tahan rasanya tapi saya lebih suka donat yang bersalut coklat koko yang meriah.

Sunday, October 9, 2011

gulai lemak ketam dengan nenas

Masih keletihan sejak pulang dari Kajang. Masak lunch hari ini pun simple simple saja. Gulai ketam dengan nenas dan tumis siput lala. Semalam dalam perjalanan pulang dari Kajang ke S.P hujan turun sebaik saja keluar dari jalan Duta ke menuju utara. Kami tak kemana pun sebab Hb mengalami selsema dan deman..




Tuesday, October 4, 2011

Karipap inti Sardin

Petang tadi hujan. Keadaan sejuk dan lembab membuat perut terasa lapar sangat. Peratus Malas tinggi berbanding Rajin. Tercari cari nak makan apa yang tinggal baki biskut raya hihi tapi tak terasa nak makan sebab jemu. At last kena merajinkan diri buat sesuatu..emmm yang cepat di makan. Maka karipap lah menjadi pilihan manakala intinya sardin ...beres. Tak sampai 1 jam kita dah boleh goreng dan makan. Lega betul bila dah makan.


Inti Sardin

1 tin sardin - sos di buang sedikit dan ikan di cincang kecil
1 biji bawang besar - di potong kiub
2 ulas bawang putih- di cincang halus
2 biji ubi kentang- di potong kiub kecil
2 tsp cili kisar
minyak untuk menumis

Tumis sebahagian bawang dan bawang putih sebentar.
Masukan cili kisar dan ubi kentang , goreng sebentar dan masukan sedikit air.
Tunggu sehingga ubi empuk barulah di masukan sardin yang telah di buang sedikit sos nya.
Goreng sehingga air kering sedikit barulah di masukan sedikit garam dan sebelum tutup api masukan
sebahagian bawang.

Kerabu nangka muda

Menu semalam, baru hari ini dapat post kat sini. Lama juga tak makan makanan berangin nie. Tak selalu saya masak menu begini sebab saya banyak berpantang. Tapi kadang kadang teringin juga saya bedal lepas itu cari ubat.
Kerabu nangka kali ini kurang menjadi aha .nak tahu apa sebabnya......saya pun tak pasti. Sebenarnya saya dah rebus nangka ini sangat lama dan sebelum di rebus saya hiris kecil kecil namun setelah agak 45 min merebus nampak macam dah lembut. Maka setelah di tos kan saya terus mencampurkan segala sambal dan selengkapnya. Tapi aahhh pabila makan sesenduk rasa nangka tu agak liat. Alangkah kecewa nya hati saya yang teringin nak makan. Namun sambal dan kerang telah mengubat kekecewaan hati saya .
Ummm makan juga kerabu tanpa nangka. Entah bila pula saya dapat membuat lagi .


Pagi ini sarapan saya adalah maggi SaJi pek soto. First time namapk pek maggi jenama ini dan mencuba rasa. Agak tidak hampa sedap juga setelah di campur dengan bebola ayamas dan telur half cooked dengan scawan nescafe panas menceriakan hari yang gerimis pagi.

Sunday, October 2, 2011

Daging masak hitam

 
Lama tak buat daging masak hitam. Kekadang bila rasa nak masak nie my Yon yon request buat kurma daging pula. Memandangkan hari ini daging yang dibeli dalam pek dari tesco nie  daging tempatan tapi bukanlah daging batang pinang...lambat sikit nak masak maka sesuailah di buat masak hitam saja.
Gandingan nasi pula kita masak nasi minyak beraroma daun kari juga...kira sesuailah di tambah pula dengan jelatah nenas,


Nie lah cara yang saya buat ,

Daging masak hitam
300 gm daging – dipotong kiub
15 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 inci halia
gula dan garam secukup rasa
 2 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah dan 2 ulas bwg putih - hiriskan untuk menumis
2 btg serai di tindik
Daun kari = jika suka

Cili kering,bawang nesar ,bawang merah,bawang putih dan halia di mesin halus.
Tumiskan bahan tumisan dan kisar dengan secukup minyak (agakagak ) bersama kulit kayu manis dan daun kari. Biarkan cili masak dahulu barulah masukan
Daging yang di potong kiub dan juga serai. Renehkan daging sehingga lembut jika perlu tambahkan sedikit air sehingga empuk.
Setelah daging lembut barulah di masukan kicap serta garam dan serbuk perasa. Dan gula. Siap

Saturday, October 1, 2011

Kari ikan talang masin dengan nenas

Hihi nie kari kesukaanku. Dimakan pula dengan nasi putih yang di masak lembik sedikit. Paling best di makan bersama sambal belachan dan ulam ulaman sedap kan. Tapi kali ini tak makan ulam sebab gigi masih sakit dan bengkak tak hilang lagi.