Monday, October 31, 2011
Cheesecake
Deman cheesecake minggu nie lepas perhabis cheese nie baru nampak cheese lapis persona dari dapur Home sweet home pastu tu dari dapur mamahawa pulak ...alahai jika awal sikit saya menjelajah ...kan dah boleh cuba resepi beliau . Apapun hari ini masih buat seperti kek terdahulu . Sedap buat pagi pagi dan makan bila waktu petang semalam. Saja hias dengan fresh cream yang di sapu begitu saja.....malas nak deco.
Minum petang semalam dengan secawan nescafe sebab hujan kat luar renyai renyai...mata pun bagai nak layu kena minum minuman yang buat aktif kembali sambil dok fikir nak masak apa pulak untuk dinner. Haha last tak masak pun kita tapau nasi goreng hujung simpang amanjaya setelah kepenatan keluar ke Econsave membeli sayur mayur serta ikan.
Saturday, October 29, 2011
Turkish Pide
Petang tadi my Yon yon request nak bawa bekal ke sekolah esuk. Siap minta buatkian lebih sedikit untuk di kongsi dengan kengkawan. Bahan bahan pun ada jadi tak lah susah nak sediakan. Waktu mencampurkan bahan roti tadi kilat kat luar rumah berdentum dentum ...takut pun ada la....nampat bercahaya luar tingkap.
Setelah bahan di masukan kedalam mesin cepat cepat beredar bagi mesin tu jalankan tugas menguli. Lega.....
Akhirnya menjadi juga. Saja buat dua adunan satu untuk di buat bekal dan selebihnya untuk makan malam tadi. Makan roti nie bertambah sedap jika di makan bersama sup cendawan ataupun sup ayam...yummy.
Roti sebelum di bakar...dalam resepi tak guna mozarella tapi saya tambahkan untuk lebih rasa keju .
Setelah bahan di masukan kedalam mesin cepat cepat beredar bagi mesin tu jalankan tugas menguli. Lega.....
Roti sebelum di bakar...dalam resepi tak guna mozarella tapi saya tambahkan untuk lebih rasa keju .
Tuesday, October 25, 2011
Puff inti kentang dan tuna
Projek petang tadi ...buat setengah saja selepas dinner rasa lapar pulak sebab hujan kat luar lebat kot maka perut pun berbunyi. Terus ke dapur menyambung puff yang balance ...sambung bakar dan sambung makan .
Hihi harap berat badan maintain la....nanti tak muat baju lama pulak. Hari ini tak sempat nak ambil gambar dengan bergaya sebab lapar nak ngap .
Resepi inti puff nie saya buat ikut selera saya...sebab saya suka pedas dan berrempah.
Inti Puff
2 biji kentang bersaiz besar - di potong kiub
1 biji bawang besar
1 tin tuna in oil-di cincang halus
2 biji cili - dihiris
1 tbsp cili giling
1 tsp serbuk rosemarry kering
1 tsp serbuk parsley
Hihi harap berat badan maintain la....nanti tak muat baju lama pulak. Hari ini tak sempat nak ambil gambar dengan bergaya sebab lapar nak ngap .
Inti Puff
2 biji kentang bersaiz besar - di potong kiub
1 biji bawang besar
1 tin tuna in oil-di cincang halus
2 biji cili - dihiris
1 tbsp cili giling
1 tsp serbuk rosemarry kering
1 tsp serbuk parsley
Kari udang
Kari udang lagi....rasa rasa nya baru saja dah buat. Hihi resepi kali ini tak ada nenas tapi kacang buncis. Ikan oh ikan sejak musim hujan hari hari saya nampak ikan mabong saja sampai naik jemu. Dan untuk tidak menjemukan makan nasi nasi saya pilih u dang . Apapun udang kita taklah sebesar mana pun itulah yang ada kat Tesco legenda height kan.
Resepi kari udang pulak saya jumpa dari dapur makcik kampung . Sedap kari udang ini jika di buat sedikit pekat boleh di makan dengan nasi lemak. Walaupun sebelum ini saya pakai hentam saja bila masak kari tapi untuk hari ini saya sangat tertib masak ikut resepi kat bawah ini.
