Thursday, February 28, 2013

nasi beriani


Hari ini jika di ikutkan hati memang malas nak masuk dapur tapi di sebablan permintaan anak eeemmm lemah  juga di buatnya. Hari ini saya kurang bertenaga di sebabkan virus selsema ...badan terasa lemah sangat. Apapun bila teringat anak nak makan nasi beriani....kumpulkan tenaga untuk siapkan.
Masak dalam saiz kecil kira ok lah jaga manakala bahan hampir kesemuanya telah tersedia di cuci...Alhamdulilah akhirnya siap juga. 
Jika di ikutkan mood memang tak ada mood memasak langsung hehe tak ceria lah lauk pun nampak camtu juga kan...

Lauk ayam masak merah ...dalam periuk ...arinie tak ada posing posing..dah.

Cerita pasal birthday saya eemmm dua hari yang lalu....kek saya pun tak ceria tahun ini asal jadi je .mungkin sebab lemah dan lenguh badan bila selsema dan batuk pada waktu yang sama. Hendak mendeko pun rasa tidak bermaya..insyallah bila sembuh nanti kita buat lain walaupun dah berlalu apapun hari itu kita buat untuk kami bertiga saja. Hujung minggu ini bila adik beradik berkumpul boleh lah buat lain...itupun jika sihat sepenuhnya....Insyallah.

Kek coklat pisang dan hazelnut di hiasi dengan kerim segar serta kepingan pisang pada setiap lapisan. Sedap dan comot. Inilah kek yang paling comot seperti tuan nya hari ini.



Tuesday, February 26, 2013

ayam varuval lada hitam

Menu hari ini agak pelik sikit bunyi nya....apapun ianya berasal dari blog lelaki india yang suka masak. Saya kagum dengan kebolehan nya memasak makanan melayu juga.
Apapun cara masakan ayam nie sangat sedap laaa pada tekak saya macam makan lauk kat kedai nasi kandar saja versi lain .
Jika ada left over rasanya boleh kita buat roti tortila campur saja daging ayam,tambahkan bawang dan lada capsicum serta perahan air limau nipis...waaa mesti best kan.
Kenapa saya rasa nanti ada left-over sebabnya saya hari ini makan sorang sorang kat rumah, Ahli lain balik rumah time lewat petang...macam mana nak habis walapun sedap. Time petang pula ada pasar malam .


Resepi ini saya salin semula dari blog beliau. Terima kasih saya pada En.Thyaga.


AYAM VARUVAL LADA HITAM

http://thyagacook.blogspot.com/



1 kg ayam,potong kecil2

(A)

1 sudu teh serbuk kunyit

4 sudu teh serbuk ketumbar

11/2 sudu teh serbuk chili

1 sudu teh pes halia,bawang putih

1 cube stock ayam,jika suka

Garam secukup rasa


 (B)

7-8 sudu besar minyak

10 biji buah pelaga

10 kuntum bunga cengkih

2-3 batang kayu kulit manis

(C)

 8 tangkai chili hijau,potong halus

4 biji bawang besar,potong halus



(D)

2 sudu besar pes halia,bawang putih

4 biji buah tomato,cencang



(E)

2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu teh serbuk jintan manis

2 sudu teh serbuk garam masala

Daun ketumbar untuk di-tabur



1. Campurkan ayam dengan A gaul rata dan perap selama 2-3 jam



2. Panaskan minyak dan tumis B hingga wangi,masukkan C dan goreng hingga bawang menjadi perang. Masukkan pes halia,bawang putih tumis hingga hilang bau. Masukkan tomato dan kacau rata.



3. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak hingga keluar air nya. Masukkan E dan kacau rata. Masak hingga naik minyak. Kacau dan masak hingga kering sedikit. Taburkan dengan daun ketumbar.


 Ikan tamban kering kesukaan saya. Kebetulan waktu saya ke Tg.Dawai bersama kawan singgah di satu kedai menjual segala jenis hasil dari laut. Bila ternampak saja ikan tamban nie yang sangat bersih,cantik dan tidak berbau (sbb kedai dia letak dari freezer besar ) terus saja ambil. Bila goreng nampak cantik dan sedap...jika ada nasi pulut waaa sedap makan panas panas.


Monday, February 25, 2013

chiffon custart caramel

Syukur dalam deman selsema masih dapat menyiapkan kek ini.  Sebenarnya dah lama mengidam nak makan kek caramel nie selalu saja bertangguh tangguh bila nak membuat. Tapi setelah buat rasanya tak sampai 1 jam dah pun selesai tugas dan siap mencuci segala alatan. Ummmm sungguh tak sangka nampak macam susah dan lama kat dapur ...sekejap saja dah siap.
Hehe apapun tidak termasuk waktu membakar laa...

 
Sebaik saja masak kita tunggu kek ini sejuk sedikit sebelu di terbalikan. Hasilnya walaaa ...cantik kejadian nya...Alhamdulilah.
Apa lagi terus je potong dan potong lagi hehe tinggal half saja untuk simpan esuk. Rasanya tak berapa manis ...berlemak sedikit dengan rasa kastad yang enak. Hmmmm apalagi cuba lah ...resepi saya salin kat bawah..


