Saturday, June 29, 2013

pulut serimuka

Asalamualaikum di pagi sabtu yang dingin ini. Keadaan jerebu nampak dah hampir pulih di sg.petani.
Pagi ini saya bersarapan kuih talam serimuka yang saya buat petang semalam. Saya simpan dalam petisejuk dan kukuskan semula pagi ini . 
Selalunya saya buat tidak pernah jadi cantik sebegini haha sebab saya memang tak pandai dalam bab kuih tradisional ini . Tapi di sebab kan semalam saya terlihat dalam fb yang di tag kan pada Cmg kiriman dari rakan fb beliau iaitu Puan Asnidar Nursamsi ....timbul keinginan nak cuba buat dalam bentuk comel begini, Alhamdulilah  menjadi jua akhirnya dan saya amat berterima kasih pada beliau. Saya tak pasti dari blog masa sebab beliau adalah rakan fb Cmg yang pemes itu .
Resepi nya nampak macam mudah sangat ..dan senang di ikuti .


Resepi macam nie saja ...simple kan saya cuma perlu kukus kan pulut sekadar agak agak saja . Dan derhaka sikit pada resepi dengan menambahkan dua biji telur .
Lepas nie saya confirm boleh buat untuk abah saya sebab abah pengemar kuih talam...dulu arwah mak pandai buat tapi masa itu saya tak pernah ambil tahu .


Seri muka 
sumber : Asnidar Nursamsi

 11/2Cwn t/gandum
 2sd bsr t/beras
 2Sd bsr t /kastad
 1Cwn gula
 1Cwn air pandan
 2cwn santan
 2 biji telur ....saya tambah sendiri
 Semua bhn dikisar n tapis.. kukus pulut. Letak dlm bekas kecil




Friday, June 28, 2013

Puding karamel ...sejuk


Pagi ini saya mulakan tugas awal pakai apron dan buat puding caramel ini untuk di makan waktu tengahari nanti. Jika buat awal ...maka sempat lah puding dapat set dengan elok dan dingin dalam petisejuk. Nyaman lah tekak bila menikmati puding sebegini. Apapun seperti biasa saya selalu kurangkan gula di dalam puding sebab caramel di atas itu sudah cukup manis...jika  tak manis nanti saya tuang sedikit madu waktu makan nanti .


Petang ini saya buat chill cheesecake yang bersaiz comel lebihan dari cheese yang saya guna tempohari. jika di simpan lama nanti rosak pulak....jadi buat chill cheesecake sebab semua bahan ada di rumah

Resepi Puding karamel ini saya salin dan letak di bawah nie untuk rujukan . Sedap dan senang disediakan.


Puding Karamel
Bahan-bahan

    400cc(400ml) susu segar/susu cair
    5 sudu besar gula halus
    3 biji telur- pada suhu bilik
    2 biji telur kuning-pada suhu bilik
    2-3 titik esen vanila

    [ karamel]
    5 sudu besar gula
    2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Thursday, June 27, 2013

pie ayam & cendawan



Malam ini kita buat pie ayam dengan cendawan saja. Hehe buat tiga biji je cukup untuk kami bertiga makan.
Anak saya bukan pengemar makanan seperti ini ...dia lebih gemar nasi tapi dia makan je tadi .
Tak merungut ...kira ok lah tapi jika dia tak kenyang kita siap standby nasi goreng ikan bilis .

Kulit pie yang di gunakan adalah puff pastri jenama Kawan yang bersiaz kecil je dan saya canaikan menjadi sedikit nipis . Hasilnya sedap dan proses membuat menjadi cepat bila kita mengunakan doh yang sejuk beku. Resepi di bawah adalah untuk inti nya. Saya dah lupa pulak dari mana saya salin resepi ini. Apapun terima kasih ...sedap intinya .

Chicken Pie's Filling:
500 g isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
120g white button mushroom - hiris
2 sb olive oil

Perap ayam dengan:
1 sb oyster sauce
1/2 sk serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sk sesame oil
Sedikit serbuk black pepper

1 sb tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 telur - pukul (lenser)

Panaskan minyak olive. Tumis bawang  putih dan bawang besar sehingga wangi.

Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.

Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.

Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.


Membuat Pie:
Panaskan oven pada suhu 180C.

Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm  (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai  yang ditabur tepung.

Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.

Sudukan inti ayam ke dalamnya.