Resepi kari udang

Bahan-bahan
1/2 kilo udang besar atau sederhana besar
2 sudu serbuk rempah kari ikan (kari daging pun boleh kalau suka)
10 g kerisik (kalau suka - optional lah)
1/2 cawan santan pekat
3 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1-2 tangkai daun kari
2 cawan air (kalau tak nak terlalu pekat lebihkan sikit air ni, atau kurangkan santan)
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Boleh jugak dimasukkan kacang panjang atau kacang buncis yang di potong lebih kurang 1 inci panjang.
Cara nak masak
1. Bersihkan udang, kalau tak buang kulit pun tak apa. Aku selalu potong kepala sedikit, ekor san kaki saja.
2. Panaskan minyak dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dia potong halus serta daun kari.
4. Bila dah naik bau dan bawang dah kekuningan, masukkan serbuk kari ke dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya rempah tak rentung.
5. Masukkan kerisik, kentang yang telah dikupas dan dipotong 4 atau 6. Kemudian masukkan garam.
6. Masukkan udang dan kacau.
7. Biarkan rempah mendidih dan menjadi pecah minyak sedikit.
8. Bila kentang dah agak empuk (lembut) masukkan santan dan air mengikut kepekatan yang disukai.
9. Perlahankan sedikit api dan kacau sehingga kuah mendidih.
10. Kalau nak masukkan kacang panjang/kacang buncis boleh dimasukkan selepas masukkan santan supaya sayur tak terlalu masakMonday, October 24, 2011
mee udang zzzt
Dinner semalam ...makan mee udang saja. Actualy plan nak makan chicken chop di Hot Mas tapi apakan daya Hb kena berkerja di waktu itu. So untuk tidak melaparkan diri kita prepare apa makanan yang ada dalam peti doremon tu saja. Ada sebungkus mee kuning, udang ,sayur sawi ,pes cili yang telah tersedia ...itulah rencahnya . Layan....tak ada resepi tau pakai agak agak saja.
untuk pengetahuan....gambar ini di ambil guna kamera olympus biasa je...sebab kita seorang surirumah tak mampu membeli kamera yang besaq tau. En Hb cakap cukuplah tu org lain beli sebab dia cari makan dengan kamera Dslr ok lah. Kita bersyukur sangat dgn barang mampu milik ... comel lote pun ok gak dari tak ada kan....kan.kita tak mampu menghabiskan ratusan rm untuk beli benda tu tapi jika OVEN besar kita Besar hati selalu.

Sunday, October 23, 2011
Kek pisang lembab
Dapat menghasilkan lebih kurang 17 biji jika mengunakan acuan muffin.
Resepinya saya copypaste kat bawah.
Moisture rich banana cake
Ingredients :
3 eggs
150g sugar
200g banana
150g plain flour
1/2 tsp baking powder
1/4 tsp soda bi-carbonate
100g oil - saya guna butter dan cairkan
Method :
1. Preheat oven to 160 degrees C. Grease and line a deep 8 inches square baking tin with paper.
2. Whisk eggs, sugar and banana for 10-15 minutes at maximum speed until stiff.
3. Add sifted flour, baking powder and soda bicarbonate and fold well by hand.
4. Add in oil and mix well.
5. Pour into baking tin and bake for about 40-45 minutes or until cooked
Saturday, October 22, 2011
Pizza telur
Pizza untuk minum petang dah siap. Beres semua kerja hari ini. Teruja melihat dalam rancangan Afc yang memaparkan jenis jenis pizza yang bermacam macam toppingnys. Dalam banyak banyak jenis jenis kita tergoda dengan topping telur . Terliur dan teringin nak merasa kesedapan nya ...kita buat agak agak je.
Doh roti kita guna roti asas buat setengah saja.
