Friday, April 25, 2014

mee kari simple


Petang tadi teringin nak makan mee kari . Perasaan teringin tu sebab dua hari lepas saya makan di warung awal pagi waktu menghantar anak ke sekolah. Eemm sangat sedap dan terasa pulak nak makan tapi kakak tu hanya jual waktu pagi saja. Petang tak buka bisnes ..tempat lain ada jual tapi tak lah sesedap di warung pagi . Di sebabkan ada mee dan beberapa ramuan telah ada maka saya sendiri nak cuba buat manalah tahu ok kan ...apapun dah lama saya tidak masak mee kari ..sebab ketiadaan kerang dan udang.
Tapi tak apalah biarlah simple guna apa yang ada dari peti doremon saya ...Ada ayam segar,daun pudina ,halia , takua mee,daun bawang,cili merah dah hampir kesemua bahan dah kecuali kerang dan udang. Boleh lah sabab saya yang nak makan sangat.
Alhamdulilah seperti gambar di atas ...itu je yang saya mampu hasilkan . Anak saya makan bertambah cakap sedap mama hehe akhirnya habis juga ...syukur rezeki Allah hari ini.
OK di sebabkan resepi nya saya tukar sana sini ikut suka hati maka saya tak letak lah resepi asalnya nanti empunya resepi marah kat saya pulak . 


Wednesday, April 23, 2014

nasi arab




Petang tadi saya merajinkan diri memasak sebab sebelah siang tadi saya tidak berupaya berbuat apa apa. Halnya pening kepala berlarutan hingga ke zohor baru lah rasa lega. Mengikut planning memang nak sediakan nasi ini waktu lunch lalu saya tunda ke waktu malam. Alhamdulilah malam ini tugas dapur kecil telah selesai. Mereka makan dengan gembira dan saya pun rasa gembira sebab di luar rumah hujan turun mencurah lebatnya. Sejuk malam ini setelah sekian lama panas membahang....aircon sedia terpasang dan siap duit nak membayar segala bill .

Saya suka dengan nasi ini walaupun petang tadi saya masak mengunakan beras biasa saja. Nasi nampak seroi dan tidak berminyak ...saya letakan yogurt pada akhir proses memasak .a d
Resepi kat bawah nie bukan saya punya tau...saya copy n paste tapi sumber nya saya tak terlekat pada waktu saya sibuk mengopinya terus save dan simpan. Minta maaf pada empunya resepi ini ye ....apapun terima kasih pada tuanpunya resepi yang sangat Ummph ini terasa macam makan kat kedai je ...



Resepi Nasi Arab
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)


Bahan-Bahan Tumis
 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
 Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis


Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan. 
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain. 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam. 
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
 5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.

2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.

3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata. 
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih. 
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan) 
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa. 
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak. 
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih. 
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak. 
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering. 
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori. 

Cara-Cara untuk Memasak Ayam 
1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C. 
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam. 
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa. 
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh 
1) Campurkan semua bahan untuk salatoh. 
2) Tambahkan air dan garam secukupnya. 
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi 
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus. 
2) Campurkan dengan potongan lobak merah. 
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. 

Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar.

















Friday, April 18, 2014

bihun singapore

Untuk makan maony Ylam petang tadi saya sediakan bihun singapore. Rasanya dah agak lama juga lah saya tidak mengoreng bihun atau mee di rumah . Sejak akhir akhir nie saya beli saja dari gerai. Tapi petang ini di sebabkan En,Hb letih berkerja maka saya perlu buat sesuatu selain dari makan nasi. Makan malam sekarang jarang dah nak makan nasi entah kenapa mungkin faktor usia kot . Orang cakap bila usia meningkat selera kita berbeza. Tapi for my Yonyon ...dia agak senang makan tidak terlalu cerewet apapun asal mengeyangkan dia tak komen.

Resepi bihun Singapore nie agak senang dan simple saya ceduk je dari MyResepi tapi saya tambahkan udang kering waktu menumbuk lada hitam bersama bawang putih. Bila ada udang kering ...garam kena jaga takut termasin pulak. Jika ada sotong kering yang di rendam dan di carik carik lagi best ....tapi itu saja yang ada ....hasilnya sedap juga.



pizza

Pizza yang di buat secara cepat mengunakan segala yang ada. Alhamdulilah sedap juga walaupun ringkas. Sebenarnya waktu itu terliur benar lihat gambar pizza domino dalam iklan...nak keluar memang malas sebab Hb kerja....jadi nak makan kena lah buat sendiri.
Inilah hasilnya ....lega setelah dapat makan walaupun tak secantik di kedai okkk buatan sendiri.