Wednesday, June 26, 2013

mini pizza bread

Hari ini rasanya terlebih rajin la ..dalam keadaan breadmaker yang rosak tiba tiba terang demikian ingat nak makan roti pulak. Apalagi kena menguli adunan dengan tangan lah.  Oleh yang demikian saya perlu buat dalam komposisi yang sedikit saja . Jadi tempoh menguli tu tak terasa sangat penat nya.
Saya gunakan resepi doh biasa jer tapi buat separuh. 
Hiasan atasnya saya letakan tomota kering (yg di buat sendiri ) bersama dengan sausages ayamas yang di potong serong nipis . Letakan sedikit keju mozarella bersama sedikit sos tomato yang di paipkan  sedikit saja...nanti masam .

 
Tomato kering nie saya buat waktu jualan buah tomato sekilo Rm0.99 sen. Bila murah saya akan borong berkilo kilo hehe. 
Potongkan buah tomato senipis nipis dan keringkan sebentar. Jika di Italy mereka akan salaikan pada cahaya matahari tapi saya malas jadi saya shortcut proses dengan membakar di atas dulang biskut. Saya aturkan sekeping sekeping dan sebelum di bakar renjiskan dengan sedikit minyak olive dan bakar pada suhu 180 selama 20-30 min. Nampak layu dan sedikit perang dah boleh di angkat ...biarkan sejuk sekejap dan simpan dalam balang. 
Tomato dapat bertahn lama jika di simpan dalam balang kedap dan di letakan di dalam petisejuk selama 3 bulan.



Tuesday, June 25, 2013

puding sago mutiara

 
Selamat pagi hari ini dah masuk hari selasa. Cepat nya masa berlalu dan tak sampai 2 minggu lagi Ramadhan bakal menjelma.
Entry pagi ini bukan lah yang terbaru tapi dah berhari hari saya buat waktu melawat abah di rumahnya hari itu. Di sebabkan malas memanjang saya simpan saja hehe pagi nie mood bagus baru letak. No no bukan moody tau...actualy bila saya melekat main game kat pc ....habis lah. semua letak tepi hehe.
Pagi selasa hari saya kena makan ubat dan ubat tu  pulak selepas makan harus duduk satu jam tanpa perlu buat apa apa. So untuk habiskan masa saya mula main game. 
Sakit....insyallah tak serius sebab saya dalam perhatian doktor ...tulang belakang saya tidak kuat dan tidak di galakan membuat kerja berat ...tu saja....Alhamdulilah saya redha sebab semua ini ada hikmahnya.

Saya mula nampak puding nie dari blog Madiha...teruja sebab nampak cantik sangat lebih lebih lagi bila waktu jerebu begini...dengan tekak yang kesat . Tanpa membuang masa saya pun ambil resepi dan buat. Sedap sangat hehe lega bila dapat menikmati puding ini. Sebahagian puding saya potong dan bawa untuk abah saya...Abah memang suka makan jenis puding asalkan tidak manis. Abah saya walaupun tidak ada kencing manis darah tinggi , diet permakanan nya abah selalu jaga siap beri nasihat lagi suruh saya minum air putih sebelum tidur dan selepas bangun pagi...insyallah saya turut je...nampak juga hasilnya saya bebas dari kedua jenis ini ...Amin.
 Terima kasih Madiha dan sumber resepi dari Lina .



RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGI
By : Lina pg
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
3 jenis pewarna kegemaran


Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...


NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku


Monday, June 24, 2013

muffin pisang expresso & coklat chip


Buat petang semalam dalam waktu yang paking singkat. Alhamdulilah menjadi juga. Itulah selalu bertangguh untuk membuat sesuatu pada saat akhir ....rasakan. 
Asal plan nak mula buat jam 3.30 ptg lepas itu terima panggilan talipon....bersembang bagai lupa sedar sedar jam dah hampir 5. Henti solat dan cepat cepat mula buat ...nasib baik majlis tu selepas maghrib . Hehe coklat putih tu letak pun terketar ketar line dia.hehe.
Resepi nya saya copypaste kat bawah ini . 
 





Banana Espresso Chocolate Chip Muffins
Taken From Tracey’s Culinary Adventure

1 1/2 cups mashed, very ripe bananas (about 4 medium bananas)
1/2 cup sugar
1/4 cup firmly packed light brown sugar
1/2 cup (1 stick) unsalted butter, melted and cooled slightly
1/4 cup milk (I used 1%)
1 large egg, at room temperature
1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon instant espresso powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2/3 cup semisweet chocolate chips

Preheat oven to 350 F.  Line a 12-cup muffin pan with paper liners.