Buat seperti biasa pada saat akhir sebelum bakar tekan kan sedikit pada doh dan pecahkan telur sebiji sebiji pada tempat yang kita suka dan taburkan cheese dan bakar . Setelah pizza masak spry dengan minyak zaiton untuk nampak mengancam hihi kilat kan. Enjoy
Topping
sos pizza - buat sendiri
bawang besar- di potong kiub
1 tsp oreganno
1 tsp rempah pizza
1 biji lada bengala- di potong kiub
1 pkt (300gm) mozarella cheese
sedikit parmesan cheese
3-4 biji telur

Friday, October 21, 2011
Beriani Ayam
Lauk tengahari ini di makan bersama nasia seakan akan be tomato. Nampak macam tak ngam saja bila makan dengan nasi tomato lain kali buat nasi hujan panas . Bila buat ayam beriani selalu kita nak try buat sampai rasanya seakan akan kedai nasi beriani di taman sejati berhampiran Hotel Emereld Puteri.
Nampak kali ini menjadi la Hb cakap . Ini kali berapa kita tak terkira dah buat nak dapat version sama tapi tak sebijik macam kedai tu la. Boleh di katakan seakan akan saja. Alhamdulilah . Resepinya lebih kurang macam nie lah setelah berkali kali kita modified .
Selamat mencuba.

Beraini Ayam
4 ketul peha ayam – di perap dengan garam kunyit .
Bahan mesin
1 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
8 tangkai cili kering
1 sudu kecil tomato puri
1 tbs rempah beriani
cawan tairu
Sedikit badam di mesin halus, kismis, dan madu lebah.
Cara membuatnya
1.Goreng ayam sehingga setengah masak.
2.Tumis bahan mesin dengan lebihan minyak ayam goreng.
3.Bila bahan tumisan naik minyak masukan tomato puri .
Masukan ayam dan setengah sudu rempah beriani dan sedikit air .
4.Bila kuah dah agak peka masukan garam dan badam yang di mesin serta tairu. Biarkan sebentar dan sebati baru maskan sedikit madu. Sebelum tutup api …masukan lebihan rempah (utk dapatkan haruman rempah yang kuat)
Nota- madu lebah boleh di gantikan dengan gula Melaka dan tairu boleh di gantikan dengan susu cair serta masukan air limau biarkan susu berketul sebentar.
cheesecake lagi
Alhamdulilah projek membuat cheesecake menjadi . Lega rasanya bila kek telah siap di deko dan kawanku telah pun datang mengambilnya sebelum hujan turun. Buat dua biji ...sebiji untuk kami makan dan test rasanya.
Resepinya seperti yang lalu kali ini saya pastikan oven panas dan membakar pada suhu yang tepat. Kek saya menjadi sangat gebu dan ringgan . Sudah pasti resepi ini akan ku simpan . Kek ini adalah untuk kami makan so dekonya adalah lebihan kerim dari yang pertama. Terlupa nak ambil gambar kek yang di ambil kawan tu..sebab sibuk menyediakan hidangan tengahari buat Hb. Cuma inilah saja deko yang guna apa yang ada dan alakadar...malas nak whipped kerim baru.

Thursday, October 20, 2011
lemon cotton cheesecake
Cheesecake yang di buat semalam. Testing di dapur untuk makan dulu. Actualy ada kawan yang nak saya buatkan kek untuk dia tapi saya bukanlah selalu buat cheesecake untuk di jual. Faham faham sajalah saya selalu buat untuk sendiri makan. Mulanya saya sarankan kat dia beli saja sebab saya kurang arif bab cheesecake nie ...jika yang tidak di bakar tu senang keja tapi yang masuk oven nie ragam nye banyak . Sedap atau tak sedap dan kadangkala cheesecake buat ragam last minute. Jadi saya dah bagi tau kat dia jika tak jadi saya call awal awal ...susah hati takut kek tak jadi . Jika kek jenis biasa tak kisah sangat.
Untuk kek ini saya mengunakan resepi dalam mybaking...alhamdulilah sedap. Tapi di bahagian bawah kek itu agak mendap sedlkit. Next time saya akan pastikan oven saya panas terlebih dulu...ahha saya rasa step nie kot saya fail sebab kek dah siap dalam acuan ...oven baru di panaskan dan ianya mengambil 10 min menyebabkan kek mendap bahagian bawah.