Chiffon custart caramel
sumber : DapurKakYah



A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)

3 biji kuning telur

40gm gula pasir

1 cawan susu cair

1 sudu besar kastad



Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya dan dikacau sebati.

Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)

Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.



B - 2 biji kuning telur

100 gm tepung naik sendiri

40 gm gula pasir

35 gm minyak jagung

95 gm air

1 sudu teh vanilla



C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)

1/2 sudu teh krim of tartar



Bahan B - digaul sebati.



Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.



Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat  20 minit tadi)



Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan masukkan berselang seli..

Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.



Sunday, February 24, 2013

boston pie


Assalamualaikum baru hari ini  ada kelapangan sedikit maka dapat lah kita mengupdate blog . Dengan pie boston nie. Nampak sedap dan memang ianya berbaloi di cuba.
Saya melihat boston pie nie dalam Dinner drive in .....Guy Ferri chef Afc. Nampak macam best sangat dan tergerak hati untuk mencuba. Hehe jika tak cuba macam mana nak tau ...sedap ke tidak .
Apapun saya gembira sangat sebab berjaya memcuba.
Waktu saya cari resepi ada banyak versi mengikut negeri tapi bahan asas adalah kek sponge dan custart serta di lapisi dengan coklat ganache...nampak agak mudah.
  
Setelah meneliti resepi saya akhirnya membuat versi sendiri berdasarkan resepi chef tempatan. Manakala custart pula dari 


Kek Span Vanila / lemon
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air 
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Nota: saya tambah parutan lemon dan air perahan lemon

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dgn kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.


Pastry Cream
Chef : Aswady 

625 ml susu segar
5 nos kuning telur
150 gm gula kastor
40 g tepung kastad
20 gm tepung jagung
1 sudu teh vanila - saya gantikan dgn parutan kulit lemon dan perahan lemon sedikit   

Panaskan susu . Gula tepung kastad, tepung jagung ,dan telur di kacau sebati. Bila larutan susu panas...masukan sedikit sambil di kacau sebati dan masukan lagi sehingga larut. Masukan kembali kedalam periuk dan di kacau sehingga agak kental . Biarkan sejuk sebelum di lepas di atas kek .

Lapis kek dengan coklat ganache.

Thursday, February 21, 2013

nasi lemak saja



Menu simple je tapi tak jemu di makan. Nasi lemak style apa pun mesti laku sebab orang yang paling gumbira sekali adalah my yonyon yang tidak akan jemu haha.
Tapi kita manalah bukan makan benda yang sama dan nasi lemak tu mengandungi kolesterol yang tinggi ...memadailah seminggu sekali.

Version hari ini hanya lah ada serai dan halia dan halba dan di beri nama nasi lemak halba style orang penang la. Pengunaan halba dalam nasi bertujuan menghilangkan angin dalam badan...jadi jika orang orang yang berusia makan nsi lemak nie ...perut insyallah tidak akan merasa angin dan kembung dalam perut. 
Nasi ini akan mengeluarkan aroma berempah dan wangi. Hari ini saya sediakan nasi lemak yang simple saja. Tak ada sayur kangkung celur minyak jika ada lagi best ...



Wednesday, February 20, 2013

karipap telur rebus


Hari ini dah masuk rabu sekejap saja masa berlalu bulan berganti bulan dan tahun pula menginjak ke depan. Tiap tiap hari kita dapat makan dan hidup dengan aman dan damai. Syukur kepada Allah keatas limpah kurnia mu pada kami serta keluarga sekelian.  Amin.

 
Inti yang di masak untuk karipap . Saya letakan telur rebus yang di cincang kasar selepas inti masak.
Disamping itu saya suka letak kan daun ketumbar dalam inti karipap bagi menambahkan aroma yang sedia ada. Inti begini jika mengunakan pastry biasa sedap di makan bersama bawang jeruk. Nostalgia waktu sekolah tu ada satu mamak nie dia jual karipap versi gaint ...bila kita beli dia akan letakan sebiji karipap di atas bawang jeruk. Rasanya memang  best sangat...hehe tak caya ...cuba lah buat.
Tapi untuk hari ini saya tak buat bawang jeruk sebab karipap ini jenis pastry rapuh...tak sesuai di makan denngan bawang .
















 Resepi ini di ambil dari Jom masak dan saya salin kan di bawah.

KARIPAP PUSING

Bahan A- Gaul tepung & garam, gaul dgn marjerin hingga berderai, masukkan air secukupnya.

4 cwn tepung gandum
1 camca besar marjerin
2 camca kecil garam- anggaran
Air secukupnya

Bahan B - Gaul sehingga menjadi doh

2 1/4 cwn tepung gandum
130gm shortening (atau agak2 sampai ianya boleh di kepal & jadi doh)

Cara:

1. Bahagikan setiap bahagian kepada 4 ( Bahan A 4, Bahan B 4).
2. Letakkan bahagian B ke dlm bahagian A & bulatkan.
3. Gelek & gulung, ulangi sebanyak 4 kali.
4. Kemudian potong2 sama besar doh yg telah digulung.
5. Setiap potongan bolehlah digelek jgn terlalu nipis & isikan inti kemudian kelim