In a medium bowl, stir together the bananas, sugars, butter, milk and egg.  Whisk together the flour, instant espresso powder, baking soda and salt in a large bowl.  Make a well in the middle of the dry ingredients and pour in the wet ingredients.  Stir until just combined.  Fold in the chocolate chips.

Distribute the batter evenly among the muffin cups, filling each about three-quarters full.  Bake for 20-25 minutes, or until a toothpick inserted in the center of a muffin comes out clean.  Move the muffin pan to a wire rack, and let cool for about 10 minutes, then remove the muffins from the pan to the rack to cool completely

Thursday, June 20, 2013

orange cheese cake

 Asalamualaikum di petang khamis yang mendung. Di kala ini saya sedang duduk di luar rumah sambil menikmati kek comel yang saya buat sempena Hari Bapa tempohari . Petang ini ada dua biji yang tak habis di makan saya simpan dalam freezer , biarkan sebentar pada suhu biasa dah boleh makan.
Petang ini tak perlu sibuk di dapur ...kejap lagi boleh pergi pasar malam di bawah sana ...kena turun bukit sikit kira senaman sambil cari makan . Tapi jika berpuasa ...tak turun la. Separuh jalan dah dahaga dan hilang tenaga waktu mendaki ...semput juga.. e

Berbalik pada resepi kek ini asalnya dari snow cheese cake yang saya tukar dari vanilla kepada oren paste ...hehe...derhaka sikit pada resepi sebab last minit check alahai vanilla dah habis guna ...terlupa nak beli so capai apa yang ada dalam stok . Nak letak pandan  nanti mual sebab ada cheese letak blueberry pun tak ngam last last ada oren paste...alhamdulilah sedap pulak.
Saya buat dua adunan satu adunan kek bulat bersaiz besar dan satu adunan lagi kek kek comel nie....




Snow cheese cake aka Orange
Sumber : Mamasya
 
Bahan:- 
6 biji telur ayam 
100g gula halus
100g tepung self rising flour
60g tepung jagung 
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder- x letak
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
saya letak oren paste 1 tbs

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - dipukul gebu

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(mama kacau guna senduk saja takut over beat).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.

menu hari ini




Hidangan tengahari tadi ...sayur kacang panjang yang di goreng dengan crabstick . Fav anak saya yang suka makan sayur kacang dan kobis. Hari hari kena masak kobis sampai jemu lah saya nak makan. Yang peliknya dia tak jemu jadi dalam kobis jadi saya kena tukar semada telur, ikan bilis, takua ,daging ayam ...jadikan lain sikit ye. Kacang panjang pun sama juga.

 













Tuesday, June 18, 2013

karipap sardin


 

Semalam saya ke kedai bakeri pun penuh dengan pembeli barangan cookies raya haha tersangkut juga waktu membeli sebab harus beratur panjang untuk membayar. Laku sungguh ...jika saya ada wang yang banyak teringin saya nak buka kedai menjual barangan cookies nie ...sangat laku dan sentiasa ada pelanggan.
Jika di Sg.Petani nie tak silap saya tiada pembekal barangan cookies berbangsa melayu . Yang ada Sayang , Honey , Northern tips dan satu lagi di taman ria jaya. Berangan angan sat kalau lah saya yang buka kedai .
Hidangan petang semalam karipap sardin. Saya buat doh rapuhg memangnya rapuh dan senang je. Intinya pulak saya letak sardin yang di goreng bersama dengan bawang besar dan sedikit cili flakes ...nak kan rasa pedas .


Monday, June 17, 2013

hokaido chiffon cake













































Seharian cuaca pada hari ini penuh dengan jerebu dan panas. Sambil minum teh di luar rumah sempat melihat pokok pokok bunga yang di tanam dalam pasu. Bila cuaca panas maka pokok bunga dalam pasu harus di jaga dan di siram sebaik mungkin.
Sudah menjadi routine harian di petang hari mesti kena spend masa di luar waktu pagi hari dan petang walaupun sekejap.  



Waktu waktu petang terasa nak makan kek kosong saja...tapi kek apa. Cari punya cari ternampak kek ini dah pernah buat dulu tapi di sebabkan nak makan kosong gitu cicah dengan air teh haha maka saya tak buat inti kastadnya. 
Masih berbaki ...emmm nak plan buat apa ye ...rasanya tambahkan sos kastad dan letak buah buahan mesti sedap.