Resepi saya copypaste dari blog beliau tanpa alihbahasa

Lemon cheesecake
http://mybaking.blogspot.com/2008/04/lemon-cotton-cheesecake.html
Ingredients
[A]
125g Cream Cheese
40g Fresh Milk
20g Butter
[B]
3 egg yolks
32g Cake flour
8g corn flour
[C]
3 egg whites
1/8 tsp cream of tartar
55g sugar
Method
Melt [A] in double boiler until cream cheese melt
Turn off heat. Leave to cool
Add in [B]
Whisk egg white until foamy, add in cream of tartar. Gradually add in sugar and continue whisk until soft peaks. Fold [C] into cream cheese mixture.
Bake in "water bath" @ 160 C for 1 hour 20 min till top is golden brown and cooked.
Spread some apricot jam / marmalade jam on top----saya guna strawberry filling
Wednesday, October 19, 2011
Sarapan pagi
Mula tak nak tunjuk tapi nak juga tunjuk hasil kerja kita yang telah berusaha berkali kali. Alahai Hb cakap tak payah lah buat next time beli saja. Nak tergelak guling guling pun ada juga bila lihat betapa kreatif yang kita buat roti canai. Suatu waktu dulu blogger Mamafami selalu buat roti canai ..ha ha zaman fotopages la ..roti canai dia memang cantik . So kita pun nak buat sebijik macam tu tapi tangan kita nie buat tak menjadi . Jangan kata nak tebar belum tebar pun dah putus dan berlobang.
So semalam punya dinner masing masing makan roti canai yang dah jadi perca kain . Pagi tadi cuba buat lagi apapun hasilnya boleh la...eemm setakat nampak macam roti canai adalah. Tapi dari segi rasa ...sedap adunan ini. Roti yang lemak dan lembut .
Dengan tidak malu saya posting gambar kat bawah nie.

Tuesday, October 18, 2011
salmon grill bersos lemon
Ikan salmon menjadi salah satu menu sampingan di samping kari daging serta sup sayur sawi. hari ini. Cukuplah untuk kami bertiga . Saya belum berani cuba nak buat kari dengan ikan salmon ini sebab selesa dengan masakan bergoreng dan grill saja. Kekadang memang pasang niat nak masak kari tapi last minit selalu cancel tapi ahli rumah tak makan. Hihi tunggu hari rajin sikit kot. Waktu mengupdate blog hujan kat luar dengan lebatnya...takut pula internet putus.....kejap lagi. Maklumlah nama saja tinggal di kawasan boleh di katakan membangun pesat di SP namun akibat selalu kecurian kabel ...pemaju perumahan tidak menyediakan point untuk telekom memasang kabel intra di situ. Akibatnya kami sebagai penduduk di sini kebanyakan memakai talian talipon wireless frequency dan internet pun wireless gelombang radio.
Bila hujan lebat faham faham sajalah. Talipon yang ada sekarang pun bila bercakap suara kedegaraan terputus putus. Walaupun ada Hp tapi talian rumah merupakan satu kesenangan untuk membuat pangilan tempatan dan negeri tanpa had.dengan bayar lebih rm10 saja.. Jika guna hp berjam jam ....kering lah badan.
Celoteh panjang hari ini...haha....
Saya masak ikan ini stail saya...pakai agak agak saja.
2-3 keping isi ikan
1 tsp serbuk paprika
1 tsp rosemarry kering
2 tsp butter
garam dan lada hitam secukupnya
serbuk roti.
Ikan di perap dengan serbuk paprika,rosemarry ,garam dan lada . Kemudian di salut pula dengan sedikit serbuk roti agar crispy.
Ikan kemudiannya di goreng dengan sedikit butter . Angkat dan masuk kan kedalam grill dan panggang hingga warna keperangan hingga masak.
Sos lemon
2 tbs butter
1/2 biji perahan lemon
sedikit garam dan lada.
1 biji bawang kuning- di hiris.
Panaskan butter ,masukan hirisan bawang biarkan sedikit layu. Tuangkan air lemon dan perisakan dengan garam dan lada secukup rasa. Curahkan pada ikan yang telah di grill ketika hendak makan. ...
Note: Jika tak mahu grill pun ok sekadar goreng sehingga masak pun sedap juga.