Gambar kurang sikit sebab guna hp je...malas nak keluarkan seketul besar dan fokus hari nie hehe.
Resepi nya saya ambil dari sumber majalah je ...chef Wan
PIZZA
sumber Chef Wan Majalah Jelita 1994

Bahan Doh Pizza285 gm tepung roti
1 sb gula
1 sk garam
1 sk oregano
15 gm yis basah
2 sb minyak zaitun
1 sb madu
3/4 cwn (180 ml air) suhu bilik
Cara:
1. Ramas yis basah bersama sebahagian air & gula hingga sebati, biarkan 10 minit hingga ragi berbuih. seeloknya guna bekas logam spy ragi cepat kembang.
2. Satukan tpg dgn semua bahan kering, gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaitun & madu, putar sebati.
4. Tuangkan baki air sedikit demi sedikit sambil memutar menggunakan pemukul doh hingga adunan sebati & tak melekt di jari. Jangan bimbang jika air tidak habis digunakan.
5. Keluarkan doh, uli guna tangan selama 10 minit.
6. Letakkan doh di dalam mangkuk yg dilengser sedikit minyak, tutup mangkuk dgn kain biar doh naik 2x ganda baru digunakan buat pizza.
7. Tumbuk doh rata2, canai hingga rata.
*. Letak doh di atas dulang pizza, tekan2 spy rata & mudah ditabur inti.

Sos Utk Pizza:
3 sb minyak zaitun.
1 bj bwg besar didadu
3 ulas bwg putih dicincang
2 kaleng tomato jenis Itali diramas- saya guna tomato puree + tomato fresh kisar.
1 helai daun salam - jika takde saya tak letak
1/2 sk thyme
1 sb tomato puree - abaikan sbb dah ada no.4
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
panaskan minyak, tumis ke-2 bwg hingga layu.
Masukkan semua bahan, masak hingga didih, angkat & sejukkan sebelum sapu pd doh pizza.


toppingnya tu boleh dipelbagaikan ikut citarasa anda.. asasnya: yellow onion di mayang, capsicum dipotong nipis, sausage/frankfurter dipotong serong, button mushroom dihiris last sekali tabur parutan cheddar & mozarella cheese.

Inti nya saya guna apa yang ada tak ikut resepi yang nampak sausaged ayam je dan keju .
Selamat mencuba....






c



Monday, April 7, 2014

tuna bun


Projek semalam untuk menjamu family adik Not yang datang bertandang ke rumah. Dah puas fikir nak jamu apa selain dari hidangan tengahari. Alhamdulilah siap pada waktu jua akhirnya.
Seawal pagi selepas subuh saya mula memasak hidangan tengahari .
Lauk ayam panggang cili, kari telur rebus ,sambal ikan bilis dan sayur campur. Beres tugas pada jam 10 pagi membolehkan saya menguli tepung untuk buat roti .
Cuaca pula panas dan hasil pengembangan roti sangat baik dan cepat saja siap .
Inti tuna menjadi pilihan . Roti merupakan fav abah , waktu mereka pulang saya bekal kan roti buat abah . Sukanya abah bila dapat roti . 


Thursday, April 3, 2014

Pineapple upsidedown kek

.
Hari ini saya merajinkan diri membuat kek sebab ada lebihan nenas dalam tin. Nenas lebihan dari saya masak kari udang saya hanya guna tiga keping. Jika saya tidak guna sayangkan nanti terbuang saja...membazir. 
Apapun kek nenas nie agak lama juga saya tidak membuatnya. Terasa lemak manis dan kemasaman memang best jika di makan pada petang hari. Dan kebetulan petang tadi seharian hujan ...bau kek harum semerbak satu dapur wangi sangat.

Saya letakan resepi di sini untuk sesiapa yang ingin mencuba...walaupun rasanya saya pernah letak di sini . Resepi untuk membuat kek ini sunguh mudah dan senang tapi sedap.

Pineapple Upside Down Kek.

Bahan bahan:


200 g gula kastor
180 g mentega
4 bij telur
300g tepung kek
1 cawan jus nenas
secubit garam
1 camca teh esen vanilla
6 keping nenas tin
½ cawan gula perang
6 biji ceri merah.

Cara penyediaan:
Gula,mentega di pukul sehingga kembang. Masukan esen vanilla serta telur sebiji sebiji sehingga sebati. Kemudian masukan tepung kek, jus nenas serta garam .
Alaskan acuan dengan kertas dan lenserkan mentega dan sedikit tepung.
Bakar pada suhu 180 oc selama 40 minit.

Nota: Semasa memukul gula n mentega make sure kembang sehingga nampak gebu. ( Barulah kek nanti akan naik dengan elok )

Selepas acuan siap di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung....sebelum aturkan kepingan nenas taburkan gula perang dahulu. Untuk mendapatkan warna keperangan bila di bakar nanti.