Sunday, October 16, 2011
Siakap asam boi
Siakap asam boi menu lunch yang sihat. Di cicah pula dengan air asam yang pedas ....pembuka selera. Kari ikan selayang dan telor goreng saja.
Resepi agak agak saja guna apa yang ada dalam stok . Hari ini tak banyak yang nak ceritakan sebab resepinya pun simple saja..dan orang dalam rumah pun makan dengan gembira .
Apam Polkadot
Hidangan petang yang panas terik dengan secawan teh. Hari ini saya siap sukat buat setengah adunan saja jadi tidak membazir macam semalam .
Apam polkadot yang berinti strawberry puree memang sedap .Resepi saya ambil dari MyResepi dan saya copy dan paste di bawah ini.
Apam Polkadot
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
Cara-cara
1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
kupang goreng kunyit
Hidangan makan malam kami bertiga tadi. Selain dari lauk ini kita buat sup bebola ayamas dan isi tengiri goreng . Tak ada sayur sebab dalam sup tu dah ada sayur two in one.
Kupang selalu saja saya goreng begini dengan menambahkan sedikit serbuk garam masala di akhir masakan untuk mendapat haruman dan penambah rasa selain dari sedikit sos lada hitam .
My yon yon tak cakap banyak asal ada masakan berkuah dia tak kisah laju semacam..erk nak membesar . Ikan goreng tak sempat nak snap gambar sebab perut dah lapar . Tadi masa pergi kenduri kita makan sikit saja sebab habiskan masa berbual bual dengan cousin dan mak saudara . Time nak makan Hb cakap cepat sikit sebab dia kena berkerja semula...alahai.

Saturday, October 15, 2011
Lompang warna warni
Waktu pulang dari kenduri cousin tadi hari nampak mendung tapi masih terasa bahang kepanasannya tahap maximum . Rehat sekejap terus mandi walaupun di luar langit hitam bagai nak rak. (hujan mau turun la )Teringat nak prepare makan mjnum petang yang simple n dinner yang simple. Mulanya nak buat setengah adunan pastu fikir sikit pula , akhirnya kita ikut resepi secukupnya .
Waaa pengsan camana nak habis banyak sungguh ..itulah tamak sangat.
Satu pinggan besar dan satu pinggan sederhana besar kira kira 7 biji lagi. Waaa lain kali kena buat setengah adunan saja....
Resepi lompang nie saya kutip dari majalah Rasa website. Saya copypaste kat sini . Alhamdulilah resepi ini menjadi juga rasanya kenyal sedikit. Apapun saya tidak arif sangat mengenai rasa kuih lompang memandangkan saya jarang merasai kuih ini dan tahu tahap kesedapan nya. Jika ada resepi yang lebih enak sila lah wawar kan pada saya hihi I follow.
LOMPANG WARNA WARNI ::
BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
250gm gula putih
190gm kelapa parut
Garam secukup rasa
Air kapur secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
Pewarna merah jambu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tepung jagung dan tepung beras dibancuh dengan 250ml air dan sedikit garam serta air kapur.
2. Masak gula putih dengan 500ml air hingga mendidih dan gula hancur. Angkat biarkan sejuk.
3. Setelah sejuk, tuangkan di dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sebati. dan bahagikan kepada tiga adunan. Tuangkan pewarna hijau dan merah jambu pada setiap adunan dan satu adunan lagi tidak perlu diwarnakan.
4. Sementara itu, panaskan beberapa mangkuk kecil acuan kuih lompang di dalam kukusan. Tuangkan adunan anggaran 3/4 tinggi supaya tidak melimpah keluar apabila masak. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan sejukkan. Tabur kelapa yang dicampur sedikit garam di atas kuih lompang dan hidangkan.
Friday, October 14, 2011
Roti lapis berkeju
Buat minum petang ini saya tertawan dengan menu dari dapur Secubit garam . Lagipun stok roti yang dah masuk 4 hari tu masih elok lagi belum expire tau memang sesuai untuk buat nie. Dah lama teringin nak buat sebijik macam Knor tu buat tapi inilah hasil yang kita buat tak sama kan. Sebabnya , kita telah derhaka sikit pada resepi ini. Terima kasih Knor...roti ini memang sedap tapi tak secantik dalam blog Knor punya. Saya buat dalam loaf pan yang bersaiz kecil cukup cukup untuk kami bertiga saja. Pada sesiapa yang nak lihat roti Knor sila lah klik pada Secubit Garam. Di situ terdapat cara membuat dengan lebih teratur.
Apapun saya copypaste resepi beliau kat bawah sebagai rujukan. Terima kasih Knor..saya sangat suka nak buat lagi sebab ianya sedap dan ringkas.
Saya buat dalam sukatan setengah saja.
ROTI LAPIS DAGING BERKEJUresipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam - saya guna rempah cayenne dan rempah oregano
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus- tidak guna daun ini
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak
12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut
Cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam.
Goreng hingga wangi dan masukkan air.
Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
Masukkan daun limau purut dan cili merah.
Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sbb biasanya paste tomyam dah masin)
Goreng hingga kering dan padamkan api.
Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan dgn sos cili.
Thursday, October 13, 2011
Beriani udang
Menu semalam nasi beriani udang simple saja di makan dengan sambal ikan dan papadom goreng. Bila dah baik deman semua nya terasa nak makan tapi hanya makan sedikit saja. Tapi buat si Yon yon dengan hb , dia orang tak kisah apa saja terhidang , makan saja .
Eemmm makan malam ini dah settle ...lunch untuk esuk apa pulak. Resepi kat bawah nie agak agaklah airnya ye sebab jika beras basmati sukatan airnya berlainan.
Nasi Beriani Udang
Bahan-bahan :
600 gm udang sederhana besar
2 tin susu beras siam
2 tin susu cair
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar ( mayang halus )
Segenggam bawang besar ( tumbuk lumat )
2 cm halia di hiris
2 ulas bawang merah ( mayang halus )
2 ulas bawang putih ( untuk menumis )
Daun pandan
Kulit kayu manis, cengkih dan buah pelage
1 tsp rempah beriani
1 tsp garam marsala
Segengam daun ketumbar- di potong halus
Caranya :
1. Udang dibersihkan – di perap dgn garam dan kunyit dan garam marsala.
2. Cuci dan toskan beras
3. Masukkan minyak sapi. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
4. Masukkan 2 tin susu cair
5. Masukkan bawang yang telah ditumbuk dan sedikit garam
6. Apabila mendidih, masukkan beras dan daun pandan. Masukkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa
7. Goreng udang sehingga separuh masak.
8. Masukkan udang ke dalam nasi yang hampir masak. Gaulkan.
9. Masukkan bawang besar yang telah dimayang dan daun ketumbar pada akhir masakan.
Sambal tumis kali ini memang power pedasnya.
Wednesday, October 12, 2011
Donat
Dua tiga hari kita tak posting katsini. Selsema dan deman membuat kita terasa malas nak ke dapur. Makan pun tekak tak ok so semua ahli makan nasi bungkus. Tapi hari nie dah masuk hari ketiga ..badan dah rasa bermaya teringin nak makan benda manis.
Tadi petang kita dengan semangat yang kuat membuat donat. Mulanya nak makan donat coklat namun tercari cari coklat masakan tak jumpa ...hihi baru ingat dah habis stok. Maka jadilah donat ku ini berwarna hijau pandan. Coklat perisa pandan nie sajalah yang ada dalam stok. Emmm boleh tahan rasanya tapi saya lebih suka donat yang bersalut coklat koko yang meriah.

Sunday, October 9, 2011
gulai lemak ketam dengan nenas
Masih keletihan sejak pulang dari Kajang. Masak lunch hari ini pun simple simple saja. Gulai ketam dengan nenas dan tumis siput lala. Semalam dalam perjalanan pulang dari Kajang ke S.P hujan turun sebaik saja keluar dari jalan Duta ke menuju utara. Kami tak kemana pun sebab Hb mengalami selsema dan deman..
Tuesday, October 4, 2011
Karipap inti Sardin
Petang tadi hujan. Keadaan sejuk dan lembab membuat perut terasa lapar sangat. Peratus Malas tinggi berbanding Rajin. Tercari cari nak makan apa yang tinggal baki biskut raya hihi tapi tak terasa nak makan sebab jemu. At last kena merajinkan diri buat sesuatu..emmm yang cepat di makan. Maka karipap lah menjadi pilihan manakala intinya sardin ...beres. Tak sampai 1 jam kita dah boleh goreng dan makan. Lega betul bila dah makan.
Inti Sardin
1 tin sardin - sos di buang sedikit dan ikan di cincang kecil
1 biji bawang besar - di potong kiub
2 ulas bawang putih- di cincang halus
2 biji ubi kentang- di potong kiub kecil
2 tsp cili kisar
minyak untuk menumis
Tumis sebahagian bawang dan bawang putih sebentar.
Masukan cili kisar dan ubi kentang , goreng sebentar dan masukan sedikit air.
Tunggu sehingga ubi empuk barulah di masukan sardin yang telah di buang sedikit sos nya.
Goreng sehingga air kering sedikit barulah di masukan sedikit garam dan sebelum tutup api masukan
sebahagian bawang.

Kerabu nangka muda
Menu semalam, baru hari ini dapat post kat sini. Lama juga tak makan makanan berangin nie. Tak selalu saya masak menu begini sebab saya banyak berpantang. Tapi kadang kadang teringin juga saya bedal lepas itu cari ubat.
Kerabu nangka kali ini kurang menjadi aha .nak tahu apa sebabnya......saya pun tak pasti. Sebenarnya saya dah rebus nangka ini sangat lama dan sebelum di rebus saya hiris kecil kecil namun setelah agak 45 min merebus nampak macam dah lembut. Maka setelah di tos kan saya terus mencampurkan segala sambal dan selengkapnya. Tapi aahhh pabila makan sesenduk rasa nangka tu agak liat. Alangkah kecewa nya hati saya yang teringin nak makan. Namun sambal dan kerang telah mengubat kekecewaan hati saya .
Ummm makan juga kerabu tanpa nangka. Entah bila pula saya dapat membuat lagi .
Pagi ini sarapan saya adalah maggi SaJi pek soto. First time namapk pek maggi jenama ini dan mencuba rasa. Agak tidak hampa sedap juga setelah di campur dengan bebola ayamas dan telur half cooked dengan scawan nescafe panas menceriakan hari yang gerimis pagi.

Sunday, October 2, 2011
Daging masak hitam
Lama tak buat daging masak hitam. Kekadang bila rasa nak masak nie my Yon yon request buat kurma daging pula. Memandangkan hari ini daging yang dibeli dalam pek dari tesco nie daging tempatan tapi bukanlah daging batang pinang...lambat sikit nak masak maka sesuailah di buat masak hitam saja.
Gandingan nasi pula kita masak nasi minyak beraroma daun kari juga...kira sesuailah di tambah pula dengan jelatah nenas,
Nie lah cara yang saya buat ,
Daging masak hitam
300 gm daging – dipotong kiub
15 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 inci halia
gula dan garam secukup rasa
2 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah dan 2 ulas bwg putih - hiriskan untuk menumis
2 btg serai di tindik
Daun kari = jika suka
Cili kering,bawang nesar ,bawang merah,bawang putih dan halia di mesin halus.
Tumiskan bahan tumisan dan kisar dengan secukup minyak (agakagak ) bersama kulit kayu manis dan daun kari. Biarkan cili masak dahulu barulah masukan
Daging yang di potong kiub dan juga serai. Renehkan daging sehingga lembut jika perlu tambahkan sedikit air sehingga empuk.
Setelah daging lembut barulah di masukan kicap serta garam dan serbuk perasa. Dan gula. Siap
Saturday, October 1, 2011
Kari ikan talang masin dengan nenas
Hihi nie kari kesukaanku. Dimakan pula dengan nasi putih yang di masak lembik sedikit. Paling best di makan bersama sambal belachan dan ulam ulaman sedap kan. Tapi kali ini tak makan ulam sebab gigi masih sakit dan bengkak tak hilang lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)